Tolong Jangan Tinggalkan Anak Bersendirian Di Dalam kereta
Pejabat chantek berada bersebelahan dengan sebuah Pejabat Pos. Memang sibuk disini. Satu hari, masa chantek dalam perjalanan (jalan kaki je yer), untuk ke tempat makan (makan pagi tau).. mesti kene lalu kat depan pejabat pos tu. Masa lalu tu, chantek perasan ada sebuah Pajero parking di depan pejabat pos (diluar pagar) tersebut. Pajero tersebut hidup enjinnya dan yang buat chantek betul-betul menyirap adalah terdapat seorang kanak-kanak dalam usia 2-3 tahun umurnya. sedang berdiri di kerusi sebelah pemandu. Chantek cuba perhatikan kot-kot ada sesiapa yg bersama kanak-kanak itu didalam pajero tersebut. Tapi malangnya memang kanak-kanak itu bersendirian.
Cuba u'll bayangkan. Budak tu umur baru 2-3 tahun. Enjin hidup. Tinggal berseorangan. Chantek mengucap panjang. Nak marah sangat.. kenapalah parent dia tinggalkan anak dia mcm tu je. Memanglah nak singgah sekejap je kat pejabat pos tu. Tapi logiklah...
Owhh... masa tu hujan... mungkin dia tak nak anak dia kene hujan. Tapi kalau nak malang, dalam masa 5 minit dia tinggalkan anak dia, orang jahat datang, bukak pintu dan terus cabut dengan pajero dan anak dia sekali. Atau dalam masa 5 minit tu, anak dia tetiba tertekan apa2 kat dlm kete, berjalan atau mengundur ketengah jalan raya yang sibuk dan daaaaammmm kereta langgar.... dan berbagai-bagai lagi perkara buruk boleh berlaku. Kot yer pun tak nak anak kene hujan, tolong lah.. amik la kain or paper or what ever la yg boleh cover kepala anak tu dr hujan. kete tu ngan pintu pos opis tu adalah dalam 5-6 langkah je. Itupun susah sangat ke?...Agaknya dia takut anak dia demam kene hujan renyai tu. Tapi tak fikir ke, kalau anak dia hilang?... ish..ish..ish.. mengucap panjang chantek mengingatkannya.
Ingat lah wahai semua ibu dan bapa.. Jangan sekali-kali kita ambil mudah tentang keselamatan anak-anak kita. Mereka adalah amanah dari Allah. Maka jagalah amanah itu sebaik-baiknya. Chantek sebenarnya sangat-sangat geram dan sedih jugak sebenarnya bila ada perkara buruk berlaku disebabkan kecuaian kita sebagai ibu dan bapa. Chantek juga seorang ibu, maka chantek juga harus sentiasa beringat. Sesungguhnya anak-anak chantek adalah harta paling berharga.. Semoga kita semua saling ingat mengingati. Bukan bz body tapi hakikatnya bila berlaku bencana sebegini, hati semua yg membaca juga terasa sedihnya.
Maaf kepada mereka yg mungkin terbaca entry ini yang fikir chantek menyindir atau mengata. Itu bukan motifnya. Cuma ingin berkongsi pengalaman dan berdoa semoga anak-anak kita semua selamat dunia dan akhirat.Insyaallah..
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..