Posts

Showing posts from August, 2013

Jangan Lepaskan Malam Lailatulqadar

Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih llagi pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannnya. Ramadhan , al-quran dan malam al- Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw. Malam Lailatulqadar Disembunyikan Ulama Syekh Dr Yusof Al Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah saw bersabda: "Cari malam lailatulqadar di malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperole