Kalau Ikutkan hati ini
Kalau ikutkan hati ini
Setiap saat aku hanya ingin berdiri
Memayungi hati-hati semua insan yang amat bererti
Yang sentiasa menjaga dan menyanyangi jasad rohani
Yang sering membuat bibir ini menyanyi
Biar sepi tidak terlafaz
Biar sunyi sering mengetuk jendela hati
Kalau ikutkan hati yang terlali
Mahu ku cipta keriangan di wajah-wajah yang lesu
Mahu ku lakarkan pelangi indah buat mereka tersenyum
Mahu ku bentangkan hamparan cinta agar mereka bahagia
Tetapi jika aku minta kau beri
Aku mimpi kau yang tunaikan
Aku janji kau yang laksanakan
Apalah akan terjadi jika aku ini
Jika jasad sering lemah diadili
Jika roh telah kembali kepada yang hakiki
Menangis kau hanya disisi
Maratap kau tiada sesali
Ilmu ku beri hajat kau laksanakan
Mendidik hidup penuh cabaran
Sikecil akan tetap membesar
Si teruna akan tetap mencari si dara
Kalau ikutkan hati ini
Tiada kiamat yang mahu ku pergi
Namun janji manusia harus ditetapi
Tiada kuasa mampu menghalangi
Kalau ku ikutkan hati ini
Ku pejamkan mata mendalami
Hati-hati yang aku sayangi
Agar aku terus berdiri
Memayungi senyuman agar aku dilindungi
Ketika aku lemah diadili..
Nukilan : Chantek, 11Mac, 2011
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..