Tanda-tanda Lailatul Qadar
Assalamualaikum. semua pembaca yang disayangi. Sekejap je dah di pertengahan Ramadhan. Maka semua perlu menambah usaha dalam ibadat. Semoga kita semua dapat bertemu malam Lailatul qadar. Saya tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut tentang Lailatul Qadar. Tapi jom kita baca apa tanda-tanda Lailatul Qadar yang saya copy dari blog Detik Islam.
'' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis).
Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabidkan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu.
Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih kerana mustahil umatnya dapat menandingi amal ibadah umat-umat terdahulu.
'' Dengan penuh kasih sayang yang tak terhingga, Allah SWT lalu mengurniakan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW,'' ungkap Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi dalam kitab Fadha'il Ramadhan. Menurutnya, Lailatul Qadar adalah suatu malam kurniaan Allah yang sangat besar kebaikan dan keberkahannya.
Lalu apa sebenarnya Lailatul Qadar itu? Dr HM Muchlis Hanafi, pakar tafsir dari Universiti Al Azhar Mesir, mendedahkan, Lailatul Qadar bererti malam yang penuh dengan kemuliaan. Pada malam itu, kata dia, diturunkan Al-Quran yang mempunyai kemuliaan, melalui seorang malaikat yang juga sangat mulia dan diterima seorang nabi yang juga sangat mulia.
'' Qadar juga boleh bermakna saiz. Ukuran segala sesuatu itu ditetapkan pada malam itu, rezeki seseorang, apakah dia bahagia atau tidak? Sampai setahun ke depan ditetapkan pada malam itu,'' tutur Dewan Pakar Pusat Pengajian Al-Quran (PSQ) itu.
Menurut Muchlis, Lailatul Qadar mempunyai sejumlah keistimewaan. Betapa tidak. Pada malam itu, Al-Quran diturunkan. Selain itu, Lailatul Qadar itu lebih baik dari 1,000 bulan. Pada malam itu, kata dia, para malaikat dan Ar-ruh (yang dimaksudkan adalah Malaikat Jibril) turun ke bumi.
'' Para malaikat itu turun dengan membawa rahmat dan keberkatan,'' ujarnya. Yang tak kalah penting, malam yang istimewa itu membawa kedamaian, rasa aman kepada siapa saja yang menjumpainya sampai terbit fajar.
Dalam sebuah riwayat, papar dia, yang dimaksudkan fajar adalah terbit fajar di keesokan harinya. Tapi hatta mathla'il fajr, bererti sampai tiba saatnya fajar kehidupannya yang baru di akhirat nanti.
Lalu adakah ciri-ciri akan datangnya Lailatul Qadar? Menurut Muchlis, tanda-tanda fizikal seperti yang popular di kalangan masyarakat bahawa malam itu tenang, angin sepoi-sepoi, kemudian matahari di keesokan harinya mendung dan tidak terlalu panas, riwayat-riwayatnya tidak boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya.
'' Tanda-tanda fizikal seperti itu secara logik, juga sukar diterima. Kerana, sangat relatif, bergantung musim. Kalau musim hujan, ya, pasti mendung, apalagi dengan perubahan iklim sekarang. Jadi, tanda-tanda fizikal itu tidak boleh dijadikan ukuran. Tanda yang pasti adalah salaamun hiya hatta mathla'il fajr,'' katanya.
Yang pasti, kata dia, salah satu tanda yang pasti dari Lailatul Qadar adalah orang selalu merasa damai, selalu menebar kedamaian dalam hidupnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai dibangkitkan kembali menyongsong fajar kehidupan yang baru.
Tak ada seorang pun yang tahu bila-bila tetamu agung itu akan datang. Hanya Allah SWT yang mengetahui bila-bila malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu akan menghampiri hambanya. Terlebih, sebagai tetamu agung, Lailatul Qadar hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang mendapat taufik dan beramal soleh pada malam itu. Mengapa begitu? Supaya kita semakin giat mencarinya sepanjang hari, khususnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.
Prof Nasaruddin Umar, menambah Lailatul qadar itu mempunyai banyak makna. Menurut dia, Lailatul Qadar boleh diertikan secara fizikal bahawa betul-betul memang malam itu ada sesuatu yang istimewa.
Menurut dia, pada malam itu malaikat turun berbendong-bondong sangat luar biasa dan hanya saat itu, minit itu atau jam itu. Adalagi yang memaknai lailatul qadar simbolik sesungguhnya. Laila ertinya malam, malam bererti keheningan, kesyahduan, kepasrahan, tawakal, kerinduan, kehangatan, termasuk juga kekhusyukan.
Sebagaimana banyak dijelaskan dalam pelbagai buku sejarah, termasuk Sirah Nabawiyyah, Lailatul Qadar itu hanya terjadi sekali dalam setahun, yakni hanya pada bulan Ramadhan. Dan itupun, waktunya tidak ditentukan. Ada yang berpendapat, terjadi di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Pakar hadis, Dr Lutfi Fathullah MA mendedahkan, kerana begitu mulianya Laailatul Qadar, Rasulullah saw mengajak seluruh sahabatnya, isteri-isterinya sampai kepada pembantu-pembantunya untuk memperbanyak ibadah. Kerana itu, ketika isteri-isteri Rasulullah diminta untuk mencari Lailatul Qadar, Aisyah RA berkata, Ya Rasulullah bagaimana kalau saya yang mendapatkan? Apa yang perlu saya baca? Minta rumah, minta kekayaan atau minta yang lain?
Rasulullah mengajarkan bacalah,'' Allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul afwa fa'fu anni (Ya Allah Engkalau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah, Engkau senang mengampuni hamba-hambaMu kerana itu ampunilah dosa-dosaku).'' Semoga, kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..