AKU SEORANG INSAN.... KENAPA ?

Aku seorang insan yang lemah. Kenapa? kerana ketika aku bersama kekasih aku, aku rela dia menyentuh tangan ku. Aku rela dia mengucup pipi ku. Sedangkan aku tahu, aku tak patut izinkan dia buat begitu. Aku sepatutnya mempertahankan kehormatan ku. Walaupun hati dan jiwa aku meronta dan merintih, namun bibirku hanya tersenyum. Tersenyum sebagai tanda aku bahagia. Sedangkan hatiku gelisah melihat syaitan sedang bergembira. Lidah ku kelu untuk berkata-kata, bukan kerana terlalu gembira, tetapi kerana cinta dan nafsu sedang bermaharajalela.

Aku seorang insah yang jahil. Kenapa? kerana aku sanggup mengingkari kata-kata ibu yang mengandungkan aku, ibu yang melahirkan aku. Semata-mata untuk bersama kekasih aku. Sedangkan hati ini menangis melihat wajah sungul ibu. Larangan ayah yang resah tidak ku hirau. Jahilnya aku kerana tidak memikirkan betapa berdosanya aku. Seandainya apa-apa yang berlaku kepada ku diluar sana ketika itu, maka ruginya aku. Keluar dengan keadaan penuh dosa. Tanpa izin ibu dan ayah menuju ke kekasih yang belum tentu akan menjadi suami ku. Walaupun jiwa ku meronta, melihat mata ibu dan ayah, melihat resah mereka, namun bibirku tersenyum kepada sidia. Semata-mata untuk melihat dia bahagia. 

Aku seorang insan yang bodoh. Kenapa ? kerana aku sanggup membuatkan hati mereka-mereka yang sayangkan aku terluka. Nasihat kakak dan abang ku rasa bagai menusuk ke jiwa. Sedangkan hati meronta. Ingin memeluk mereka. Memohon bantuan jiwa. Kenapa lidah tidak terluah. Hanya renungan yang ku beri. Betapa syaita gembira. Namun aku akan terus berusaha.

Aku seorang yang kerdil. Kenapa ? kerana aku tak mampu melawan semua hasutan yang datang ke akal dan fikiranku. Aku tak mahu dia menyentuh tanganku. Namun aku hanya berdiam. Aku tak mahu dia mengucup pipi ku, tapi lidah ku kelu. Aku tak mahu menderhaka kepada ibu dan ayah. Tapi kakiku terus melangkah. Pada siapa harus ku mengadu. Kepada siapa harus aku luahkan. Semoga Allah berikan petunjuk.

SEPULUH TAHUN BERLALU....

Aku seorang insan yang sentiasa berserah... Kenapa? kerana aku mahu hati dan jiwaku sentiasa berada dibawah lindunganNya. Kini aku menjadi ibu. Dan aku mahu anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah. Sama seperti doa ibu dan ayah ku. Yang sentiasa mendoakan aku. Aku mahu anak-anak ku menyanyangi aku dan suami. Sama seperti ibu dan ayah mahu aku menyanyangi mereka. Aku mahu anak-anak ku menjaga aurat dan kelakuan sama seperti ibu dan ayahku mahukan aku menjaga pekertiku. Aku tak mahu anak-anakku menitiskan air mataku seperti yang aku lakukan kepada ibu dan ayah ku dahulu.

Hari ini aku berada ditempat ibu dan ayah ku. Dengan pengalaman yang lalu, aku mahu diriku lebih redha dengan apa yang aku terima. Dosa-dosa yang aku lakukan dahulu mahu aku lupakan. Kekesalan yang aku ciptakan mahu aku lontar sejauh yang boleh. Larilah resah kesebalik gunung tiga sekalipun, namum hatiku akan tetap berserah kepada takdirmu. Aku tak mahu melihat syaitan -syaitan bergembira. Aku tak mahu mendongak kelangit tanpa sedar kakiku berpijak rumput di bumi. Sesal pun aku telah lalui. Kini ada pintu syurga aku miliki. Jika dahulu pintu syurga dibawah kaki ibu tidak ku jaga. Hari ini syurga dibawah kaki suami mahu ku kejar. Takkan ku sia-siakan peluang ini kerana nafas yang Allah beri hanya sekali.Selagi aku berdaya akan aku menghargai diri dan kebajikan ku kerana kini aku juga menjadi syurga kepada anak-anak ku. Betapa tinggi Martabatku, jadi aku tak akan hina diriku dengan melakukan dosa. 

Insyaallah, aku akan terus berusaha
Insyaallah , aku akan terus kuat
Insyaallah, aku akan terus berubah
Insyaallah, aku akan terus tabah
Semoga aku akan terus dibimbing ke jalan Mu
Semoga aku akan terus dirahmati Mu
Semoga aku akan terus dilindungiMu...

Aku seorang insan ....Kerana itu aku mahu sujud pada mu..
chantek :  *_____*

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan