Posts

Showing posts from September, 2011

Harimau Malaya Tunduk dengan Samurai Biru

Image
Semalam sebelum balik, ternampak ader member post kat wall Facebook tentang perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Jepun. Wah.. teruja nak tengok.... siap jemput atuk datang umah ajak join tengok bola. Mcm biasa la, awal2 perlawanan tak dpt nak tengok. Maklumlah.. pukul 7 pm kan.. Time tu sibuk kemas dapur la, sapu sampah la, siapkan anak2 lagi... dalam 5 ke 10 minit perlawanan, barulah chantek berpeluang menyaksikan aksi harimau malaya.
Tapi semangat yang berkobar-kobar dalam diri semakin surut bila tengok aksi kurang menyentap dari Malaysia. Samada Jepun memang mantoop atau Malaysia yang hambar. Dalam perlawanan tu, chantek betul-betul kagum dengan pemain Jepun. Lontaran bola yang diberi tepat dan cukup laju. Tak sampai pun beberapa minit, bola dah sampai kat gerbang gol pasukan Malaysia. Sedangkan Malaysia bila dapat bola banyak buang masa. Lontaran lemah dan banyak yang tak sampai. Buat apa nak gelecek sana, gelecek sini, last-last bola dapat kat Jepun.  
Chantek bukan yang su…

- Selamat Tinggal Kesayangan Ku -

Dengan usaha yang gigih Dengan semangat yang tinggi Dengan harapan yang menggunung Tanpa mengerti penat dan lelah Aku memiliki mu Menatap diri mu Menyentuh dengan penuh kasih dan sayang Mengucup pipi mu Membelai penuh kasih wajah mu Setelah lama kita bersama Aku amat memerlukan mu Kamu sangat penting bagi ku Tanpa mu hidup ku sepi Tanpa mu hidup ku sunyi Aku menjaga mu dengan sepenuh jiwaku Aku menjaga mu dengan ikhlas dan jujur Tapi kini kau pergi jua Kau tinggalkan aku kesepian Kau pergi tanpa pesan Membiarkan aku sendiri Mengharungi hari-hari yang kulihat semakin sepi Oh kesayangan ku Aku pilu kehilangan mu Aku sedih kau meninggalkan aku Kenapa kau lakukan begini pada ku Wahai kesayanganku..



NOKIA C600
Apsal kau terjun dalam mesin basuh tuuuu?... adoiiiiaaiii
=()

Stess di pejabat?.. Ader cara nak kurangkan Stress?

Sedikit tips atau panduan untuk relakskan diri dan mengurangkan kusut. Stress dan tekanan di pejabat. Nak pulak yang bekerja dikelilingi orang-orang yang membuatkan kita selalu rasa bengang dan marah.  Antaranya :
SIKAP POSITIF
Nampak mudah kan? tapi bukan calang-calang orang yang mampu berfikiran positif. Sentiasa melawan perasaan yang negatif. Kalau perlu kita bercakap dengan diri sendiri, lakukanlah. Tapi make sure di tempat yang tertutup. takut nanti orang cakap kita gila pulak. Jangan mudah bersangka buruk dengan orang lain. Walaupun orang itu selalu menyusahkan hati kita, just ignore it.. Jangan kita nak menyemakkan kepala dengan benda-benda remeh. Tak rugi kita sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Tak kira la siapa. Kita semua manusia. Tak perlu nak berdendam. Sentiasa berfikiran positif dalam segala hal. Selalu cakap " tak pelah, nak buat mcm mana, dah tak de rezeki". Tapi mesti redha dengan hati. Jgn cakap mulut je. Cubalah... Insyaallah akan lebih ringan kepala…

Perempuan Kencing Berdiri? eewwww...

Image
Tengah boring-boring kurang keje di opiz, chantek terbaca n3 dr blog Cik Anna ni. Tentang kisah perempuan yang kencing berdiri. Tapi di sini chantek just nak berkongsi satu alat yang membantu orang perempuan untuk kencing berdiri. Eeeewww, pelik kan?.. tapi bila chantek baca cara dan sebab dibolehkan untuk menggunakan alat ini, owwh.. logik la jugak. Orang mengandung atau menggunakan kerusi roda antara orang yang disyorkan menggunakan alat ini.
Kalau nak ikutkan, bukan budaya orang perempuan asia untuk kencing berdiri di tandas awam. Malah di tandas-tandas awam pun memang tak de lagi tempat untuk kencing berdiri untuk orang perempuan macam kat toilet lelaki. Tapi di negara luar, benda ni dah jadi kebiasaan. malah kadang-kadang diaorg bleh pancut kat tepi jalan atau semak. Macam orang lelaki selalu buat. Opsss... tapi tak semua orang lelaki mcm tu yer. Pernah seorang sahabat lelaki dalam perjalanan ke satu tempat ternampak seorang lelaki lain yang membuang hajat di tepi jalan. Lantas di…

AKU SEORANG INSAN.... KENAPA ?

Aku seorang insan yang lemah. Kenapa? kerana ketika aku bersama kekasih aku, aku rela dia menyentuh tangan ku. Aku rela dia mengucup pipi ku. Sedangkan aku tahu, aku tak patut izinkan dia buat begitu. Aku sepatutnya mempertahankan kehormatan ku. Walaupun hati dan jiwa aku meronta dan merintih, namun bibirku hanya tersenyum. Tersenyum sebagai tanda aku bahagia. Sedangkan hatiku gelisah melihat syaitan sedang bergembira. Lidah ku kelu untuk berkata-kata, bukan kerana terlalu gembira, tetapi kerana cinta dan nafsu sedang bermaharajalela.
Aku seorang insah yang jahil. Kenapa? kerana aku sanggup mengingkari kata-kata ibu yang mengandungkan aku, ibu yang melahirkan aku. Semata-mata untuk bersama kekasih aku. Sedangkan hati ini menangis melihat wajah sungul ibu. Larangan ayah yang resah tidak ku hirau. Jahilnya aku kerana tidak memikirkan betapa berdosanya aku. Seandainya apa-apa yang berlaku kepada ku diluar sana ketika itu, maka ruginya aku. Keluar dengan keadaan penuh dosa. Tanpa izin ibu …

Terapi Detox Seks Untuk Hubungan Yang Lebih Intim

Image
Anda sengaja meninggalkan aktiviti seks untuk beriadah? Bukankah wanita diharamkan meninggalkan suami yang berhajat? Tapi bagaimana dengan terapi detox seks?. Pernahkan anda mendengar istilah ini? Iaitu menghentikan sebarang aktiviti seksual dalam beberapa masa yang dipersetujui bersama suami isteri. mengapa perlu bercuti? Supaya anda berdua lebih merasai rangsangan yang lebih setelah lama bercuti. Tetapi dalam percutian itu, anda dan suami mesti menjalani terapi diantaranya mengenang saat-saat bahagia bersama pasangan, memaafkan dia dan membuang jauh-jauh firasat negatif tentang pasangan anda. Kemudian meneliti sejarah anda dan pasangan jatuh cinta, membaca kembali perjalanan cinta anda dan memastikan trek yang dijalani kini menuju ke matlamat yang indah.  Jika anda dan suami boleh membangkitkan kenangan-kenangan itu dalam percutian tersebut diharapkan ransangan seksual yang baru akan tumbuh dengan lebih sihat. Tetapi ia belum cukup jika anda tidak menambah terapi tersebut dengan satu…