Posts

Showing posts from March, 2011

Kasihnya Ibu!

Image
Chantek keboringan sangat hari ini. Bukan tak de kerja tetapi saja tak nak buat keje. Tengah belek-belek pakcik google ni, terjumpa la pic ni. So, ini peringatan kepada anak- anak muda semua yang sedang berkasih-kasihan. Sedangkan haiwan yang sayangkan anak. Inikan pula kita yang Allah kurniakan akal dan fikiran. Sila ambil pengajaran. Jom tengok apa ibu ni buat untuk anaknya.




p/s : Binatang pun tahu sayangkan anak. Kalau korang tak nak anak korang tu, jangan dibuang2. Meh bagi kat chantek ni.

Adik Cuma Nak Tanya Je..

Image

Faizal Tahir...suka sangat!

Image
Kali ini chantek nak story pasal penyanyi kesukaan chantek. Inilah dia, Faizal Tahir. Entah kenapa la chantek akan sentiasa teruja apabila nama penyanyi ini disebut. Inilah yang dikatakan peminat kot. Kalau nak diikutkan, chantek tak pernah pun tengok atau mengikuti Faizal Tahir ni masa dia di OIAM dulu. Pertama kali tengok Faizal Tahir buat persembahan masa final OIAM. Perghhh... suara dan aura dia buat chantek terpaku dan menganga. Chantek rasa teruja sebab suara dia lemak-lemak gitu. Dah la tu paling chantek suka, cara dia menyanyi tu. Fulamak, memang buat chantek meremang. Macam nak tercampak jantung .. Dia menyanyi dari jiwa, penuh kesungguhan dan pengertian. Chantek memang suka la... Walaupun chantek hanya tahu 2 - 3 lagu dia, tetapi chantek tetap berbangga dengan apa yang chantek tahu..  Selain lagu-lagu yang dinyanyikan, chantek jugak suka dengan keperibadian yang ditonjolkan oleh Faizal Tahir. Pernah sekali chantek terbaca tentang azam tahun baru Faizal. Nak tau apa yang dia ka…

Kalau Ikutkan hati ini

Kalau ikutkan hati ini Setiap saat aku hanya ingin berdiri Memayungi hati-hati semua insan yang amat bererti Yang sentiasa menjaga dan menyanyangi jasad rohani Yang sering membuat bibir ini menyanyi  Biar sepi tidak terlafaz  Biar sunyi sering mengetuk jendela hati Kalau ikutkan hati yang terlali Mahu ku cipta keriangan di wajah-wajah yang lesu Mahu ku lakarkan pelangi indah buat mereka tersenyum Mahu ku bentangkan hamparan cinta agar mereka bahagia Tetapi jika aku minta kau beri Aku mimpi kau yang tunaikan Aku janji kau yang laksanakan Apalah akan terjadi jika aku ini Jika jasad sering lemah diadili Jika roh telah kembali kepada yang hakiki Menangis kau hanya disisi Maratap kau tiada sesali Ilmu ku beri hajat kau laksanakan Mendidik hidup penuh cabaran Sikecil akan tetap membesar Si teruna akan tetap mencari si dara Kalau ikutkan hati ini Tiada kiamat yang mahu ku pergi Namun janji manusia harus ditetapi Tiada kuasa mampu menghalangi Kalau ku ikutkan hati ini Ku pejamkan mata mendalami Hati-hati yang aku sayangi …

Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Image
Mari kita tengok apa kesilapan kita dalam mendidik anak-anak. Jangan nanti tertanya-tanya kenapa anak-anak kita membesar tidak seperti yang kita harapkan. Renung-renungkan dan selamat beramal...
 "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia mening…

Layan Mimpi Si Chantek

Image
Chantek ader satu tabiat. Suka sangat bila bangun tido mesti nak cerita kat si arjuna apa yang chantek mimpi malam-malam. Masa mula-mula dulu, si arjuna nampak exited je nak dengar. tapi lama-lama dia pun dah tak larat nak dengar. Tiap kali chantek story kat dia, muka dia slumber je. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Tapi malam tadi chantek mimpi. Macam drama kat tv pun ada. Ni mesti sebab sebelum tido chantek tengok cerita Dia Atilia.. Alaah, cerita ala-ala kuch kuch hota hai rasanya. Chantek bukanlah peminat cerita tu. Tapi mungkin itu je yang ok untuk di tonton. So, macam kebiasaannya, mesti malam tu chantek akan mimpi yang ala-ala dengan apa yang chantek tengok.
Kesahnya .., tengah sibuk bertugas untuk pilihan raya, chantek terjumpa mamat yang merupakan member lama chantek. Entah macam mana dia dan chantek berbual. Dalam mimpi tu dia dah berkahwin. Jadi chantek tak la kesah sangat. Chantek pun dah ada si arjuna dan putera-putera (dalam mimpi pun tak pernah lupa tau).. so, bo…

Selamat Hari Wanita

Image
Chantek sebenarnya sibuk sangat hari ini.. tapi chantek curi-curi buka blog sebab nak tulis entry ni. Kenapa?... sebab tajuk hari ni sangat special.
SELAMAT HARI WANITA.

Walaupun mungkin chantek akan ambil masa untuk menulis, tapi chantek akan teruskan juga sebab chantek nak bagi penghargaan buat wanita-wanita yang banyak berjasa kepada chantek. Wanita-wanita yang selama ini banyak berjasa dalam hidup chantek dan sentiasa disisi dikala susah dan senang. Chantek tak kisah la wanita-wanita ni mengetahui atau tidak yang chantek amat menghargai mereka semua.
Siapa wanita terpilih itu?

Mereka adalah :

Puan Ropeah binti Hj. Md Sidek a.k.a Mak

Wanita yang paling bermakna dalam hidup chantek. Jasanya mengandungkan , melahirkan dan membesarkan chantek sehingga chantek menjadi seorang manusia yang waras berfikir sehingga ke saat ini. Mungkin sampai mata chantek terpejam pun chantek belum mampu membalas segala jasa-jasa mak selama ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan chantek bersyuku…

Chantek sudah kembali...

Dah lama sangat chantek tak jenguk ke blog ni. Sawangnya dah semakin bermaharajalela. Tapi entah dari mana datangnya semangat untuk menulis semula. Mungkin kerana melihat Blog Mata. Hati. Jiwa yang semakin kemas, ceria dan terkini. Bila membelek-belek blog orang lain, terasa jeles sangat. Maklumlah, sangat menarik dan ceria.

Ramai yang kata menulis blog ni senang dan mudah. Tapi mungkin chantek yang agak kurang pandai dalam bab-bab blog ni. Dah banyak kali mencuba, tapi selalu menjadi 'PROJEK TERBENGKALAI'. Orang tua kata buat kerja separuh jalan. Harap-harap yang terbaru ni bukanlah hangat-hangat tahi ayam. Insyaallah. Diharap sangat pembaca semua sudi meninggalkan komen atau tunjuk ajar supaya chantek akan terus semangat untuk menulis di blog ini.

Kalau sebelum ini chantek sibuk berfacebook, tapi sejak internet dah x de ni, chantek kurang sikit la. Lebih banyak masa dengan putera-putera. Lebih banyak masa tengok tv dengan arjuna. Yang biasa kitaorang tengok Program Raja Lawak …