Posts

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Image
Assalamualaikum. semua pembaca yang disayangi. Sekejap je dah di pertengahan Ramadhan. Maka semua perlu menambah usaha dalam ibadat. Semoga kita semua dapat bertemu malam Lailatul qadar. Saya tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut tentang Lailatul Qadar. Tapi jom kita baca apa tanda-tanda Lailatul Qadar yang saya copy dari blog  Detik Islam .  '' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis). Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabidkan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu. Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih kera

Darjat Seorang Ibu

Image
Seorang lelaki muda tidak ingin menziarahi ibunya yang sakit kerana sangat marah pada ibunya. Ini kerana ibunya tidak pernah buat baik padanya dan kerana ibunya pernah melakukan kesalahan pada ayahnya. Saya pujuk dan katakan padanya, "saya tidak tahu pada hari ini jalan yang lebih cepat dan mudah untuk masuk syurga dan mendapat redha Alaah lebih dari bebuat baik pada ibu". Dia kata, "macamana saya nak berbuat baik pada ibu sedangkan dia tidak buat baik pada saya. Saya kata " sebenarnya sebab itu Islam tidak hidup pada hari ini seperti zaman nabi saw dan sahabah rhum. Kita sangka kebaikan, bila orang buat baik pada kita. Maka kita balas kebaikan itu, tanpa agama pun manusia boleh buat. Binatang pun ada sifat begitu. Sebenarnya kebaikan dalam Islam yang dibawa oleh Nabi saw ialah buat baik pada orang yang buat jahat pada kita. Doakan kebaikan pada orang yang maki hamun kita. Senyum pada orang yang masam muka dengan kita. Ziarah orang yang tidak mahu kita menziarahi m

SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH?, SOLAT SUNAT DHUHA? SOLAT SUNAT WITIR?. Betul ke ni?

Asslamualaikum... semua! Amboihh, propa betul kan tajuk entry kali nih. Jangan salah Faham ok. Saje nak gempak skit. Erm.. Apa lagi yang nak saya kata. Nikmat yang saya dapat dari istiqamah SOLAT DHUHA ni. Ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak melakukannya. Rugi sangat. Macam ceramah kanak-kanak dalam facebook tu cakap " Pandai menyanyai tak pandai baca Al Quran, RUGIIIII. Pandai membaca Al Quran tapi tak nak membaca Al Quran, RUGIIII, RUGIII, RUGIIIII.".. haaa, gitu. Tersenyum-senyum anak teruna saya bila saya tunjuk video tu kat dia. Berkali-kali di ulang tengok. Saya biarkan je. Biar dia terasa skit. heheh Berbalik kepada solat Dhuha tadi. Sebenarnya saya bukanlah bagus sangat. Alim sangat pun tak lah. malah saya seorang insan yang biasa-biasa sahaja. Tidak bertudung labuh (inshaallah suatu hari nanti) tidak pula berjubah sepanjang masa. Cukup menutup aurat mengikut syarak.Tapi saya rasa saya sangat bertuah kerana Allah membuka pintu hati saya untuk sabar dan i

Tips Menggalakkan Anak Rajin Belajar

Image
SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar?  Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran. Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka. Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam.  Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh,

Jangan Lepaskan Malam Lailatulqadar

Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih llagi pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannnya. Ramadhan , al-quran dan malam al- Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw. Malam Lailatulqadar Disembunyikan Ulama Syekh Dr Yusof Al Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah saw bersabda: "Cari malam lailatulqadar di malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperole

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

Image
Assalamualaikum... pejam celik pejam celik, hari ni dah hari 10 terakhir Ramadhan. Apa yang anda rasa?.. Saya sedih pulak, Manalah tau ini Ramadhan terakhir kita. Cukupkah amalan yang saya lakukan.Sempurna kah ibadah kita?.. Ruginya kalau segala ibadah yang dilakukan hanya sia-sia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah.  Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu, say