Kisah Suami Teladan


Suatu hari datanglah seorang lelaki ke rumah Saidina Umar untuk mengadu masalah rumahtangganya. Sesampainya di halaman rumah Saidina Umar, tiba-tiba ia mendengar suara isteri Saidina Umar sedang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. saidina Umar ketika itu sepatah pun tidak menjawab, bahkan dia hanya berdiam sahaja. Lelaki itu membatalkan hajatnya untuk mengadu masalahnya kerana mendapati Saidina Umar pun menghadapi masalah yang sama sepertimana yang ia hadapi. ia pun mengalih haluan untuk pulang ke rumahnya. Kedatang lelaki itu disedari oleh Saidina Umar dan beliau pun memanggil lelaki yang telah mula melangkah separuh jalan untuk pulang itu. Saidina Umar pun bertanya : "apakah hajat kamu datang ke mari?". Jawab lelaki itu. " Ya Amirul Mukminin, tujuan kedatangan aku untuk mengadukan hal aku kepada mu. Aku sekarang ini memiliki seorang isteri  yang sentiasa menyakiti hati aku. Tapi belum pun sempat aku mengadu, aku dapati engkau pun menghadapi masalah sepertimana aku juga, maka tidak jadilah aku hendak mengadu hal itu kepada engkau." . Dengan tenang Saidina Umar berkata, "  Wahai saudaraku, sesungguhnya aku sabar menanggung kepahitan tingkah laku isteri ku itu kerana khidmatnya kepada aku dan rumahtangga aku sangat besar. Dialah yang memasakkan makanan untuk aku dan anak-anak ku dan sabar pula berhadapan dengan bahang api yang panas dalam masa membakar roti semata-mata untuk aku dan anak-anak ku. Dialah juga yang membasuh pakaianku. Dia juga menyusukan anak aku hingga besar. padahal semua kerja-kerja itu wajib bagi aku dan tidak wajib keatasnya. Dan lagi, dialah yang menyelamatkan aku dari pada melakukan perkara haram (zina) . Dia juga menjadi tempat aku berseronok-seronok dengannya ketika aku berhajat dengannya. Memandangkan hal itu , segala kesakitan yang aku tanggunggi kerana tingkahlakunya itu amat kecil kalau dibandingkan dengan segala khidmatnya kepada aku ". "Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah keadaan aku". Jelas lelaki itu. Saidina Umar membalas, " Sabarlah menanggung itu semua, sesungguhnya penderitaan itu cuma sekejap sahaja   ( kalau dibandingkan dengan penderitaan di akhirat )".

Kata Chantek : Semoga dikurniakan suami yang sentiasa sabar.. insyaallah..

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan