Kelebihan Solat Subuh
Ganjaran Pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagimana sabda Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
" Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid -masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna do Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim apabila dibiarkan begitu sahaja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh atau Subuh Gajah iaitu kerjakan solat Subuh tidak pada waktu yang betul. Oleh itu Baginda S.A.W telah mengkhususkan solat Subuh dengan kelebihan yang tidak ada pada solat -solat yang lain.
Antaranya ialah :
Rasulullah S.A.W mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh sebagimana disebut dalam hadis : "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)". ( hadith riwayat Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah )
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T dengan dua kebebasan iaitu,dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq" (Sifat Munafik)
Diriwayat daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam penuh " (Hadith riwayat Muslim )
Jangan tinggalkan masjid terutamanya dikala waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah S.A.W. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzzin tetapi itu adalah panggilan Allah S.W.T yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.
Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah S.A.W yang bersifat "ma'sum". Setiap hajat yang dipinta oleh Baginda pasti akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah S.W.T kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara "jasadiyah" paling dekat dengan Allah S.W.T. Waktu Subuh adalah waktu yang "afdhal" untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???
Allah S.W.T berfirman maksudnya
" Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya sudah kami lalikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas" (Surah Al-Kahfi ayat :28)
Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam Hadith riwayat At-Tirmidzi :
"Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W, dua rakaat solat Fajar (Solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya "
Betapa besarnya ganjaran Allah S.W.T yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid. Ketahuilah, solat Subuh merupakan sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Pada hari itu semua sumber cahaya didunia akan padam. matahari akan digulung, hanya ibadat yang menerangi pelakunya. seperti yang diriwayatkan daripada Abu Musa Al- Asyaari, dia berkata rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin , maka akan masuk syurga"
Muhasabahlah diri, kenalilaj diri, perbaikilah peribadi. Peliharalah solat kerana solat itu tiang agama. Alasan apa lagi yang ingin dikatakan jika di hadapan Allah S.W.T nanti. apa kita nak jawab...
Apabila terasa diri diawasi Tuhan, diri akan merasa berdosa setiap waktu, jiwa menderita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmat-Nya, rasa hina diri dengan Tuhan dan itulah tandanya diri kita sudah memiliki sifat kehambaan yang sebenar
Chantek tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana individu. Semoga kita sentiasa berada dalam pandangan-Nya dan jiwa sentiasa mendapat tarbiyah daripada-Nya. Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T dan semoga sentiasa diredhai Ilahi. Amin.
Kata Chantek : Semoga sentiasa mendapat Nur dari-Mu
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..