Posts

Showing posts from July, 2013

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

Image
Assalamualaikum... pejam celik pejam celik, hari ni dah hari 10 terakhir Ramadhan. Apa yang anda rasa?.. Saya sedih pulak, Manalah tau ini Ramadhan terakhir kita. Cukupkah amalan yang saya lakukan.Sempurna kah ibadah kita?.. Ruginya kalau segala ibadah yang dilakukan hanya sia-sia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah. 


Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu, saya nak sa…

Fotografi Perkahwinan Yang Sangat Unik

Image
Ni antara yang paling menarik. Rasanya kat sini masih tak de orang buat kot.  Kot laaa, kalau dah ade, maknanya saya yang ketinggalan zaman.  Walau apa pun, Raya ni, bleh la cuba kelainan.  Gambar keluarga di hari raya lepas ni pasti berbeza. heheh






ANAK MUMAYYIZ MASIH TIDUR DENGAN IBU BAPA?.. APA HUKUMNYA?

Kebetulan membelek-belek sana sini, terjumpa soal jawab ini. Jom kita kongsi bersama!

ANAK 8 TAHUN MASIH TIDUR BERSAMA IBU DAN BAPA
Soalan : Assalamualaikum.. saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu saya tidak pasti kesahihannya.
Jawapan :   Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana khuatiri berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam Al-Quran berfirman (bermaksud ) :- 
"Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu ) pada tiga masa ; masa sebelum subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada …

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan

Image
Tadarus Al-Quran bermaksud membaca Al-Quran dihadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan. Amalan Tadarus ialah satu daripada ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW pada bulan puasa. 



Adab Bertadarus
Tiada  cara seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al- Quran. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :-
Membaca al-quran secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan yang kecil.Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf.Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatamAktiviti ini boleh dihidupkan di tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.
Sedikit ulasan tentang Tadarus yang saya copy dari  Blog Ilmu dan ulamak.  Semoga dapat menambah ilmu kita semua.

PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN
Soalan; Ustaz, ada pendapat megatakan jika kita Tadarrus Al-Quran secara Berjamaah/Berkumpulan dgn kae…

Waktu Berbuka Puasa bagi Tahun 2013

Image

Niat Puasa Ramadhan

Image

SELAMAT BERPUASA ....

Image

Susahnya ISTIQAMAH solat sunat DHUHA !

Image
Alhamdulillah, baru dapat peluang untuk update blog. Kesuntukan masa dengan tugasan harian.Topik hari ni masih lagi tentang Solat Dhuha. Eh.. mesti pelik kan? Ada apa dengan solat Dhuha ni?.. hehehe. Banyak sangat kebaikannya. Kepada sesiapa yang kurang jelas, di link Solat Dhuha dan Fadhilatnya ni ade sedikit penerangan ringkas. Harap mendapat manfaat.
Kenapa ye saya suka sangat dengan topik ni.. Sebenarnya saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Sangat gembira dengan perubahan yang berlaku. Bukti kebesaran Allah. Indah sangat. Siapa yang selalu lakukan solat sunat?.. Pernah tak dengar orang cakap " Kalau tak tahu buat keputusan, Buat la solat istikharah".. Tapi sejujurnya dulu saya pernah lakukan solat sunat ini. tapi dah lupa atas sebab apa. Sebab masa tu tak faham apa yang kita nak buat. Lagipun bimbang pulak kalau buat nanti, keputusannya bertentangan dengan kehendak kita. Ermm.. Jahil sungguh saya. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya saya belajar dari kesilapan. Berbal…