Posts

Showing posts from 2010

Beralih kepada yang lebih mudah

Kepada semua kawan-kawan... saya telah berjumpa "teman" baru yang lebih mudah untuk dikendalikan... Mungkin blog ini akan terhenti setakat ini sahaja. Sila layari tumblr. http://luvishurt.tumblr.com untuk mengikuti perkembangan blog saya yang terbaru. terima kasih

Welcome My Son

Image
Salam.. Alhamdulillah.. Aku telah pun selamat melahirkan seorang lagi baby boy. Kelahiran yang amat dinantikan. Yerla, anak sulung aku pun dah 5 tahun. So, dia pun teruja dengan kehadiran adiknya. Apa yang special, anak aku lahir pada 13 February, 2010. Pada tarikh ulang tahun percintaan aku dan suami. Pada hari itu, genap lah 10 tahun percintaan kami. Kini setelah hampir 6 tahun perkahwinan, inilah hadiah yang paling istimewa untuk suami tersayang. Dah lama aku nak berkongsi cerita, tapi bila aku masuk kerja je, aku tengok pc aku tak der internet. So tadi baru aku dapat baiki. Jadi hari ni aku nak story apa yang aku lalui.

Pada 10.02.2010, aku kena pergi ke klinik desa untuk check up biasa. Aku katakan pada nurse tu yang aku rasa baby aku macam kurang bergerak. Tak sangka pulak nurse tu call doc. Pastu, aku diarahkan jumpa doc untuk check up. Bila doc scan, ader contraction. Dia suruh aku terus ke hospital. Aku pergi hospital dengan selambanya. Aku yakin aku tak kan kena tahan kat hos…

Cendol

Image
Entah mengapa sejak akhir-akhir ni aku suka sangat makan cendol. Boleh dikatakan hari-hari aku suruh hubby kesayangan aku belikan.Sedangkan sebelum ni cendol bukanlah minuman yang aku gemari. Memandangkan aku pun dah nak bersalin, jadi hubby aku ikutkan saja apa aje selera aku. Hubby aku kata, sementara tak bersalin lagi, nanti dah dalam pantang, tak boleh nak makan pulak. betul jugak. So, setiap hari, keluar je opis, mesti pegi beli cendol.. aduhaiii cendol, apasal lah kau asyik goda aku jer...

Pesanan Terakhir Rasulullah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak …

Pengenalan

Image
Assalamualaikum

Buat pertama kali saya mencuba membina blog sendiri. Agak susah tapi saya cuba jugak. Saya berharap agar blog ini akan menjadi medan untuk kita berkongsi ilmu, berkongsi masalah dan pengalaman hidup. Semoga Allah memberkati kita semua. Saya mengalu-ngalukan segala komen dan kritikan yang membangun.Saya juga tujukan blog ini untuk suami tersayang, Mohamad Firdaus dan anak teruna kesayangan saya Muhammad Farish Hezrie. Mama love both of u a lot.Sekian...

Walau Sedikit Biar Bahagia

Image
Allah menuntut kita menyebarkan perkara-perkara baik namun Dia juga yang mencipta cemuhan-cemuhan yang datang dari mulut manusia. Berusahalah mencari keredaannya, menerima pembahagian, meyakini ketentuan dan tidak bimbang masa nan mendatang.




Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai, dari satu taman ke satu taman yang lain. Hidupnya sentiasa berpusing daripada yang baik kepada yang baik.



Jadilah juga seperti lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula, mengeluarkan madu, tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Dengung menggambarkan suka dan rela. Ia bagaikan utusan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung.

Firman Allah yang bermaksud :


Katakanlah : "Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bersukacita. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan ( …