Adakah itu Malam Lailatul Qadar
Assalamualaikum... pejam celik pejam celik, hari ni dah hari 10 terakhir Ramadhan. Apa yang anda rasa?.. Saya sedih pulak, Manalah tau ini Ramadhan terakhir kita. Cukupkah amalan yang saya lakukan.Sempurna kah ibadah kita?.. Ruginya kalau segala ibadah yang dilakukan hanya sia-sia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah. Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu, say
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..