Tips Memasak Cegah HEPATITIS A

Hepatitis A akhir-akhir ini dilihat sebagai salah satu penyakit berbahaya yang semakin menular dikalangan kanak-kanak sekolah. Penyakit ini boleh dicegah dengan mudah dan salah salu pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan memasak makanan dengan baik. Berikut merupakan tips penting yang boleh dijadikan panduan kepada kaum ibu atau peniaga untuk dipraktikkan ketika penyediaan makanan.

1.    Menjaga kebersihan dengan mencuci  tangan sebelum masak dan setelah keluar dari tandas.

2.    Cuci dengan bersih peralatan memasak seperti kuali, periuk dan sebagainya. Tidak ketinggalan peralatan makan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan lain-lain.

3.     Pastikan bebas daripada binatang seperti serangga di peralatan memasak mahupun peralatan makan.

4.     Masak makanan sehingga matang (masak) terutamanya daging, ayam, telur dan makanan laut.

5.      Bagi makanan berkuah seperti sup, rebus sehingga sekurang-kurangnya 70'c. Untuk daging dan ayam, pastikan tidak lagi berwarna merah muda serta panaskan makanan yang sudah masak dengan betul.
 
6.    Simpan makanan dalam suhu yang betul. Elakkan simpan makanan yang sudah dimasak didalam suhu bilik dalam tempoh yang lama.

7.     Masukkan makanan ke dalam peti sejuk dan panaskan dengan betul (pada suhu 60'c) sebelum dimakan. Elakkan simpan makanan terlalu lama didalam peti sejuk.

8.      Guna air yang bersih dan pilih bahan makanan yang baik, segar untuk mencuci serta memasak.

9.       Pilih bahan untuk memasak yang segar-segar. Elakkan dari membeli stok bahan mentah dengan banyak bagi mengelakkan bahan tersebut terlalu lama didalam peti sejuk.




sumber : MW Info Sihat

kata chantek :   :)

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan