Posts

Showing posts from January, 2012

Suami Ku Kawin Lagi...Waaaaa

Entah mengapa aku lihat perangai suami aku lain macam je. Tapi dia tak pernah pulak dia tak balik malam-malam. Cuma perangai dia je lain skit. Macam selamber dan blur je. Aku cam kompius pulak menengoknya. Haiihh, tak boleh jadi ni. Nak kata dia ada perempuan lain, tak mungkin. Sebab dia bukan jenis gitu.  Bermsg2 pun x de. Tapi dok termenung je. Aku kene cari jalan agar dapat korek rahsia dia. So, aku pun pujuk la suami aku tu. Dalam gurau aku tanya dia. Lama-lama dia katalah kat aku yang dia dah kawin satu lagi. What? kawin?.. Aku cool lagi.. aku senyum je.Aku tanya lagi, siapa perempuan yang menjadi madu aku tu. Dia pun tunjuklah. Seorang perempuan cina yang lebih tua dari aku. Bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai kecil. Tapi kedai dia tu ada aircond.Ok..ok.. aku relaks lagi... 
Tapi dia lagi relaks dari aku. Dia selamber je menerangkan kat aku yang dia terjumpa amoi tu  masa kerja. Hari-hari dia lalu jalan yang sama, baru dia terperasan akan kedai amoi tu. Agaknya dia selal…

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa..

Blog..blog..blog.. bersawang blog aku nih. Aku busy sejak akhir-akhir ni. Malah nak melayari internet pun tak de masa. .. Busy bekerja atau busy membuat duit? arghh.. ikutla nak cakap apa... Duit...duit...duit.. satu benda yang makin dicari semakin tak cukup. Kadang-kadang aku pening gak. Apsal semua orang bercerita tentang duit. Duit gaji, duit bonus, duit bantuan 500, duit 1 malaysia, duit pinjaman, duit orang bagi.. owh.. di mana-mana duit adalah keutamaan. Tapi memang pun. Kalau tak de duit susah la nak hidup. Sapa nak pandang kalau kita sengkek. Sapa nak dekat dengan kita kalau kita asik pinjam duit orang. Dah la pinjam, tak nak bayar pulak tu. Masalahnya duit.. yang tak pernah cukup.
Sedar tak sedar, kadang-kdang aku juga leka mengejar duit. Kadang-kadang sampai menangis bila tak cukup duit. Sedih tak bila anak-anak mahukan sesuatu, tapi kita hanya mampu memandang dengan sayu?.. Pernah dulu masa aku belum bekerja, ketika itu anak aku baru seorang. Berusia dalam 10 bulan. Masa tu …

Every Life has a story..: A very late new year wish and notes for fulltime h...

Every Life has a story..: A very late new year wish and notes for fulltime h...: Humph! Dah berapa lama tak menjenguk blog ni, dah bersawang-sawang, sama macam empunya blog. Hey, happy belated new yeAR peeps...baru 9 ha...

PUNCA Anak DERHAKA?

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"  dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya.. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat -tempat yang sensitif, itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.  Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, ber…

Jauhi Kepercayaan dan Amalan Syirik dan Kurafat Untuk Menjaga Akidah Kita

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga kepercayaan kurafat .
Di dalam kepercayaan masyarakat melayu terdapat beberapa kepercayaan dan amalan yang dipegang turun temurun yang mana kepercayaan tersebut  boleh menjejaskan akidah kita kerana pergantungan  kepada kejadian tersebut. Oleh itu perlulah kita jauhi perkara syirik, kurafat dan kepercayaan yang tidak ada sandaran yang sahih :
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mempercayai bulan sa…

Berbakti Kepada Ibu Mendapat Balasan Syurga.

Nabi Musa a.s. ingin benar mengetahui siapakah yang akan menjadi temannya di Syurga. Setelah diwahyukan oleh Allah mengenai sifat-sifat lelaki itu, Nabi Musa a.s. terus mencarinya.
Lelaki itu seorang penjual daging dipasar. Setelah menemui lelaki itu, Nabi Musa a.s. menyatakan hasratnya untuk menjadi tetamu lelaki itu beberapa hari. Lelaki itu bersetuju memerimanya.
Sebenarnya, Nabi Musa a.s. mahu melihat apakah amalan yang menyebabkan lelaki itu menjadi temannya di Syurga kelak, Nabi Musa a.s. tetap merahsiakan tujuannya.
Setelah Nabi Musa a.s. memasuki rumah lelaki itu, baginda serta merta dihidangkan dengan sup daging. Sewaktu baginda menikmati sup, lelaki itu masuk kebilik dan keluar mendukung seorang wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam. Lelaki itu menyuapkan sup daging kemulut wanita tua itu hingga kenyang. Selepas makan, lelaki itu menukar pakaian wanita tua tadi yang kotor terkena sup. Dia membasuh pakaian itu di sebuah telaga berhampitan rumahnya.
Agak lama barulah…

Cinta...Kekayaan...Kecantikan..Kesedihan...Kegembiraan

Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda abstrak : ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamat diri.
CINTA sangat kebingunan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu, air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. 
"KEKAYAAN!, KEKAYAAN! Tolong aku! " Teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh, Maaf CINTA" Kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawa kau serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipun tak ada tempat lagi bagimu di perahu ku". Lalu KEKAYAAN cepat- cepat mengayuh perahunya pe…

Antara 10 Celaan Allah yang perlu kita tahu.

Image
Antara 10 celaan Allah kepada manusia akibat daripada kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menepuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu :-
1. Makan Dengan Gelojoh Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. 2. Banyak Cakap Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan sesama manusia.




3. Suka Marah-Marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecedaraan atau perbunuhan. 4. Hasad Dengki Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa sahaja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu…

BAGAIMANA CARA ANAK DIGUGURKAN.. SUBHANALLAH

Image
Subhanallah, melihat cara diatas membuatkan hati chantek ini bagai dirobek-robek. Betapa kejamnya dan tanpa perikemanusiaan anak yang tidak berdosa diperlakukan. Sampainya hati mu ibu... Tidakkah ibu merasa tendangan manja itu didalam rahimmu , ibu?...  Tidakkah ibu kasihan melihat anak itu yang berkongsi nafas dengan ibu?... Ya Allah, nikmatnya mendengar degupan jantung kecil itu, yang bergetar di segenap sanubari ibu. Tapi ini jalan yang dipilih untuk anak yang tak berdosa?... Tak sanggup nak melihatnya...

SOMEONE LIKE YOU...

Image
I heard that you’re settled down, That you found a girl and you’re married now, I heard that your dreams came true, Guess she gave you things I didn’t give to you, Old friend, why are you so shy? Ain’t like you to hold back or hide from the light,
I hate to turn up out of the blue uninvited, But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it, I had hoped you’d see my face, And that you’d be reminded that for me it isn’t over,

Nevermind, I’ll find someone like you, I wish nothing but the best for you, too, Don’t forget me, I beg, I remember you said, “Sometimes it lasts in love, But sometimes it hurts instead,” Sometimes it lasts in love, But sometimes it hurts instead, yeah,
You know how the time flies, Only yesterday was the time of our lives, We were born and raised in a summer haze, Bound by the surprise of our glory days,
I hate to turn up out of the blue uninvited, But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it, I had hoped you’d see my face, And that you’d be reminded that for me it isn’t over,
Nevermind, I’ll…

Perdebatan Ibn Batoota dengan seorang lelaki Kristian di Afrika

Image
Kisah ini berlaku 2 bulan lepas kalau tak silap aku,ketika itu aku baru pulang dari membeli barang keperluan di bandar Lenasia,South Africa.Disini teksi persendirian macam di Malaysia tu tersangat lah mahal,perjalanan 1KM lebih sahaja dikenakan bayaran RM35++,jadi kami selalunya menaiki teksi van yang lebih murah lebih kurang RM2/RM3 yang kami gelar van itu sebagai ‘kombi’(Entah aku pun tak tahu bahasa apa).
Semasa aku dalam van itu,aku duduk di sebelah seorang lelaki negro yang kelihatan bersopan dan lemah lembut tutur bicaranya,jadi aku dapat rasakan bahawa dia ini penganut kristian yang berpegang teguh pada agamanya itu.Aku,Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) telah ditegur oleh pemuda Negro itu.Berikut adalah dialog yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang berlaku antara aku dan dia.
Pemuda Negro: Hai !
Ibnu Batoota: Hai, apa khabar?
Pemuda Negro : aku sihat. Kamu?
Ibnu Batoota: aku pun sihat.
Pemuda Negro: Kau belajar lagi? Belajar di mana?
Ibnu Batoota: …