Perempuan Kencing Berdiri? eewwww...

Tengah boring-boring kurang keje di opiz, chantek terbaca n3 dr blog Cik Anna ni. Tentang kisah perempuan yang kencing berdiri. Tapi di sini chantek just nak berkongsi satu alat yang membantu orang perempuan untuk kencing berdiri. Eeeewww, pelik kan?.. tapi bila chantek baca cara dan sebab dibolehkan untuk menggunakan alat ini, owwh.. logik la jugak. Orang mengandung atau menggunakan kerusi roda antara orang yang disyorkan menggunakan alat ini.

GoGirl
Kalau nak ikutkan, bukan budaya orang perempuan asia untuk kencing berdiri di tandas awam. Malah di tandas-tandas awam pun memang tak de lagi tempat untuk kencing berdiri untuk orang perempuan macam kat toilet lelaki. Tapi di negara luar, benda ni dah jadi kebiasaan. malah kadang-kadang diaorg bleh pancut kat tepi jalan atau semak. Macam orang lelaki selalu buat. Opsss... tapi tak semua orang lelaki mcm tu yer. Pernah seorang sahabat lelaki dalam perjalanan ke satu tempat ternampak seorang lelaki lain yang membuang hajat di tepi jalan. Lantas dia berkata yang orang tu tak sopan. Kerana tak menjaga etika dan adap. Dia kata kalau dulu-dulu bleh la. Tandas x de. Tapi skang R&R dah banyak. Kalau tak tahan sangan pun, carilah tempat2 yang terlindung. Chantek hanya diam tak menyampuk, tapi taulah chantek bahawa ader jugak lelaki yang tak suka kencing tepi jalan.
P-MATE
Berbalik kepada alat bantuan kencing ini. Rasanya kat Malaysia blum jumpa lagi atau mmg chantek x tau ader ke tak der. Tapi kalau ader pun, chantek x syorkan membelinya. Jagalah adap kita sebagai wanita islam. Takkan itu pun x tau. Bukan semua benda dari negara maju itu bagus untuk ditiru. Jadi sebaik-baiknya kita kekalkan amalan yang baik. 

Eh... rasanya apa yang chantek cuba sampaikan bukan sesuatu yang lucu dan lucah. Maklumat kecil ini mungkin memberi perubahan yang besar dalam hidup kita .Nak sentuh skit tentang kencing berdiri ni. Selama dikurniakan  2 orang putera ni. Chantek memang tak ajar putera-putera kencing berdiri. Walaupun putera sulung dah boleh pertikai kenapa org lelaki lain boleh kencing berdiri? Chantek lebih suka mengatakan bahawa itu lebih disukai Nabi Muhammad SAW. Dan Chantek akan suruh diaorg berdehem 3 x sebelum membasuhnya. Walaupun kadang-kadang diaorang buat mcm2 bunyi, sampai terbatuk-batuk, tapi sekurang-kurangnya diaorang tau itu yang Nabi mahu kita buat.

Macam mana pulak dengan orang perempuan?.. Chantek rasa x sesuai la dengan adap kita orang timur ni. Kalau ader pun, sebagai orang lelaki, korang nak ke, pompuan kencing berdiri sebagai suri hidup?... so renung-renungkan dan selamat beramal... :)

Chantek kata : Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini   Cara cuci kencing dengan betul

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan