Chantek sudah kembali...
Dah lama sangat chantek tak jenguk ke blog ni. Sawangnya dah semakin bermaharajalela. Tapi entah dari mana datangnya semangat untuk menulis semula. Mungkin kerana melihat Blog Mata. Hati. Jiwa yang semakin kemas, ceria dan terkini. Bila membelek-belek blog orang lain, terasa jeles sangat. Maklumlah, sangat menarik dan ceria.
Ramai yang kata menulis blog ni senang dan mudah. Tapi mungkin chantek yang agak kurang pandai dalam bab-bab blog ni. Dah banyak kali mencuba, tapi selalu menjadi 'PROJEK TERBENGKALAI'. Orang tua kata buat kerja separuh jalan. Harap-harap yang terbaru ni bukanlah hangat-hangat tahi ayam. Insyaallah. Diharap sangat pembaca semua sudi meninggalkan komen atau tunjuk ajar supaya chantek akan terus semangat untuk menulis di blog ini.
Kalau sebelum ini chantek sibuk berfacebook, tapi sejak internet dah x de ni, chantek kurang sikit la. Lebih banyak masa dengan putera-putera. Lebih banyak masa tengok tv dengan arjuna. Yang biasa kitaorang tengok Program Raja Lawak dan terbaru ni Mentor. Bukannya best sangat program tu semua, cuma dengan adanya program tu, ader la aktiviti untuk bersama keluarga. Seronok pulak bila tengok putera kecik yang baru setahun jagung tu, ketawa bersama bila diaorang buat lawak. Tak tahu la putera kecik gelak sebab lawak ke atau sebab tengok mama dan papa dia tergelak-gelak.
Oklah... chantek nak stop kat sini dulu. Uiiihhh, terasa panjang sangat dah berceloteh ni. Sebelum korang stop membaca, baik chantek dulu yang berhenti. Jumpa lagi dilain entry. Jangan lupa jadi follower blog STORY SI CHANTEK...
Terima kasih Semua...
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..