Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa..

Blog..blog..blog.. bersawang blog aku nih. Aku busy sejak akhir-akhir ni. Malah nak melayari internet pun tak de masa. .. Busy bekerja atau busy membuat duit? arghh.. ikutla nak cakap apa... Duit...duit...duit.. satu benda yang makin dicari semakin tak cukup. Kadang-kadang aku pening gak. Apsal semua orang bercerita tentang duit. Duit gaji, duit bonus, duit bantuan 500, duit 1 malaysia, duit pinjaman, duit orang bagi.. owh.. di mana-mana duit adalah keutamaan. Tapi memang pun. Kalau tak de duit susah la nak hidup. Sapa nak pandang kalau kita sengkek. Sapa nak dekat dengan kita kalau kita asik pinjam duit orang. Dah la pinjam, tak nak bayar pulak tu. Masalahnya duit.. yang tak pernah cukup.

Sedar tak sedar, kadang-kdang aku juga leka mengejar duit. Kadang-kadang sampai menangis bila tak cukup duit. Sedih tak bila anak-anak mahukan sesuatu, tapi kita hanya mampu memandang dengan sayu?.. Pernah dulu masa aku belum bekerja, ketika itu anak aku baru seorang. Berusia dalam 10 bulan. Masa tu nak dijadikan cerita, kebetulan bos suami bayar gaji lambat. Kebetulan juga time2 tu la gas kat umah habis. Beras tinggal cukup2.Duit dalam tangan hanya beberapa ringgit. Nasib baik anak aku masa tu menyusu sepenuhnya dengan aku. Masak? kitaorang guna rice cooker. Pergi pasar malam, beli sup dan ayam goreng ( leher ayam). Makan sikit-skit. Sedih sangat masa tu. Hanya Allah yang tahu.

Tapi itu semua menjadi sejarah dalam hidup aku. Ditakdirkan Allah aku bekerja kerajaan. Dari tiada apa-apa, aku mula membeli kereta secondhand. Perodua kancil. Dengan bantuan abg ipar, kami memilikinya. Macam tak percaya je. Betul-betul macam mimpi. Aku dan suami merasakan itu saja kemampuan kami. Mungkin kereta itu sahaja harta yang akan kami ada. Pelbagai kesulitan. Duit gaji hanya digunakan untuk mengisi minyak kereta, kerana aku bertugas jauh. Jadi, nak atau tak, terpaksalah. Selepas 2 tahun aku berulang alik dengan kereta kancil. Permohonan tukar aku berjaya. Aku ditukarkan di daerah yang sama dengan tempat tinggal aku. Dari 1 jam perjalanan, skang da 15 minit je. Alhamdulillah. Dan rupa-rupanya aku berpindah dengan orang baru yang kehadirannya tidak aku sedari. Aku mengandung rupanya. Syukur..syukur..

Rezeki orang baru, entah mcmana aku dan suami berbincang dan menimbang segala-gala perbelanjaan, dan kami bersetuju untuk membeli kereta baru kerana memikirkan akan bertambah ahli keluarga. Maka dengan rezeki yang Allah beri, genap 3 minggu usia anak aku, kereta baru pun sampai. Merasalah anak aku naik kereta baru, yang lebih luas, yang aircond lebih sejuk dan yang lebih selesa. Alhamdulillah. Sekali lagi aku macam tak percaya. Ya Allah, syukur sangat.Sehinggakan mak aku pun menangis tengok aku mampu beli kereta baru. Dari x de apa-apa kini aku memiliki kereta yang lebih besar dan selesa. Baru dan bukan lagi secondhands. Dan dengan adanya kereta baru, anak baru, maka perbelanjaan juga baru. Lebih besar dan banyak perkara yang perlu diselesaikan. Ketika itu, kami menumpang sahaja di rumah nenek aku. Kadang-kadang segan jugak tapi nak buat macamana. Sampai ada satu masa atuk aku kata nak runtuhkan rumah papan dia ni dan bina rumah baru untuk aku. Dek kerana tak nak menyusahkan mereka, aku dan suami sekali lagi berbincang tentang rumah. Yer RUMAH.. tak mungkin aku mampu. Tapi setelah berbincang, dan menimbang segala-galanya, sekali lagi Allah permudahkan. Segala proses kewangan dan pembinaan rumah berjalan dengan lancar.

Dalam masa sebulan, maka tersergamlah rumah kami. Yang tak la besar mana tapi boleh la untuk anak -anak kami. Seminggu sebelum raya rumah aku lengkap dengan perabot dan segala keperluan. Barangan elektrik dan kemudahan yang termampu kami sediakan. Ramai yang terkejut sebab tak perasan bila pulak masanya rumah kami tu dibina sebab sekejap sangat. Memang lah, kami pun macam tak percaya. Tapi itulah yang Allah tentukan untuk aku sekeluarga. Kini apa lagi yang mampu aku katakan. Segala-gala yang aku impikan, suami yang baik, anak-anak yang sihat, kerja yang bagus, kenderaan dan tempat tinggal semua telah Allah kurniakan.

Opss... tadi story pasal duitkan?..apsal pulak melalut pasal harta benda nih. tapi betullah, semua yang dimiliki hari ini dengan usaha dan penat lelah untuk mendapatkan duit. Duit merealisasikan segala yang aku ada skang. Tapi bukanlah bermaksud aku bermaharajakan duit. Tapi aku percaya Allah telah murahkan rezeki anak-anak aku. Allah telah beri kesihatan yang baik untuk aku dan suami agar kami boleh mencari rezeki yang halal. Apa yang aku nak kata lagi. ALHAMDULILLAH..

Adik-adik aku pernah kata yang aku terlalu mewahkan anak. Belikan apa yang dia mahukan. Tak la sayang.. aku tahu sekarang.. sekarang memang nampak aku macam tu. Tapi dari segi lain, ketika anak aku kecik, aku x pernah belikan sebarang permainan untuk dia, baju baru yang mahal2 x de, semua merasa yg orang bagi. Duit yang orang hulurkan untuk anak, aku guna untuk kehidupan aku dan anak-anak. Dan hari ini, sekarang, aku sedang mengganti segala hutang aku kepada anak-anak aku. Aku sedang tunaikan segala janji aku kepada mereka. Aku lengkapkan rumah dengan segala apa yang aku rasa anak-anak perlu. Pelajaran, hiburan, keselesaan. Kaya? aku langsung x de duit, tapi aku nak anak-anak aku bahagia.

Segala yang perlu untuk anak-anak2, aku suami isteri dulukan. tapi bukan bermaksud kami manjakan mereka. Rotan sampai pecah muncungnya ada di rumah kami. Apa yang salah tetap salah. Yang betul kami tak akan menafikan. Ilmu itu yang utama. Aku tak mahu anak-anak terleka. Anak sulung aku menangis bila kene sekolah dari jam 7.30 pagi sampai 4.00 petang. Tapi aku katakan, dia dah bertahun2 bermain. Selama 5 - 6 tahun lepas balik dari PRA, tengok kartun, main game dan bermain... Kini tiba masanya ganti balik masa tu. Aku sekolahkan dia di maahad tahfiz. Aku mahu dia menjadi tahfiz. Pernah seorang berpesan pada aku. Hantarlah anak belajar agama. Kerana kalau dia pegang kepada agama, maka yang lainnya akan menjadi mudah.  Inyallah..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah... aku bersyukur sangat dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku hari ini. Ya Allah, sesungguhnya terlalu banyak yang Kau beri tapi terlalu sedikit yang aku balas. Walaupun kadang-kadang pening jugak mencari duit ni tapi kalau kita sentiasa sabar tabah, cekal dan bersederhana, pasti akan ada rezeki untuk kita. Syukur alhamdulillah.

Kata Chantek : membebel di pagi hari..




Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan