Suami Ku Kawin Lagi...Waaaaa

Entah mengapa aku lihat perangai suami aku lain macam je. Tapi dia tak pernah pulak dia tak balik malam-malam. Cuma perangai dia je lain skit. Macam selamber dan blur je. Aku cam kompius pulak menengoknya. Haiihh, tak boleh jadi ni. Nak kata dia ada perempuan lain, tak mungkin. Sebab dia bukan jenis gitu.  Bermsg2 pun x de. Tapi dok termenung je. Aku kene cari jalan agar dapat korek rahsia dia. So, aku pun pujuk la suami aku tu. Dalam gurau aku tanya dia. Lama-lama dia katalah kat aku yang dia dah kawin satu lagi. What? kawin?.. Aku cool lagi.. aku senyum je.Aku tanya lagi, siapa perempuan yang menjadi madu aku tu. Dia pun tunjuklah. Seorang perempuan cina yang lebih tua dari aku. Bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai kecil. Tapi kedai dia tu ada aircond.Ok..ok.. aku relaks lagi... 

Tapi dia lagi relaks dari aku. Dia selamber je menerangkan kat aku yang dia terjumpa amoi tu  masa kerja. Hari-hari dia lalu jalan yang sama, baru dia terperasan akan kedai amoi tu. Agaknya dia selalu borak-borak ngan amoi tu dan lama-lama dia kawin. Tapi x de la pulak dia mcm angau ngan bini baru dia tu. Dia kata dia kawin sebab dia kesian tengok amoi tu sorang-sorang.. adoiiiii baiknya suami aku.. Aku tarik nafas dalam-dalam.. arghhh tak sanggup da nak dengar. Yang penting dia mcm blur-blur gitu. aku agak amoi tu da mandrem suami aku ni. Tak pe, aku try amoi ni mcmana. Aku pegila ke kedai dia yang dikatakan beraircond tu. Saja-saja nak suh dia jahit seluar. Memang kecik la kedai tu. Tapi banyak giler tempahan dia. Yang aku peliknya, amoi tu mcm bukan amoi. mcm nyonya pulak aku tengok.. Rambut putih... bibir jonget skit.. kiranya jauh mana lagi cun aku.. hahahahaha

Bila semua maklumat dah lengkap. Aku pun apa lagi, start la mengamuk. Tak leh terima sebab bermadu. Dan dia sekali lagi slumber.. cool semacam.. apahal lah dengan suami aku ni. Aku bawak anak-anak keluar dari rumah. Bentang toto kat tengah laman dan tidur tiga beranak kat situ. Yang peliknya dia buat dekk je.. Weh, ko x sayang anak ke?.. Bertambah pelik bila ahli keluarga aku, mak, dan kak long aku pun hanya memandang je ke arah aku tiga beranak yang sedang memprotes itu. Seakan-akan diaorang menyokong tindakan suami aku berkahwin lain.
Esoknya ketika aku balik, aku tengok suami aku sedang duduk di ruang tamu bersama wan dan mak aku. Ketika aku sampai, wan terus panggil aku dan ingin menyatakan sesuatu. Aku tau dia nak suruh aku terima kehadiran madu aku tu. Aku dengan pantas mengatakan " walau apa pun yang terjadi, walau siapa pun yang bercakap, keputusannya tetap sama. Kalau dia kawin, lantak la dia nak kawin, ingat aku peduli?, tapi ko lepaskan aku. Aku tak nak bermadu. Tak kira siapa pun yang cakapkan. Menteri sekali pun. Keputusannya tetap sama."  wahh, marah betul aku. kenapa semua orang mahu aku menerima nyonya tua tu sebagai madu?... Dek kerana aku terlalu geram dan marah, aku pengsan. dan dalam pengsan tu aku terdengar kak long aku berkata , " alaaahh, dia ni memang macam tu, mengada je tu" wah..wah..wah.. bukan main yer, yang lagi best suami aku buat dekk je kat aku... haiihh hangin tul..

Aku dah tak tahan dah... tak boleh jadi ni... aku kena bangun sebelum semua ni lebih menyakitkan hati aku... Dan ketika itu, selepas sedar dari pengsan, suami mengajak aku pergi ke kedai membeli lampu tidur.. Kat situ ada offer, lampu hanya Rm1.50 je satu. Aku baru nak beli, tapi pekerja tu kata offer tu da abis... WTF!.. suami aku? buat bodo je.. Ya Allah, apa dah jadi ni... aku tak sanggup nak hadapi semua ni. Kenapa suami aku kawin dengan nyonya tua yang langsung tak cun dan rambut dah putih?.. Kenapa dia x layan aku?.. aku kena kuat... aku tak sanggup dah..

Dan suuuuppp, aku bukak mata. Melompat tengok jam... Ya Allah, terlambat pulak. Baju tak gosok lagi. Cepat-cepat aku mulakan hari ni dengan rasa cam hampeh...Ni semua gara-gara tengok cerita Jonny English lakonan Mr Bean. Baru aku teringat yang nyonya tua tu rupanya orang jahat dlm cite tu.. bengong... haaaiiihhh...

Kata Chantek : Macam hampeh mimpi ni. Buat aku rasa cam kurang keyakinan. Mcm tak de amoi cun yang dia nak pilih... opsss... ada satu dialog yg aku ingat dlm mimpi tu, aku ckp kat suami aku, " hah, itu mmg teast abg la.. cina mcm tu" hahahahahahahaa

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan