Antara 10 Celaan Allah yang perlu kita tahu.
Antara 10 celaan Allah kepada manusia akibat daripada kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menepuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu :-
Add caption |
1. Makan Dengan Gelojoh
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak Cakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan sesama manusia.3. Suka Marah-Marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecedaraan atau perbunuhan.
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa sahaja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari hasad dengki.Rasulallah bersabda :"Dengki itu memakan segala kebajikan" (Riwayat Muslim )
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebajikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status dan jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan Dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhwari. Rasulallah bersabda : "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari. (Riwayat Bukhari dan Muslim )
8. Ego atau Sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujud dan Suka Bangga Diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..