Mencipta B.A.H.A.G.I.A
Kebahagiaan bukan terletak kepada apa yang jita sudah capai. Ia juga tiada titik noktah tetapi sebaliknya ia adalah satu proses. Mencari kebahagiaan bukan bermakna kita ada masalah tetapi bagaimana cara kita menangani masalah.
Jika isteri merajuk, suami kena pujuk. kalau suami merajuk, isteri jadi tukang pujuknya. Suani isteri umpama tangan kanan dan kiri.Kalau kita tengok isteri Firaun, meskipun dikurniakan suami yang kejam dan ganas tetapi dia memilih untuk terus hidup bersama Firaun meski pun dia punya peluang meminta cerai. Tetapi dia berkeyakinan bahawa suatu hari nanti Allah akan membalasnya dengan syurga.
Kalau kita sentiasa memperoleh kebaikan dan kebahagiaan, kita mungkin tidak bersyukur kepada Allah tetapi bila diuji, itu bermakna Allah sedang menguji setinggi mana graf kesabaran kita dan redha dengan apa terjadi. Anak-anak juga boleh menjadi pengikat kasih kala suami isteri bergaduh. Jangan jadi orang yang semakin jahil. Kalau suami tidak beratkan iman, isteri pula tidak beratkan soal solat dan tuntutan agama, pervayalah ujian rumah tangga akan menjadi lebih berat. Tidak ada orang akan bahagia seumur hidupnya. Tentu ada sedikit ujian mendatang.
Bagi saya sendiri, Insyaallah jika panjang usia, saya mahu tengok anak-anak berkahwin dan saya akan tengok cucu tetapi bukan menjaganya. Cukup-cukuplah menjaga anak dari kecil hingga dewasa. Cuba lihat pasangan tua di barat. Mereka masih romantis berpegangan tangan tetapi kita pula, dah tua-tua ada yang bercerai-berai dan sanggup jaga cucu hingga tinggalkan suami di kampung. Ini tidak betul.
Kalau kita mencari kepuasan dalam hidup, kita tidak akan jumpa. Begitu juga kalau melihat gambar, kalau asyik mencari silap, kita tidak akan dapat melihat keindahan itu. Percayalah, tiada siapa yang sempurna. Hadis nabi menyebut, berkahwinlah kamu dan bermakna kamu sudah menyempurnakan sebahagian agama.
Tetapi malangnya, ramai berkahwin tetapi tidak tahu matlamat perkahwinan. Kita harus menjaga hubungan dengan Allah. Jangan berbohong. Kalau ternampak kelemahan pasangan, tegur dan jangan cerca. Cari kebaikan isteri dan juga suami.
Bila kita nampak yang baik, semua kekurangan akan ke belakang. Tidak semua manusia menikmati kesempurnaan dalam hidup. Kalau dapat suami kacak, mentuanya mungkin cerewet. Kalau dapat suami kaya dan sebagainya, mungkin mereka bermadu dan sebagainya. Jadi seharusnya kita bersyukur dan jangan sesekali mencari kelemahan pasangan. ( petikan dari soal jawab bersama Dato' Dr Mashitah)
Sumber : Mingguan Wanita
Kata chantek : Hidup tiada yang sempurna tetapi cukup kita berusaha untuk menjadikan hidup lebih baik.
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..