SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH

Assalamualaikum pembaca semua. Lama jugak tak update entry kat blog ni. Kali ini saya menulis dengan rasa rendah diri. Dengan rasa syukur kepada Allah. Kerana apa?, sekejap lagi saya akan berkongsi dengan semua. dan saya berharap agar semua yang membacanya dapat menilai dengan positif. In shaa allah.

Saya mulakan dengan gambar di atas. Ringkas dan padat. Saya percaya semua orang Islam tahu apakah fadhilat solat sunat Dhuha ini. Bagi yang kurang mengetahui, secara ringkasnya solat sunat Dhuha ini fadhilatnya seperti berikut :-


Bila di baca dari ayat diatas, mesti semua tahu bahawa solat sunat Dhuha ini dilakukan untuk memohon agar dimurahkan rezeki.  Tapi hakikat yang sebenarnya, berapa ramai di kalangan kita yang percaya dengan solat sunat ini. Saya tak nak bercakap tentang orang lain. Saya memang rasa begitu. Tahu solat sunat itu untuk mohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tapi tidak yakin dengan apa yang diharapkan. Subhanallah, jahilnya saya. Saya tidak percaya kepada janji Allah. Semoga Allah Ampunkan dosa saya. Saya sangat jahil.

Disaat saya kekusutan dalam hidup, masalah yang tak pernah surut, hutang semakin bertambah, hubungan kekeluargaan terjejas, anak semakin terabai, adik ipar menghulurkan senaskah buku yang bertajuk "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI". 

Buku yang pada mula saya dapat tapi tak sempat habis baca, kemudian dipulangkan semua, langsung tidak memberikan kesan kepada saya. Kerana saya tidak membacanya dari hati. Fikiran terlalu serabut. Tapi untuk kali kedua dia menghulurkan buku ini untuk saya hayati. Maka, dengan izin Allah, saya dan suami membacanya, menghayati dan memahami apakah yang dikatakan MENJEMPUT REZEKI. Tapi disini saya tak mahu olah, apakah isi kandungan buku ini. Cuma kepada yang melalui detik kejatuhan dalam hidup, masalah kewangan dan hidup yang semakin tidak terurus, maka cubalah dapatkan buku ini. Rezeki yang baik lebih berkat jika dikongsi.

Berbalik kepada kisah saya tadi. Salah satu yang ditekankan dalah buku ini adalah solat 5 waktu serta lakukan solat sunat DHUHA. Maka dengan rendah diri dan penuh keinsafan, saya lakukan. Walaupun tidak pada masa yang disarankan, saya lakukan setiap kali selepas solat subuh. kerana hanya itu masa yang saya rasa dapat lakukan dengan selesa. Saya percaya Islam itu mudah. Walau tak hafal surat yang disarankan, saya hanya membaca surat lazim yang saya tahu .Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Lakukan dengan rasa rendah diri. Percaya dalam hati bahawa REZEKI hanyalah dari ALLAH. Kita selalu kata, kalau tak berusaha kita tak akan dapat apa-apa. Lupakah kita kepada siapa sepatutnya kita berharap. Tak percaya kan. Dua hari yang lepas, suami saya memerlukan duit, RM 800. Selepas ujian kejatuhan ekonomi, saya langsung tak ada simpanan. Duit simpanan anak pun kami terpaksa guna. Bila saya semak buku bank, ada baki RM200++ didalam akaun setiap anak. bermakna sudah ada RM400. Mana pulak nak dicari lagi RM400. Setelah disemak-semak, tiba-tiba terjumpa duit yangs saya selit di laci kedai jumlahnya RM300. Syukur sangat. Tapi masih tak cukup RM100. Fikiran sangat buntu. Rasanya setakat ini je yang termampu. Saya pasrah. Ketika, di bank, saya tergerak nak kemas kini buku bank saya. Alangkah terkejut nya saya, ketika itu, wang dalam bank ada RM100++. Maka saya keluarkan RM100 dan serahkan kepada suami. Belum pun jam 9.00 pagi, saya berjaya mengumpul RM800. Allahuakbar. Allah bantu saya. Allah permudahkan urusan saya dan suami. Hati saya sangat yakin, Allah menyediakan rezeki itu untuk saya dan suami. Rezeki yang datang tepat pada masanya. Tawakkal kepada Allah, Allah pasti tahu apa yang kita perlukan.

Hari seterusnya saya istiqamah melakukan solat sunat Dhuha. Dengan menyerahkan seluruh kehidupan saya kepada Allah. Saya yakin Allah mendengar setiap doa saya. Semalam, dalam wallet ade RM13 je. Suami langsung kering.. daifkan? tapi alhamdulillah, hati saya sentiasa tenang. Damai sangat sangat. Itu antara rezeki yang tak tenilai bagi saya. On the way nak pergi kerja, minyak kereta pulak kering, so kami isi minyak RM10. tinggal la RM3 untuk saya makan nanti. Tapi sampai je di pagar pejabat, anak saya yang kecil merengek-rengek nak makan roti canai. Terasa lerai jantung saya. Sebak dada. Tapi saya keluarkan RM3 yang ada tu lalu saya hulurkan kepada suami. Saya katakan," pergilah belikan anak roti canai ". Saya senyum kepada anak kecil saya yang tidak mengerti apa-apa. Walaupun saya pergi ke pejabat hari ini dengan tangan kosong, tapi entah kepada hati saya tak risau. Sangat tenang. Tidak seperti sebelum ini. Kalau duit dalam tangan kurang dari RM 50 saya akan resah dan risau.Tapi sejak saya serahkan diri saya kepada Allah. Hati saya sangat tenang. Segala apa yang saya lakukan saya niatkan kerana Allah. Saya percaya Allah itu Maha Pemurah. Saya percaya kepada janji Allah. 

Tengahari, sebelum saya keluar lunch, datang seorang pelanggan, mohon bantuan dari saya, setelah selesai urusannya, dia menghulurkan RM50 kepada saya. Saya terkedu. Allahuakbar. Baru bersiap-siap nak turun makan, datang seorang lagi pelanggan. Meminta maaf kerana datang ketika waktu rehat. Saya katakan tidak mengapa kerana saya masih belum turun makan. Setelah selesai, pelanggan saya mengatakan yang dia mahu ke daerah lain. Maka mohon maaf kerana datang pada waktu yang tidak sepatutnya. Sebelum dia pergi, dia menghulurkan RM100 kepada saya. Sekali lagi saya terkedu. saya menolak, tapi dia katakan "saya belanja kamu". Kemudian terus bergegas pergi. Saya pergi kerja tadi dengan tangan kosong. Tapi saya balik kerja dengan duit yang berganda dari apa yang saya keluarkan pagi tadi. Siapa yang memberi rezeki ini. Pelanggan saya kah? Atau Allah telah sediakan rezeki itu seperti yang dijanjikan. Saya terkedu. Saya sebak. Allah tak pernah lupakan saya. Saya baru sahaja belajar solat sunat Dhuha, tapi Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah. 

Saya tenang, bukan kerana saya dapat rezeki tadi, Tapi sejak saya belajar memahami apakah yang dikata REZEKI, maka saya menjadi seorang insan yang sangat bersyukur. Perasankah kita bahawa Allah memberi kita rezeki setiap saat. Tanpa putus. Rezeki udara untuk kita hidup. Rezeki air untuk kita terus sihat. Rezeki anak yang sihat. Rezeki Suami yang penyanyang. Rezeki keluarga yang bahagia. Rezeki anak yang sempurna. Rezeki kerja yang baik.. apa lagi yang Allah tak bagi. Tapi kita lupa semua itu kan?. Kita lupa bahawa segala apa yang Allah untuk kita di dunia ini adalah REZEKI.  Kita selalu nampak REZEKI itu hanya dalam bentuk kewangan. Tidak sama sekali.

Saya gembira kerana saya terpilih untuk mendapat hidayah ini disaat saya masih mampu melakukan perubahan. Saya masih mampu berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Dan saya percaya HIDAYAH ini juga REZEKI yang paling BESAR yang Allah kurniakan kepada saya. Saya bukan orang yang sempurna. Tapi saya gembira kerana dapat berkongsi pengalaman saya. Saya percaya ramai diluar sana masih ramai yang tertanya-tanya kenapa hidup mereka sentiasa ditimpa musibah. Kenapa berniaga tidak maju. Mengapa begitu, mengapa begini... Jawapan yang paling tepat... PERCAYA BAHAWA REZEKI HANYA DARI ALLAH. USAHA HANYA SYARAT. TAPI ALLAH MAHA PEMURAH. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJI.

Nilai kehidupan kita dengan baik. Sama-sama kita lakukan perubahan."ALLAH ITU WUJUD" . Bukan kah itu sifatnya? Wallahuallam...

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan