Posts

Showing posts from March, 2012

Jom Layan Anno1777

Chantek memang kaki game.. Jangan pelik yer.. bukan orang lelaki je yang kaki game. Tapi game-game gak, kerja mesti jalan tau..

Ok, hari ni chantek bz sangat. tapi chantek curi-curi masa untuk share ngan semua tentang satu game online yang sedang hot sekarang. Kenapa game ni hot?.. sebab dengan game ni kita bleh tukar gold dalam euro dan terus ke akaun paypal kita. Faham tak macamana? Maksudnya bermain game ni, kita boleh dapat real punya duit. Tapi bukan lah sampai boleh buat kita kaya raya. Sekurang-kurangnya kita main game ada hasil. Kecik atau besar bergantung kepada kepandaian kita mentadbir negara kita dalam game tu.

Game tu namanya Anno1777 . Jom chantek kongsi skit tentang Anno1777 dengan u'll semua. Mula-mula, u'll daftar dulu di sini. Lepas tu apa nak buat?  Seterunya ......

Step 1,

Pergi kat Profile & Inventory
tekan Profile
Isi maklumat Profile (yang ini dia akan manually checked, so taruk elok2)
Gambar - upload 10 gambar yang BETUL2 clear... (4 kali chantek su…

Farish : Nanti Kita Sambung La..

11.03.2012 , Ahad
Semalam ada program di sekolah Farish. Macam biasa, seperti janji mama dan papa, kami menghadirkan diri. Memang penat sangat sebenarnya, sepanjang minggu ini mama terpaksa menyiapkan kerja, kadang-kadang sampai jam 4 - 5 pagi. Hanya Allah yang tahu.. Tapi demi memenuhi janji mama, mama dan papa buang segala kepenatan. Demi mu Muhammad Farish Hezriey..
Petang sebelum tu, mama ada bertanya/msg dengan ustazah Samsiah tentang program esoknya. Dan masa tu, ustazah kata Farish buat lawak kat sekolah. x sabar dia nak bercerita dengan mama katanya.. Haaaa, lawak apa pulak yang Farish buat ni... Mama sedikit cuak. manalah tahu Farish cakap yang bukan-bukan. Tapi mama hanya tersenyum sebab, itu tandanya farish dah semakin selesa dengan sekolah dia. Alhamdulillah.
Pagi tu mama ada bawa sedikit kuih ke sekolah. Bukan nak tunjuk baik ke apa, tapi sebagai tanda betapa mama menghargai jasa-jasa semua guru yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak-anak di sekolah itu. Kalau ikutka…

Anak-anak Tahfiz : Ais Krim pun dikaji asal usulnya..

07.03.2012, Rabu
Teringat pulak mama masa hari sukan sekolah Farish hari tu. Banyak perkara yang mama dan papa belajar. Terus terang mama katakan, memang mama dan papa kurang mahu bergaul dengan golongan yang dirasakan keagamaan. Bukan kerana tak mahu mendekati orang-orang yang sebegini, tetapi kerana kami tak sukakan politik yang keterlaluan. Pada pandangan mama, biasanya orang yang lebih kepada keagamaan akan lantang tentang politik. Segala-gala akan dipolitikkan. Ceramah skit politik, majlis skit, politik.. apa-apa hal pasti politik tak hilang. Soal agama itu sangat bagus. Tapi Islam ini amat indah. Amat mudah dan aman. Bukan mama dan papa anti politik. tapi mama lebih suka besederhana  sahaja. Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi mama hormat pendirian mereka. Cuma biarlah mama tidak terlalu taksub hingga menyekat kehidupan mama... ops...maaf kalau tersalah kata. Ini hanya pandangan sebagai seorang individu yang naif.. ini bukan soal politik ye.. 
Kita berbalik kepada hari suk…

Terima Kasih Farish... Mama Bersyukur