Susahnya ISTIQAMAH solat sunat DHUHA !
Alhamdulillah, baru dapat peluang untuk update blog. Kesuntukan masa dengan tugasan harian.Topik hari ni masih lagi tentang Solat Dhuha. Eh.. mesti pelik kan? Ada apa dengan solat Dhuha ni?.. hehehe. Banyak sangat kebaikannya. Kepada sesiapa yang kurang jelas, di link Solat Dhuha dan Fadhilatnya ni ade sedikit penerangan ringkas. Harap mendapat manfaat.
Kenapa ye saya suka sangat dengan topik ni.. Sebenarnya saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Sangat gembira dengan perubahan yang berlaku. Bukti kebesaran Allah. Indah sangat. Siapa yang selalu lakukan solat sunat?.. Pernah tak dengar orang cakap " Kalau tak tahu buat keputusan, Buat la solat istikharah".. Tapi sejujurnya dulu saya pernah lakukan solat sunat ini. tapi dah lupa atas sebab apa. Sebab masa tu tak faham apa yang kita nak buat. Lagipun bimbang pulak kalau buat nanti, keputusannya bertentangan dengan kehendak kita. Ermm.. Jahil sungguh saya. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya saya belajar dari kesilapan. Berbalik semula kepada Solat Dhuha. Solat sunat mohon dimurahkan rezeki. Rezeki yang macam mana yang kita harapkan dari Allah?
Saya mengaku, walau diusia begini, saya masih lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah. Kadang-kadang, bila tengok tv, mesti tunggu citer habis baru nak solat. Kadang-kadang bila kerja di pejabat, mesti nak siapkan keje dulu baru solat. Ya Allah, bila diingatkan kembali, sedih sangat. Saya selalu terfikir, kenapa saya ni tak kuat iman. Selalu kalah dengan hasutan syaitan. Pernah bertanya kepada seorang dua rakan, dia bagitau, belajar solat diawal waktu. Memang itu yang sepatutnya. Tapi dek kerana kelalaian diri sendiri, syaitan selalu berjaya membuatkan saya melewatkan solat. Itu kisahnya sebelum belajar tentang solat dhuha. Tapi sejak istiqamah solat dhuha, alhamdulillah.. syukur sangat. Tak tau nak cakap macamana. Hanya Allah yang tahu.
Setiap kali selepas solat Dhuha, saya selalu berdoa agar Allah berikan saya kesihatan yang baik, ketenangan hati, kegembiraan melakukan solat dan kerinduan melakukan amal jariah. Kenapa saya tak berdoa semoga Allah murahkan rezeki?... Solat Dhuha kan untuk murah rezeki?.. Betul, saya juga berdoa semoga Allah murahkan rezeki saya dengan halal. Tapi Ketenangan hati, kegembiraan solat dan kesihatan yang baik itu merupakan REZEKI terbesar yang ALLAH kurniakan kepada saya. Ketenangan itu terlalu indah. Kedamaian itu terlalu nikmat. Saya dapat rasakan, hidup saya semakin tenang. Jika dahulu, kurang je duit dalam poket, kepala mula pening, hati susah, asik nak marah. Tapi alhamdulillah, syukur, Allah kurniakan REZEKI ketenangan kepada saya. Kerana bila keadaan ini berlaku, saya katakan dalam hati, "Ya Allah, aku serah hidupku pada Mu". Hati saya belajar menerima kenyataan itu dengan lebih yakin. Saya pupuk keyakinan itu hari demi hari. Saya kuatkan semangat. Tiada siapa yang perasan akan perubahan ini melainkan diri saya sendiri. Saya berkongsi semua ini bukan dengan niat membangga. Tidak sama sekali. Tapi saya percaya diluar sana masih ramai orang yang sama macam saya. Tercari-cari pegangan hidup. Bukan selama ini tiada pegangan. Tapi untuk yakin sepenuh hati dengan pegangan itu masih ramai yang tak mampu. Kadang-kadang, solat 5 waktu, buat amalan sunat tapi jiwa masih kosong. Masih terasa ada kekurangan. Bagi saya, macam tiada kepuasan dalam apa yang dilakukan.
Solat Dhuha yang saya lakukan sama sahaja. Ilmu dari kecik belajar, di sekolah pun belajar, tapi sekarang baru di beri rezeki menikmati secara hakiki nikmat Solat Dhuha. Mula-mula saya tertarik dengan solat Dhuha ni adalah ketika belajar dengan anak saya. Ye, anak kecil berusia 7 tahun ketika itu. Walaupun masih belum istiqamah, tapi saya selalu cakap dalah hati, "hari ni nak solat Dhuha la".. tapi syaitan selalu berbisik " jap lagi la,siapkan keje skit".. dalam pada tu, waktu dhuha pun berlalu. Tak buat jugak. Esok pun sama juga. Lama-lama terlupa. Bila dah dapat solat dhuha, saya biasakan solat selepas subuh. Eh, bukan waktu afdal untuk solat Dhuha.. x pelah, sebab saya nak latih diri saya. Alasan saya " susah nak solat dhuha kat opis, nak kena bukak tudung, nak kene pakai bedak la, itu la, ini la".. mcm2 lagi alasan yang hati saya buat. Dalam pada itu, terlepas lagi. alahaii.. gembiranya syaitan, anak adam ini lemah jiwanya.
Tapi satu hari tu, saya nekad. sesampai je kat opis, saya cepat-cepat makan pagi. Sebelum memulakan kerja, saya cepat-cepat masuk ke bilik solat. Lakukan solat dhuha di waktu afdal. Syukur alhamdulillah. Saya rasa kemenangan dalam jiwa saya. Hari tu saya boleh buat kerja dengan tenang. Entah kenapa hati saya gembira. Esoknya pun macam tu. Belum apa-apa, saya solat dulu. Ketepikan sebentar keje yang menimbun, bedak yang terpalit dan lipstik merah di bibir. Saya sujud dengan rendah diri. Menyerahkan jiwa dan raga saya kepada Allah yang Esa. Mengadu segala lara. Kemudan memulakan tugas dengan tenang. Sejak itu, tiada lagi alasan yang wujud di hati. Melainkan kerinduan untuk melakukan solat sunat itu. Indah bukan?, cubalah kalau tak percaya..
Solat 5 waktu pun sama. Kadang-kadang lepas mandi, dalam hati mula berkata " rehat la dulu, zuhur awal lagi".. tapi perasaan saya melonjak-lonjak mahu terus solat. bimbang pulak terleka. Lantas, keluar sahaja dari bilik mandi, terus menuju ke bilik solat, tanpa berfikir apa-apa, saya sarungkan telekung dan mulakan niat solat. Apa yang saya rasa ketika solat?.. Allahuakbar, saya rasakan saya menang lagi. Saya rasa saya sangat kuat kerana berjaya mengalahkan kata hati yang mahukan saya relaks dulu sebelum solat. Setiap kali saya solat fardu diawal waktu, saya bangga dengan diri saya. Saya ucapkan tahniah kepada diri saya kerana saya berjaya melawan bisikan syaitan yang sentiasa cuba melalaikan saya. Kenapa saya gembira?.. kerana bertahun-tahun saya kalah dengan bisikan itu. Sekarang saya bangkit. Membaiki hati yang lemah.. Rawat jiwa dengan istiqamah. Siapa rasa melawan bisikan syaitan itu mudah, saya tabik dengan iman anda.. Anda seorang yang hebat. Saya berdoa semoga saya juga menjadi seperti anda. Dan semoga Allah sediakan syurga untuk anda dan saya juga. Inshaallah.
Owh.. satu lagi amalan yang mengembirakan saya kini ialah, SEDEKAH. Terus terang saya katakan, setiap ringgit bagi saya sangat berharga. Saya rasakan setiap hasil dari penat lelah saya, x wajar orang lain tumpang menikmati. Allahuakbar, bakhil sangat saya. Tapi bukan tak bermaksud saya tak bersedekah. Cuma sedekah yang saya lakukan lebih kepada hanya melepaskan batuk ditangga. Kalau nampak orang susah, hulur seringgit cukuplah. Saya kira, kalau seharian dia disitu, kalau seorang bagi seringit, dua, dia boleh dapat Rm20 - Rm30 sehari. Oklah tu.. hahaha, begitulah jahilnya. Saya lupa akan janji Allah. Saya tidak yakin dengan ganjaran yang Allah sediakan. Tapi sejak saya belajar sedekah kerana Allah, tangan semakin ringan memberi. Jika dahulu, kalau orang datang meminta sedekah di pejabat, saya hanya hulurkan duit seringgit dua. Kalau tak de duit kecik, saya tak bagi. Tapi ada sehari tu seorang lelaki tabligh meminta sedekah. Saya tak peduli dari mana saya datang. Apa tujuan dia, itu urusan dia dengan Allah. Saya bertanya kepada rakan-rakan pejabat, siapa yang sudi menghulurkan derma. Seorang dua menghulurkan beberapa ringgit. Yang pasti semua duit seringgit2.. Takpelah, asalkan ikhlas. Saya buka bag saya, cuma ada beberapa ringgit duit kertas seringgit dan sekeping duit sepuluh. Saya ambil duit sepuluh itu, saya pegang dan saya katakan dalam hati, "Ya Allah, aku yakin dengan JanjiMu" lalu saya hulurkan kepada dia. Lelaki itu tidak pandai berbahasa melayu. Lalu saya katakan kepadanya dalam BI yang ala-ala ( ;p) .. saya katakan yang sekarang saya sedang kekurangan wang. Saya mintak maaf, ini sahaja yang saya mampu. Tolong doakan saya agar saya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. itu sahaja. Dia mengangguk. Saya lega sangat. sebab saya beri dengan seikhlas hati. Tapi janji Allah itu pasti.Alhamdulillah, ketenangan yang hanya Allah yang tahu. Disaat ini juga saya masih belajar. Belajar istiqamah dalam solat sunat Dhuha, belajar solat diawal waktu, belajar bersedekah dengan ikhlas. Hasilnya sangat besar. Tak terkata. Tiada ayat yang menggambarkan. Saya cuma berdoa, sesiapa yang membaca perkongsian saya yang kerdil ini, agar cuba untuk menjadi yang lebih baik. Jangan malu belajar. Allah beri kehidupan ini sebagai guru yang terbaik. Belajarlah dari kehidupan. Belajar dari kesilapan. Kita kan manusia.Tapi Allah dah janji, Dia tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tak berusaha mengubah diri kita sendiri. Anda tak percaya?.. Saya bukan sahaja percaya, malah saya yakin dengan setiap janji-janji Allah.
Panjangnya saya berceloteh.. entry ni bukan untuk menyindir sesiapa. Ianya hanyalah perkongsian hidup saya. Tentang kekuasaan Allah yang kadang kita tak perasan. Saya juga hamba yang lemah. Semoga Allah berikan keberkatan diatas apa yang saya sampaikan. wallahualam..
Subhanallah...menitik air mata yuyu baca entry nih ..:'(
ReplyDelete