Posts

Showing posts from June, 2015

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Image
Assalamualaikum. semua pembaca yang disayangi. Sekejap je dah di pertengahan Ramadhan. Maka semua perlu menambah usaha dalam ibadat. Semoga kita semua dapat bertemu malam Lailatul qadar. Saya tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut tentang Lailatul Qadar. Tapi jom kita baca apa tanda-tanda Lailatul Qadar yang saya copy dari blog  Detik Islam .  '' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis). Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabidkan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu. Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih kera

Darjat Seorang Ibu

Image
Seorang lelaki muda tidak ingin menziarahi ibunya yang sakit kerana sangat marah pada ibunya. Ini kerana ibunya tidak pernah buat baik padanya dan kerana ibunya pernah melakukan kesalahan pada ayahnya. Saya pujuk dan katakan padanya, "saya tidak tahu pada hari ini jalan yang lebih cepat dan mudah untuk masuk syurga dan mendapat redha Alaah lebih dari bebuat baik pada ibu". Dia kata, "macamana saya nak berbuat baik pada ibu sedangkan dia tidak buat baik pada saya. Saya kata " sebenarnya sebab itu Islam tidak hidup pada hari ini seperti zaman nabi saw dan sahabah rhum. Kita sangka kebaikan, bila orang buat baik pada kita. Maka kita balas kebaikan itu, tanpa agama pun manusia boleh buat. Binatang pun ada sifat begitu. Sebenarnya kebaikan dalam Islam yang dibawa oleh Nabi saw ialah buat baik pada orang yang buat jahat pada kita. Doakan kebaikan pada orang yang maki hamun kita. Senyum pada orang yang masam muka dengan kita. Ziarah orang yang tidak mahu kita menziarahi m