Posts

Showing posts from 2012

Seni dari Pensil 2B

Image
Mood nak update blog dah mariiii... tapi sementara tengah mekar ni, chantek nak kongsi hasil seni dari seorang kenalan yang sangat hampir dengan chantek. Sejujurnya chantek sangat kagum dengan hasil tangannya. Pernah chantek mintak dia lukiskan potret chantek dengan saiz A3,  wahhh, bila dah siap tak berani nak gantung kat dinding.. sebab bagi chantek lukisan itu seakan hidup. Oklah, tak nak celoteh panjang-panjang.. Jom nikmati hasil tangan anak muda ini. Nak upah melukis pun boleh. Hanya RM50 je untuk potret bersaiz A4.. hehehe.. sempat lagi promote. Tapi serius tau.. Ok.. jom tengok.. Lukisan terbarunya.. wOWWW.. NEXT! Yang ni plak 2011.. like..like..like jugak.. NEXT Inilah Lukisan yang paling chantek suka. Simple, indah, muslimah...like.. So, kalau sesiapa yang berminat nak beli atau mengupah dia melukis. Sila contact di facebooknya.. SYUKOR Kata Chantek : Skang tengah tunggu buah tangannya yang terbaru. Chantek mintak dia lukis gambar ustaz Farish.

Saya Bukan Anti Melayu, tapi...

Image
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Dah lam sangat kan chantek tak story kat sini. Kali ni kesibukan ternyata tak memberi peluang kepada chantek untuk berkonsi luahan hati yang entah siapa sudi membacanya. Kepada semua yang menyinggah dan memberi komen-komen positif, chantek sangat-sangat menghargai. Sambil - sambil menaip ni otak duk terfikir, topik apa yang nak diketengahkan hari ni. Ermm... Oklah. tentang MELAYU.  Maaf ye. Chantek tak nak sentuh apa apa tentang bangsa lain. Chantek cuma nak menceritakan pengalaman chantek dalam usaha untuk memulakan perniagaan. Oklah. Sekarang ni. Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah murahkan rezeki chantek sekeluarga. Sebelum puasa hari tu, arjuna telah membuat keputusan untuk memulakan satu perniagaan secara kecil-kecilan. Maka,  kami bersetuju untuk membuka kedai menjual topup dan menyediakan perkhidmatan fotostat dan binding dll. Maka setelah berkira-kira dalam budget dan segala keperluan, arjuna memulakan proses permohonan les

Ilusi Optik Cool...

Image
Bz..bz..bz.. chantek tak sempat nak update entry terbaru. Banyak kisah menarik yang dapat dikongsi. tapi dek kerana kekangan masa. Maka segala-galanya tergendala.. Oklah, jom layan gambar-gambar kat bawah. Apa kata korang bila tengok semua ni?   kata chantek : inilah antara anugerah yang Allah beri kepada hambanya. Bukan semua orang ada bakat macam ni.. kagum..

Jom Layan Anno1777

Chantek memang kaki game.. Jangan pelik yer.. bukan orang lelaki je yang kaki game. Tapi game-game gak, kerja mesti jalan tau.. Ok, hari ni chantek bz sangat. tapi chantek curi-curi masa untuk share ngan semua tentang satu game online yang sedang hot sekarang. Kenapa game ni hot?.. sebab dengan game ni kita bleh tukar gold dalam euro dan terus ke akaun paypal kita. Faham tak macamana? Maksudnya bermain game ni, kita boleh dapat real punya duit. Tapi bukan lah sampai boleh buat kita kaya raya. Sekurang-kurangnya kita main game ada hasil. Kecik atau besar bergantung kepada kepandaian kita mentadbir negara kita dalam game tu. Game tu namanya Anno1777 . Jom chantek kongsi skit tentang Anno1777 dengan u'll semua. Mula-mula, u'll daftar dulu di sini . Lepas tu apa nak buat?  Seterunya ...... Step 1, Pergi kat Profile & Inventory tekan Profile Isi maklumat Profile (yang ini dia akan manually checked, so taruk elok2) Gambar - upload 10 gambar yan

Farish : Nanti Kita Sambung La..

11.03.2012 , Ahad Semalam ada program di sekolah Farish. Macam biasa, seperti janji mama dan papa, kami menghadirkan diri. Memang penat sangat sebenarnya, sepanjang minggu ini mama terpaksa menyiapkan kerja, kadang-kadang sampai jam 4 - 5 pagi. Hanya Allah yang tahu.. Tapi demi memenuhi janji mama, mama dan papa buang segala kepenatan. Demi mu Muhammad Farish Hezriey.. Petang sebelum tu, mama ada bertanya/msg dengan ustazah Samsiah tentang program esoknya. Dan masa tu, ustazah kata Farish buat lawak kat sekolah. x sabar dia nak bercerita dengan mama katanya.. Haaaa, lawak apa pulak yang Farish buat ni... Mama sedikit cuak. manalah tahu Farish cakap yang bukan-bukan. Tapi mama hanya tersenyum sebab, itu tandanya farish dah semakin selesa dengan sekolah dia. Alhamdulillah. Pagi tu mama ada bawa sedikit kuih ke sekolah. Bukan nak tunjuk baik ke apa, tapi sebagai tanda betapa mama menghargai jasa-jasa semua guru yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak-anak di sekolah itu. Kalau i

Anak-anak Tahfiz : Ais Krim pun dikaji asal usulnya..

07.03.2012, Rabu Teringat pulak mama masa hari sukan sekolah Farish hari tu. Banyak perkara yang mama dan papa belajar. Terus terang mama katakan, memang mama dan papa kurang mahu bergaul dengan golongan yang dirasakan keagamaan. Bukan kerana tak mahu mendekati orang-orang yang sebegini, tetapi kerana kami tak sukakan politik yang keterlaluan. Pada pandangan mama, biasanya orang yang lebih kepada keagamaan akan lantang tentang politik. Segala-gala akan dipolitikkan. Ceramah skit politik, majlis skit, politik.. apa-apa hal pasti politik tak hilang. Soal agama itu sangat bagus. Tapi Islam ini amat indah. Amat mudah dan aman. Bukan mama dan papa anti politik. tapi mama lebih suka besederhana  sahaja. Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi mama hormat pendirian mereka. Cuma biarlah mama tidak terlalu taksub hingga menyekat kehidupan mama... ops...maaf kalau tersalah kata. Ini hanya pandangan sebagai seorang individu yang naif.. ini bukan soal politik ye..  Kita berbalik kepada hari

Terima Kasih Farish... Mama Bersyukur

06.03.2012, Selasa Sebelum ni, mama berkongsi perasaan mama. Bagaimana rasanya bila menghantar Farish, bagaimana mengalirnya air mata mu wahai anakku. Farish tak faham impian mama, yang Farish tahu, FARISH SAYANG MAMA. Sayangku, mama tak akan mungkir janji. Hanya Allah yang mampu memisahkan kita. Selagi bernafas mama ini, selagi itulah doa mama untuk anak-anak mama tak akan terputus. Selepas mama menulis, selepas mama mohon bantuan agar mendoakan Farish dihadapan Kaabah, malam ketika majlis cukur jambul, baby Hanif Ashraf, Farish berkejar-kejar untuk solat Maghrib berjemaah dengan tetamu. Hari itu, mama pakaikan Farish baju melayu. Tiba-tiba Farish ambil samping dan letakkan diatas bahu. Mama terdiam. Namun hati berbunga-bunga. Mama tanya, "Farish nak letak selendang kat bahu?, Macam abang-abang tahfiz tu ke?" Farish mengangguk malu-malu. Kelam kabut mama mencari kain yang sesuai. tapi tak de. Teringat kat rumah atuk ada selendang tu, Ma

Coretan buat Farish. Hapuskan air matamu.

Hari ni sudah sebulan lebih Farish bersekolah. Dan selama itu, hampir setiap hari dia menangis apabila nak ke sekolah. Bagaikan satu penyeksaan buat dirinya. Ke sekolah dengan tangisan di mata, tanpa kerelaan juga penyeksaan buat mama. Tak kala memimpin tangannya, mendaki tangga ke sekolah, hati mama tak putus-putus berdoa semoga hari ini farish tak menangis. Tapi mama masih melihat air mata. Masih mendengar esakan kecil.. Tahu tak, betapa sayunya hati mama?.. Betapa merintihnya jiwa mama?.. Betapa mama juga menahan air mata?... Namun alhamdulillah, terima kasih kepada semua guru-guru yang tak pernah jemu memujuk farish setiap pagi... Mama tak akan menyesal dengan keputusan mama ini. Menghantar farish ke Maahad Tahfiz merupakan satu impian mama dan papa dan impian itu tak akan kami biarkan terkubur.. Entah kenapa la dia farish sedih pagi-pagi.. Tak de kawan kah?, kena marah kah?, tak seronok kah?.. entah la. Hanya Farish yang tahu jawapannya. Nak kata tak de kawan, hampir semua murid-

Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman

Image
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.  Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat men

Rahsia kelebihan solat tahajjud

"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi. Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi. Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara

4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka

Image
Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul! 1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 2. Suaminya Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke

Di mana syurgaku di sisimu wahai isteriku?

Image
Perkahwinan adalah merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah insani yang tersedia semenjak manusia diciptakan. Perkahwinan juga merupakan satu jalan bagi mencapai kedamaian dan ketenangan jiwa dalam usaha menagih keredhaan Allah SWT sebagai pelengkap kesempurnaan hidup insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Allah SWT memerintahkan dan menggalakkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin sebagaimana firman-Nya: “Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha  Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)  Jaminan kekayaan yang dianugerahi Allah SWT ini bukanlah semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta-benda, tetapi kekayaan diri yang dimaksudkan ialah merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang seterusnya dapat mendekat

JADUAL WAKTU tubuh badan manusia.

Image
Setiap perkara di alam ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya umat Islam ada jadual waktu solat, murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak. Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual am anggota badan yang tertentu; Awal Pagi 3:00 am - 5:00 am Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. Pagi 5:00 am - 7:00 am Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. 7:00 am - 9:00 am Perut - Sar

Romantik itu Sunnah Rasulullah S.A.W

Image
 Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalau tak percaya..cubalah kahwin . Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “ Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”. Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW. Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun

Erti sebuah kelahiran buat suami

“Dulu aku pernah diberitahu ibuku seandainya kamu beristeri dan isteri kamu itu melahirkan anak, jangan sekadar berada di samping dia, tetapi lihatlah sendiri bagaimana anak kamu dilahirkan oleh isteri kamu. Lihat sendiri proses anak kamu itu dilahirkan. Bagaimana isteri kamu melahirkan anak kamu. Sejak itu aku tidak tahu apakah pengajaran yang bakal aku miliki.” Allahurabbi!!! sudah 3 kali saya melihat anak saya dilahirkan. Sudah 3 kali saya melihat isteri saya melahirkan anak. Anak pertama melalui ‘cesarean’. Saya melihat sendiri bagaimana 2 orang doktor (dengan selamba.. kerana sudah biasa) yang bekerja dalam proses ‘cesarean’ itu. Saya melihat sendiri bagaimana seorang doktor membuka bukaan belahan dan seorang lagi menolak kandungan dari atas untuk mengeluarkan anak saya. Menitis air mata saya melihat bagaimana isteri saya melalui semua ini. Kali kedua dan ketiga adalah sama melalui proses normal. Saya sendiri diminta oleh doktor untuk memotong tali pusat bayi. Saya melihat sendir

Pesanan terakhir Rasulullah SAW ( Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW )

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: " Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. " Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan ri