Posts

Showing posts from June, 2011

FOLLOWERS DIKEHENDAKI !

Image
CABARAN UNTUK MENDAPATKAN SEKURANG-KURANGNYA 50 FOLLOWERS DALAM MASA SEBULAN.


PLEASE FOLLOW MY BLOG.. I WILL FOLLOW U :)

BANTU CHANTEK DALAM CABARAN INI. THANK YOU FOLLOWER.

Rahsia Di Dalam AIS

Image
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan…

Apa Itu Urutan Refleksologi?

Image
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunj…

Kelebihan Solat Subuh

Image
Ganjaran Pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagimana sabda Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :  " Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid -masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna do Akhirat kelak."  (Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam. Rasulullah S.A.W mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim apabila dibiarkan begitu sahaja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh atau Subuh Gajah iaitu kerjakan solat Subuh tidak pada waktu yang betul. Oleh itu Baginda S.A.W telah mengkhususkan solat Subuh dengan kelebihan yang tidak ada pada solat -solat yang lain. Antaranya ialah :
Rasulullah S.A.W mendo…

Warna dan Kaitannya dengan Solat

Image
Pernah masa chantek kerja di opis lama dulu, ada seorang staff yang merupakan pengamal perubatan alternatif. Beliau menggunakan terapi warna dan ais. Walaupun tidak pernah menggunakan khidmatnya, tetapi sempat juga chantek menuntut sedikit ilmu dengan beliau. Bukan ilmu hitam tetapi tentang ilmu pengaruh warna dan kehidupan seharian kita. Tapi tentang itu, chantek akan ceritakan di entry akan datang. Yang chantek ingin kongsikan hari ini adalah tentang warna dan solat.

Kajian demi kajian yang dilakukan telah banyak membuktikan kepada kita semua tentang kebesaran Allah pencipta kita. Mari kita lihat betapa indahnya ciptaanNya.
Ketika waktu Subuh, alam ketika itu berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar. rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan…

Kisah Suami Teladan

Image
Suatu hari datanglah seorang lelaki ke rumah Saidina Umar untuk mengadu masalah rumahtangganya. Sesampainya di halaman rumah Saidina Umar, tiba-tiba ia mendengar suara isteri Saidina Umar sedang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. saidina Umar ketika itu sepatah pun tidak menjawab, bahkan dia hanya berdiam sahaja. Lelaki itu membatalkan hajatnya untuk mengadu masalahnya kerana mendapati Saidina Umar pun menghadapi masalah yang sama sepertimana yang ia hadapi. ia pun mengalih haluan untuk pulang ke rumahnya. Kedatang lelaki itu disedari oleh Saidina Umar dan beliau pun memanggil lelaki yang telah mula melangkah separuh jalan untuk pulang itu. Saidina Umar pun bertanya : "apakah hajat kamu datang ke mari?". Jawab lelaki itu. " Ya Amirul Mukminin, tujuan kedatangan aku untuk mengadukan hal aku kepada mu. Aku sekarang ini memiliki seorang isteri  yang sentiasa menyakiti hati aku. Tapi belum pun sempat aku mengadu, aku dapati engkau pun menghadapi masalah sepertima…

8 Hadiah Berharga Untuk Yang Tersayang

Image
"Pemberian Material Belum Mampu Tambat Kasih"Setiap kali tiba tarikh penting, kita akan sibuk mencari sesuatu untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Ulangtahun perkahwinan, birthday atau apa sahaja yang ingin disambut akan diraikan dengan hadiah. Dengan harapan pemberian itu akan membuatkan si dia tersenyum. namun sedarkah kita bahawa senyuman yang tersayang itu tidak khusus untuk tarikh tertentu. Ciptalah senyuman itu di setiap saat dengan memberikan 8 hadiah ini :
1. Kehadiran

Kehadiran insan yang dikasihi adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Memang kita boleh hadir dengan menghantar surat, e-mail, facebook, telefon, gambar dan banyak lagi, namun dengan berada di samping mereka kita akan dapat berbagi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh. Oleh itu jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan. 2. Mendengar
Sedikit orang yang mampu berikan hadiah seperti ini, kerana kebanyakan kita lebih suka dirinya didengari berbanding dia mendengar. Keharmonia…

Aku ni gila ke? ( Lawak Jumaat )

Assalamualaikum semua. Chantek bz sangat hari ni. Tapi chantek tetap nak update blog ni sebab nak cerita tentang apa yang chantek lalui hari ni. Bukan apa, kalau disimpan, takut terlupa pulak.
Pagi-pagi, chantek menemani si arjuna ke hospital. Si arjuna ni dah pening-pening dan rasa macam nak pitam sejak petang semalam. So, untuk mengetahui apa sebenarnya sebab arjuna rasa macam tu, kami ke hospital yang Ho******..( bukan nama sebenar :p)Setelah mendaftar dan mendapat nombor, macam biasalah kene tunggu. Nasib baik tak ramai orang, jadi tak lah lama menunggu. Buat pertama kalinya proses menunggu di Ho**** itu tak sampai 1 jam.. Bagus...
Setelah berjumpa dengan MA, arjuna diarahkan menjalani ujian ECG untuk melihat degupan jantungnya. ( Sebelum ni arjuna telah beberapa kali menjalani ujian ini). Selepas bacaan degupan jantung diperolehi, arjuna diarahkan masuk ke wad sementara untuk pemeriksaan doktor. Disitu, arjuna di periksa oleh beberapa orang doktor termasuk lah doktor pakar. Pelbaga…