Posts

Showing posts from December, 2011

S.Y.U.K.U.R

Image
Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada ku. Andainya aku terlupa dan alpa, Kau ampunkanlah aku kerana aku ini hambaMu yang lemah. Syukur kehadrat-Mu dengan segala anugerah, kesenangan, anak-anak, kebahagiaan dan kelapangan. Semoga aku sentiasa dibawah bimbinganMu... AMIN

Penting ... J.A.N.G.A.N sesekali anda ucapkan Merry Christmas

Penting!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam ucap "Merry Christ".. Ini kerana ia bermaksud Sejahtera Keatas Tuhan Jesus (NAUZUBILAH) Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak...
Pengenalan Sambutan Hari Krismas
Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
“Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus“
Bila Nabi Isa a.s. Dilahirkan?Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s. W…

Gempar !!!.... Jerung Bergigi Tumpul?

Image
Kata chantek : alahaiii, comel

Tiba-tiba rasa rindu kat TUMBLR

Image
Entah kenapa tetiba chantek rasa rindu nak melawat  TUMBLR.  Rasanya dah hampir 1 tahun chantek tak buka TUMBLR
Rupanya banyak kenangan-kenangan dan kisah pahit manis yang chantek kongsikan di sana.  Tersenyum jugak bila baca entry yang lucu.
Kalau korang free, jom la singgah ke sana. Banyak yang boleh dikongsi. Jom Singgah Jap



Kisah Kehidupan Baby yang cute...

Image

Serangan Panik (Panic Attack)

Image
Panik atau Panic Attack adalah serangan perasaan teror yang datang menyerang secara tiba-tiba tanpa peringatan.

Seorang yang mendapat serangan panik menceritakan pengalamannya sebagai berikut :

Tiba-tiba saja saya merasakan gelombang ketakutan yang sangat menakutkan tanpa suatu sebab sama sekali. Jantung saya berdebar kencang, dada saya sakit dan menjadi lebih susah untuk bernafas. Saya fikir saya akan mati.

Saya begitu takut. Setiap kali saya mulai keluar rumah, saya mendapat perasaan yang buruk di perut saya dan saya begitu di kuasai oleh perasaan bahwa panic attack lainnya akan datang atau beberapa hal yang mengerikan yang tidak diketahui akan terjadi.

Gejala-gejala Serangan Panik

Seperti digambarkan diatas, gejala-gejala serangan panik timbul secara mendadak tanpa suatu penyebab jelas. Antara sintom-sintomnya  termasuk;

- Denyut jantung yang cepat @ berdebar-debar
- Nyeri /saki t/ngilu dada/ sakit lambung
- Gangguan perut
- Pening, mual atau pengsan
- Sesak nafas, rasa tercekik@…

Hari-Hari Kelepasan Am Negeri Pahang D/M Tahun 2012

Image
klik gambar untuk image yang lebih jelas.
* Hari Kelepasan Am Negeri
** Tertakluk Kepada Perubahan
Peringatan
1.  Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan yang lain, maka   hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
2.  Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak digantikan pada hari-hari yang lain.

aLaMaK.. DaLaM oPiS aDa HANTU!

Image
Kisahnya minggu lepas adalah sorang pekerja baru lapor diri kat opis chantek. Seorang pemuda yang berusia 23 tahun lebih kurang (yer la kot).. Setelah melapor diri, dia telah ditempatkan di opis chantek untuk seminggu sebelum boleh bertugas secara penuh di cawangan lain.  Kisahnya, opis chantek ni memang la terkenal dengan citer-citer tentang gangguan-gangguan ringan. Contohnya bunyi mesin taip, bunyi orang berborak dan sebagainya. Tapi chantek memang tak hairan la. Bukan tak takut, takut gak cuma malas nak dilayan sangat perasaan ni. Inikan tempat chantek mencari rezeki. So, selalu jugak la chantek kene tinggal sengsorang kat opis ni. Bukan apa, kadang-kadang malas nak keluar. Tapi tak pernah pulak chantek mengalami gangguan seperti yang mereka-mereka pernah rasa. Tapi, entah macamana la, masa minum pagi tadi, sambil minum sambil borak dan tetiba terbuka cita pasal benda-benda ni. Mulanya budak baru tu tanya, ade gangguan ke kat opis kita nih. Member chantek pun jwbla, memang ada. Tp b…

Apa SUPERHERO buat bila tak de ' Mission'

Image

Kopi Rendahkan Risiko Kanser Kulit Di Kalangan Wanita

Image
Disebalik  penemuan tentang kesan kopi terhadap kesihatan , semakin banyak bukti perubatan tentang kopi yang bermanfaat, khususnya untuk golongan  wanita. Kajian terbaru, minum kopi didapati memberi kesan positif dalam menghalang kanser kulit paling umum diseluruh dunia. Wanita yang minum kopi lebih dari tiga (3) cawan setiap hari memiliki risiko 20 peratus lebih rendah untuk mengidap karsinoma sel basal (KSB) iaitu sejenis kanser kulit, jika dibandingkan dengan mereka yang kurang secawan kopi sebulan. Bagaimanapun, dikalangan lelaki yang minum kopi didalam jumlah yang sama hanya mengalami penurunan risiko sebesar 9 % sahaja berbanding wanita. Hasil kajian tersebut telah dibentangkan di 10th American Association For Cancer Research International Conference on Frontiers In Cancer Prevention Research di Boston.
Memandangkan terdapat hampir sejuta kes baru KSB yang didiagnosis setiap tahun di Amerika Syarikat, faktor pola pemakanan setiap hari dengan kesan protektif mungkin memiliki kesan k…

AKHLAK REMAJA ZAMAN SEKARANG..

Image
Tidak diketahui samada gambar diatas adalah original atau teknik tindihan. Tapi jika benar ini adalah kelakuan anak-anak remaja zaman sekarang, maka kita sebagai ibu dan bapa seharusnya terpaksa bekerja lebih keras memantau perkembangan dan pendidikan anak-anak agar lebih tinggi imannya. Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa pun. Tapi sekadar berkongsi kepada semua sebagai pengajaran untuk kita dalam membimbing dan memantau anak-anak. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat. Kepada pemilik gambar, mohon maaf dan terima kasih kerana tindakan anda ini menjadi pengajaran kepada orang-orang yang sentiasa mahukan sesuatu yang baik untuk kehidupan mereka. Insyaallah..

Tips Memasak Cegah HEPATITIS A

Image
Hepatitis A akhir-akhir ini dilihat sebagai salah satu penyakit berbahaya yang semakin menular dikalangan kanak-kanak sekolah. Penyakit ini boleh dicegah dengan mudah dan salah salu pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan memasak makanan dengan baik. Berikut merupakan tips penting yang boleh dijadikan panduan kepada kaum ibu atau peniaga untuk dipraktikkan ketika penyediaan makanan.
1.    Menjaga kebersihan dengan mencuci  tangan sebelum masak dan setelah keluar dari tandas.
2.    Cuci dengan bersih peralatan memasak seperti kuali, periuk dan sebagainya. Tidak ketinggalan peralatan makan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan lain-lain.
3.     Pastikan bebas daripada binatang seperti serangga di peralatan memasak mahupun peralatan makan.
4.     Masak makanan sehingga matang (masak) terutamanya daging, ayam, telur dan makanan laut.
5.      Bagi makanan berkuah seperti sup, rebus sehingga sekurang-kurangnya 70'c. Untuk daging dan ayam, pastikan tidak lagi berwarna merah muda serta pana…