Kopi Rendahkan Risiko Kanser Kulit Di Kalangan Wanita
Disebalik penemuan tentang kesan kopi terhadap kesihatan , semakin banyak bukti perubatan tentang kopi yang bermanfaat, khususnya untuk golongan wanita. Kajian terbaru, minum kopi didapati memberi kesan positif dalam menghalang kanser kulit paling umum diseluruh dunia.
Wanita yang minum kopi lebih dari tiga (3) cawan setiap hari memiliki risiko 20 peratus lebih rendah untuk mengidap karsinoma sel basal (KSB) iaitu sejenis kanser kulit, jika dibandingkan dengan mereka yang kurang secawan kopi sebulan.
Bagaimanapun, dikalangan lelaki yang minum kopi didalam jumlah yang sama hanya mengalami penurunan risiko sebesar 9 % sahaja berbanding wanita. Hasil kajian tersebut telah dibentangkan di 10th American Association For Cancer Research International Conference on Frontiers In Cancer Prevention Research di Boston.
Memandangkan terdapat hampir sejuta kes baru KSB yang didiagnosis setiap tahun di Amerika Syarikat, faktor pola pemakanan setiap hari dengan kesan protektif mungkin memiliki kesan kesihatan masyarakat. Kajian kami juga menunjukkan bahawa minum kopi boleh menjadi pilihan penting umembantu mencegah KSB.
KSB merupakan bentuk kanser kulit nonmelanoma dan merupakan kanser paling umum di Amerika Syarikat. Ia selalu dihadapi oleh orang berambut perang dan bermata hijau ataupun biru. KSB juga boleh menjadi sakit kulit yang berdarah dan sukar untuk sembuh ,meskipun ia jarang menyebar ke bahagian tubuh yang lain.
Kajian sebelumnya telah menunjukkan kopi cenderung memiliki lebih sedikit risiko masalah payudara, rahim, prostat dan kanser usus besar namun kesan yang menguntungkan tidak terlihat pada orang yang minum kopi tanpa kafien.
sumber : MW info sihat
kata chantek : Teringat petua bonda. Minum kopi sebelum waktu bersalin untuk memberikan tenaga dan kopi juga digunakan ketika sakit memulas selepas bersalin. Insyaallah..
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..