Darjat Seorang Ibu

Seorang lelaki muda tidak ingin menziarahi ibunya yang sakit kerana sangat marah pada ibunya. Ini kerana ibunya tidak pernah buat baik padanya dan kerana ibunya pernah melakukan kesalahan pada ayahnya. Saya pujuk dan katakan padanya, "saya tidak tahu pada hari ini jalan yang lebih cepat dan mudah untuk masuk syurga dan mendapat redha Alaah lebih dari bebuat baik pada ibu". Dia kata, "macamana saya nak berbuat baik pada ibu sedangkan dia tidak buat baik pada saya. Saya kata " sebenarnya sebab itu Islam tidak hidup pada hari ini seperti zaman nabi saw dan sahabah rhum. Kita sangka kebaikan, bila orang buat baik pada kita. Maka kita balas kebaikan itu, tanpa agama pun manusia boleh buat. Binatang pun ada sifat begitu. Sebenarnya kebaikan dalam Islam yang dibawa oleh Nabi saw ialah buat baik pada orang yang buat jahat pada kita. Doakan kebaikan pada orang yang maki hamun kita. Senyum pada orang yang masam muka dengan kita. Ziarah orang yang tidak mahu kita menziarahi mereka. Tolong orang yang aniaya kita. Itulah sifat kekasih Allah, Nabi saw dan sesiapa ada sifat begitu mereka sangat dikasihi Allah".

Semua makhluk dari semut, ikan dalam laut, burung dan semua makhluk sehingga malaikat bertasbih padanya. Kita hamba yang dalam solat pun lalai dan hati penuh serabut dengan dunia. Tapi kita diberi perhatian oleh Allah. Disayangi dari sekalian makhluk kerana kita inginkan kebaikan untuk seluruh manusia. Berkorban sehingga dalam sujud kita benar-benar ingat Allah dan suka buat baik pada semua orang.

Inikan pula ibu kita. Jangan macho sangat bang, ish dengan mak sendiri pun nak berkira. Kalau abang maafkan dia dan buat baik pada dia, lihatlah apa yang Allah akan beri nanti dan  dalam dunia pun Allah tunjuk. Sudahlah tu, entah-entah kita mati dulu sebelum ibu kita. 

Ini bukan soal kita dengan ibu kita, tapi soal kita dengan Allah. Allah lihat kita sedang menilai kita bagaimana untuk matikan kita. Abang tadi menangis dan terus start kereta untuk mohon maaf pada ibunya. Ya Allah berilah kebaikan dan rahmat yang mencurah yang kau beri pada abang tadi, beri jugalah pada saya yang berdosa ini.

"Saya" yang dimaksudkan diatas ialah ustaz Ebit Lew. Saya suka dengan penulisan, peringatan dan teguran yang diberikan oleh beliau. sangat dekat dengan hati dan kehidupan ini.




Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan