Posts

Showing posts from November, 2011

Tolong Jangan Tinggalkan Anak Bersendirian Di Dalam kereta

Image
Pejabat chantek berada bersebelahan dengan sebuah Pejabat Pos. Memang sibuk disini. Satu hari, masa chantek dalam perjalanan (jalan kaki je yer), untuk ke tempat makan (makan pagi tau).. mesti kene lalu kat depan pejabat pos tu. Masa lalu tu, chantek perasan ada sebuah Pajero parking di depan pejabat pos (diluar pagar) tersebut. Pajero tersebut hidup enjinnya dan yang buat chantek betul-betul menyirap adalah terdapat seorang kanak-kanak dalam usia 2-3 tahun umurnya. sedang berdiri di kerusi sebelah pemandu. Chantek cuba perhatikan kot-kot ada sesiapa yg bersama kanak-kanak itu didalam pajero tersebut. Tapi malangnya memang kanak-kanak itu bersendirian.
Cuba u'll bayangkan. Budak tu umur baru 2-3 tahun. Enjin hidup. Tinggal berseorangan. Chantek mengucap panjang. Nak marah sangat.. kenapalah parent dia tinggalkan anak dia mcm tu je. Memanglah nak singgah sekejap je kat pejabat pos tu. Tapi logiklah...
Owhh... masa tu hujan... mungkin dia tak nak anak dia kene hujan. Tapi kalau nak…

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Image
1. DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
1. Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, …

Asal-Usul Setiap Rakaat Dalam Solat ( Must Read )

SUBUH: 

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.…

S.O.L.A.T itu W.A.J.I.B

APA ITU SOLAT Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam. Solat Asar sebanyak 4 rakaatSolat Maghrib sebanyak 3 rakaatSolat Isyak sebanyak 4 rakaatSolat Subuh sebanyak 2 rakaatSolat Zohor sebanyak 4 rakaat  HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.Orang ya…

Meningkatkan Trafic dengan Easyhits4u.com

Image
Dengan menggunakan easyhits4U.com selain meningkatkan trafic ke web / blog anda, anda juga boleh menjana pendapatan. Konsep dari easyhits4U.com merupakan Program Paid To Click. Anda akan diberi  iklan untuk di click. Setelah di klik, anda akan memperoleh credit. Laman web ini menyelenggarakan system 1:1 traffic exchange system, yang membantu para webmaster dan pemilik blog untuk mempromosikan web / blog mereka. Setiap blog yang dikunjungi oleh anda dengan menggunakan system dari  Easyhits4U.com ,anda akan mendapatkan satu kunjungan balik ke web atau blog anda atau memperoleh referall. 
CARA - CARANYA.... Setelah selesai mendaftar di Easyhits4U.com , anda perlu melakukan surfing dengan menekan salah satu paparan seperti dibawah ini :

Pilih salah satu, dan saya mencadangkan start surfing 1:1  .Kemudian anda akan diberikan halaman iklan selama 20 saat dan sebagai balasannya blog / web anda akan diberi pelawat sebanyak satu kunjungan (visitor). 
Setelah itu akan keluar windows baru seperti p…