Harimau Malaya Tunduk dengan Samurai Biru

Semalam sebelum balik, ternampak ader member post kat wall Facebook tentang perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Jepun. Wah.. teruja nak tengok.... siap jemput atuk datang umah ajak join tengok bola. Mcm biasa la, awal2 perlawanan tak dpt nak tengok. Maklumlah.. pukul 7 pm kan.. Time tu sibuk kemas dapur la, sapu sampah la, siapkan anak2 lagi... dalam 5 ke 10 minit perlawanan, barulah chantek berpeluang menyaksikan aksi harimau malaya.

Tapi semangat yang berkobar-kobar dalam diri semakin surut bila tengok aksi kurang menyentap dari Malaysia. Samada Jepun memang mantoop atau Malaysia yang hambar. Dalam perlawanan tu, chantek betul-betul kagum dengan pemain Jepun. Lontaran bola yang diberi tepat dan cukup laju. Tak sampai pun beberapa minit, bola dah sampai kat gerbang gol pasukan Malaysia. Sedangkan Malaysia bila dapat bola banyak buang masa. Lontaran lemah dan banyak yang tak sampai. Buat apa nak gelecek sana, gelecek sini, last-last bola dapat kat Jepun.  

Chantek bukan yang suka sangat tengok bola. Tapi permainan pasukan Malaysia semalam amat mengecewakan. Si Arjuna pun mengiakan. Pendapat dia, Malaysia perlu mengambil jurulatih luar. Bukan menidakkan orang kita tapi untuk membuka minda dan mencari ilmu dari orang luar. Memang tak semestinya orang luar akan menaikkan pasukan kita. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh buka mata melihat cara dari tempat lain. Kalau tak, pasukan akan terus mcm ni la... gelecek sana, gelecek sini, tapi tak kemana.

Bukan niat chantek nak kutuk pasukan kita. Malah chantek berbangga dengan Malaysia. Cuma kita kene terima semua ini untuk menjadikan pasukan kita lebih kuat dan bertenaga. Nasib baik lah Malaysia ada Khairul Fahmi. Walaupun dia nampak stress semalam, tapi dia banyak menyelamatkan gol semalam. Kredit diberikan kepada Khairul Fahmi. Memang terbaik dan cukup pantas. Tak salahkan dia juga bolos 2 bijik semalam. Yerlah, dah berpuluh serangan, mana mampu untuk dia menahan semua. Tahniah kepada KFCM....
Kesimpulannya...walaupun kalah, Malaysia jangan putus asa. Jadikan kekalahan ini satu semangat untuk berlatih dengan lebih gigih... tapi, kehebatan pasukan Jepun memang tak dapat disangkal... perggghhhh..


Ptsss... atuk tengok separuh masa jer sebab dia kata Malaysia main x best... kata orang lama..hehehe

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan