Jangan Lepaskan Malam Lailatulqadar

Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih llagi pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannnya. Ramadhan , al-quran dan malam al- Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw.

Malam Lailatulqadar Disembunyikan
Ulama Syekh Dr Yusof Al Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah saw bersabda: "Cari malam lailatulqadar di malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperolehnya dan rugilah sesiapa melepaskannya. Pelbagai hikmah daripada anugerah malam al-qadar kepada umat Rasulullah saw sebagai umat akhir zaman.

Beramal Seribu Bulan
Bermakna jika kita dapat laksanakan ibadah dengan penuh keimanan di sepuluh akhir Ramadhan, kita berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini menjadikan kita seolah-oleh beramal seribu bulan iaitu kira-kira 83 tahun 4 bulan. Menjadikan kita seolah-olah menghabiskan seluruh hidup dan usia dalam ibadah. Selain kelebihan beramal, malam lailatul qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah. Persoalan timbul disini ialah bagaimana cara untuk kita mendapatkan lailatulqadar?
Rasulullah saw telah menggariskan beberapa langkah kepada umatnya supaya berusaha sedaya upaya mendapatkan lailatulqadar ini. Daripada Imam Bukhari dan Muslim, Saidatina Aisyah meriwayatkan " Sesungguhnya Rasulullah saw apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah) dan uzlah kepada isteri-isterinya" 
Orang yang beribadah pada 10 malam terakhir akan bebas dari api neraka berdasarkan hadis sahih. Walaubagaimanapun umat Islam dituntut melakukan ibadat sepanjang malam Ramadhan dengan munajat kepada Allah swt. Memohon supaya dihapuskan segala dosa di samping berdoa untuk kesejahteraan hidup, rezeki berkat, ilmu bermanfaat, kesihatan yang baik kerana pada malam lailatulqadar tiada hijab untuk Allah menerimanya.

Perkemas Amal Ibadat
Ramadhan mulia masih berbaki enam hari lagi, marilah kita memperkemaskan amal ibadah dan bersungguh-sungguh mendapatkan ganjaran daripada Allah swt. hayati mala-malam terakhir Ramadhan dengan beribadah dengan penuh khusyuk. Meninggalkan sementara keseronokan dunia dengan berikhtikaf di masjid sambil beribadat sepuas-puasnya. Beriman dan yakin bahawa malam lailatulqadar itu benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat. Amal ibadah dilaksanakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan RahmatNya dan keredahaanNya. Adalah diharapkan sebelum beramal ibadat pada malam al-qadar, bertaubat dengans ebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan beristiqamah mengejakan suruhan Allah swt.

petikan Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan