Aku ni gila ke? ( Lawak Jumaat )

Assalamualaikum semua. Chantek bz sangat hari ni. Tapi chantek tetap nak update blog ni sebab nak cerita tentang apa yang chantek lalui hari ni. Bukan apa, kalau disimpan, takut terlupa pulak.

Pagi-pagi, chantek menemani si arjuna ke hospital. Si arjuna ni dah pening-pening dan rasa macam nak pitam sejak petang semalam. So, untuk mengetahui apa sebenarnya sebab arjuna rasa macam tu, kami ke hospital yang Ho******..( bukan nama sebenar :p)Setelah mendaftar dan mendapat nombor, macam biasalah kene tunggu. Nasib baik tak ramai orang, jadi tak lah lama menunggu. Buat pertama kalinya proses menunggu di Ho**** itu tak sampai 1 jam.. Bagus...

Setelah berjumpa dengan MA, arjuna diarahkan menjalani ujian ECG untuk melihat degupan jantungnya. ( Sebelum ni arjuna telah beberapa kali menjalani ujian ini). Selepas bacaan degupan jantung diperolehi, arjuna diarahkan masuk ke wad sementara untuk pemeriksaan doktor. Disitu, arjuna di periksa oleh beberapa orang doktor termasuk lah doktor pakar. Pelbagai risiko dan penerangan yang diberi. Dan buat pertama kalinya proses penerang yang diberi begitu jelas dan kami sangat memahami tentang masalah yang dihadapi oleh arjuna. Bagus..

Selepas beberapa jam, diperiksa dan selepas mendapat report, arjuna di beri satu laporan dan diarahkan merujuk kepada Pakar Jantung.  Chantek terpaksa memimpin arjuna ( tak lah pimpin sangat :p) bimbang dia terjatuh pulak. Terpaksa la kami memanjat eskalator ke tingkat satu. Sampai di sana, arjuna bertanya kepada seorang misi ni.." Kak, MOPD di mana? (MOPD merujuk kpd pakar jantung).. Misi tu pun menunjukkan arah tempat yang ditanya. "MOPD  kat depan tu". Misi itu menunjukkan arah di belakang kami. Bila kami pusing apa yang kami nampak,  " BAHAGIAN PSIKETRIK". Otomatik si arjuna berkata, " aik, ni tempat orang gila!".Chantek hanya ketawa kecil. Malas nak beria sgt. Takut pulak si arjuna pengsan terus.Kami buat muka selamber. Arjuna pegi ke kaunter untuk bertanya. Chantek pula terus mengambil tempat duduk di tempat menunggu.  Sedang duduk menunggu arjuna, datang seorang makcik menghampiri dan bercakap sesuatu tetapi chantek tak faham apa yang dikatakan. So, chantek cuma buat tak tau je. Makcik tu terus mengomel dan duduk dikerusi dibelakang chantek. Cuak jugak lah. tapi cool je lah. Dalam hati chantek masa tu, "memang sah lah, arjuna kene jumpa pakar sakit juwa". Nak ketawa pun ada masa tu.

Tak lama lepas tu, arjuna pun datang kearah cahantek dan duduk di kerusi hadapan chantek. Disebabkan makcik dibelakang chantek tu dah semakin beria mengomel, chantek rasa takut pulak. Terus chantek beralih ke depan disebelah arjuna. Masa tu arjuna bagitau yang pakar jantung kat sebelah pakar sakit jiwa.. Chantek nak ketawa sebab masa tu arjuna mcm cuak jugak... Habis je arjuna cakap mcm tu, chantek pusing ke belakang. Terkejut chantek bila tengok makcik tu dah ada belakang chantek sambil mengomel2. Perghh... berpeluh chantek. Teringat pulak cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah... Nasib baik makcik tu tak nyanyi lagu enjit2 semut. Kalau tak chantek dah lari lintang pukang. Rupa-rupanya, arjuna dah perasan tentang kehadiran makcik tu. Dia saja nak tengok chantek...  makcik tu mengomel macam tanya soalan kat chantek, tapi chantek tak faham... tak lama lepas tu dia lari.. lega skit. Yang arjuna ni duk gelak kat sebelah. Chantek memang takut dengan orang gila ni.. Tapi arjuna tadi nasib baik tak kena appointment dengan pakar sakit jiwa... Lepas siap semua, kitaorang cepat-cepat keluar dari hospital, bukan apa, tak tahan nak gelak sakan... adooiii aiii, ingatkan gila dah arjuna aku ni...

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan