Terapi Detox Seks Untuk Hubungan Yang Lebih Intim

Anda sengaja meninggalkan aktiviti seks untuk beriadah? Bukankah wanita diharamkan meninggalkan suami yang berhajat? Tapi bagaimana dengan terapi detox seks?. Pernahkan anda mendengar istilah ini? Iaitu menghentikan sebarang aktiviti seksual dalam beberapa masa yang dipersetujui bersama suami isteri. mengapa perlu bercuti? Supaya anda berdua lebih merasai rangsangan yang lebih setelah lama bercuti.
Tetapi dalam percutian itu, anda dan suami mesti menjalani terapi diantaranya mengenang saat-saat bahagia bersama pasangan, memaafkan dia dan membuang jauh-jauh firasat negatif tentang pasangan anda. Kemudian meneliti sejarah anda dan pasangan jatuh cinta, membaca kembali perjalanan cinta anda dan memastikan trek yang dijalani kini menuju ke matlamat yang indah.  Jika anda dan suami boleh membangkitkan kenangan-kenangan itu dalam percutian tersebut diharapkan ransangan seksual yang baru akan tumbuh dengan lebih sihat. Tetapi ia belum cukup jika anda tidak menambah terapi tersebut dengan satu lagi terapi detox iaitu terapi detox kalbu.

Terapi Detox Kalbu ialah membersihkan segala racun-racun bisa yang menjangkiti hati anda dan suami Jika hati sudah bersih maka akan lebih mudah bagi anda memandang manusia dengan perasaan kasih sayang. Maknanya kalau anda dan suami selalu berkonflik menunjukkan hati anda dan dia sakit akibat racun-racun dosa.

Apakah Kebaikan Detox Kalbu Dan Kesannya Dalam Hubungan Suami Isteri?

 1. Mendapat Cinta Yang Ikhlas
Niat mencintai pasangan mesti diperbetulkan semata-mata kerana Allah. Inilah cinta yang paling kuat diatas muka bumi ini. Kalau kerana nafsu, cinta akan terhenti ketika ana tidak cantik lagi. Jika kerana harta, cinta akan musnah ketika masalah wang melanda. Tetapi cinta yang tumbuh kerana memenuhi perintah Allah sentiasa mekar hingga ke akhir hayatnya. Suami mendampingi isteri dengan penuh amanah, menjaga dan melindungi mengikut perintah Yang Maha Mencinta. Isteri melayani suami bukan kerana suami setia dan baik hatinya saja bahkan dia juga mesti bersedia apabila suami diuji dengan masalah-masalah kerjaya dan kehidupan.Hati mereka tidak berubah kerana Allah SWT, juka ada konflik yang timbul mereka serahkan kepada Allah SWT sebagai penolong. Jika Allah SWT yang menjadi wali mereka siapakah yang agaknya yang boleh meruntuhkan rumahtangga ini?

2. Terhindar Dari Penyakit Hati
Sangka buruk pada pasangan sering timbul dalam pergaulan suami isteri, ia berpunca dari hati yang tak tenang, tertekan, gelisah dan takut. Suami lambat balik kata main kayu tiga padahal setakan main golf saja, isteri jadi tidak siuman. Isteri tak masak, suami sangka duit habis angkara tak berjimat padahal isteri sedang tak sihat. Kalau kedua-duanya sentiasa menjaga hati dengan membuang toksik-toksik sebegini dan merawatnya dengan ubat syukur, sabar dan redha semata-mata mengharap pahala daripada Allah nescaya tak bergolak rumah tangga.

3. Lebih Memahami Diri Sendiri Dan Pasangan
Saat bertengkar atau tidak sebaiknya anda mempunyai waktu khas untuk bertakafur. Cuba berpisah sementara untuk menumpukan kepada ibadah, muhasabah dan takafur mencari kebenaran saat diuji tentu anda akan kembali pulang ke sisi suami dengan jiwa yang baru, hati yang lebih ikhlas dengan sikap yang lebih terkawal. Sibukkan diri menghitung aib sendiri kemudian mencari kelebihan-kelebihan pasangan kita supaya anda lebih memahami percintaan yang dibina. Tidak salah hindari seks sementara untuk mencari inspirasi baru bagaimana memperbaiki hubungan dengan pasangan. Tentu sahaja inspirasi itu diilhamkan ke hati kita oleh Allah SWT. Bila ? mungkin saat kita sedang sujud, berdoa, membaca Al-Quran, membaca hadis-hadis Rasulullah SAW, berzikir dan bersedekah. Dimanakah munculnya? Kita tidak tahu, hanya Allah yang berkuasa memberi petunjuk kepada hati kita untuk lebih mencintai pasangan dengan ikhlas.


Sumber : Mingguan Wanita Bil 1449 ( 26 Ogos - 1 Sept )

chantek kata : Ikhlas dan bersangka baik kunci kepada hati yang lebih sihat. Dalam apa jua yang dilakukan, sentiasalah bersangka baik. Insyaallah segalanya akan lebih bermakna.


Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan