Layan Mimpi Si Chantek
Chantek ader satu tabiat. Suka sangat bila bangun tido mesti nak cerita kat si arjuna apa yang chantek mimpi malam-malam. Masa mula-mula dulu, si arjuna nampak exited je nak dengar. tapi lama-lama dia pun dah tak larat nak dengar. Tiap kali chantek story kat dia, muka dia slumber je. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Tapi malam tadi chantek mimpi. Macam drama kat tv pun ada. Ni mesti sebab sebelum tido chantek tengok cerita Dia Atilia.. Alaah, cerita ala-ala kuch kuch hota hai rasanya. Chantek bukanlah peminat cerita tu. Tapi mungkin itu je yang ok untuk di tonton. So, macam kebiasaannya, mesti malam tu chantek akan mimpi yang ala-ala dengan apa yang chantek tengok.
Kesahnya .., tengah sibuk bertugas untuk pilihan raya, chantek terjumpa mamat yang merupakan member lama chantek. Entah macam mana dia dan chantek berbual. Dalam mimpi tu dia dah berkahwin. Jadi chantek tak la kesah sangat. Chantek pun dah ada si arjuna dan putera-putera (dalam mimpi pun tak pernah lupa tau).. so, borak macam biasa je. Sekali mamat ni tangkap cintan la pulak dengan chantek. Siap nak ajak kawin la pulak. Aloo, mamat oii, chantek ni isteri orang... sudah semesti la chantek tolak. Lagipun chantek kenal isteri dia. Setelah berbincang maka dia menerima keputusan chantek. Dalam msg dia kata, dia redha dengan keputusan chantek. Dia kata nak pergi bercuti. Tapi isteri mamat tu macam redha je dengan perangai si mamat ni. Dia siap nak pinangkan chantek untuk suami dia.. Makanya, untuk menenangkan si mamat ni, isteri dia bawak la dia pergi bercuti. Si arjuna pulak, dan-dan tu la nak bawak chantek dan putera-putera semua pergi bercuti gak. Lokasinya? sama la pulak dengan si mamat dan isterinya. Masa nak ke bilik penginapan, chantek ternampak la si mamat ni. Tapi chantek cepat-cepat menyuruk. Tak mau dia tau chantek ada di situ. Lagi pun chantek tak nak kantoi dengan si arjuna. Tak nak dia salah faham. Bila dah sampai kat bilik tu, chantek nampak si mamat ni rupa-rupanya duduk kat bilik sebelah. yang tak logiknya, dapur bilik tu dindingnya separuh je. Makanya, boleh la nampak orang yang lalu lalang kat koridor. Masa chantek ke dapur, chantek ternampak la si mamat ni dengan isterinya baru keluar dari bilik diaorang. Cepat-cepat chantek menyorok. Takut si mamat ni ternampak. tapi dah terlambat. Si mamat ternampak chantek dan cepat2 bagitau isteri dia yang dia dah jumpa chantek. Chantek cuba mengelak dari dia.. dalam hati masa tu, minta supaya dilindungi agar si arjuna tak syak apa-apa. Chantek sayang sangat kat arjuna dan putera-putera. Jadinya, bila si mamat dah jumpa tu, dia pun call la chantek. Chantek bagitau dia yang chantek tak suka dia dan tak dapat nak menerima dia. Siap isteri si mamat tu merayu supaya chantek menerima suami dia.. Adooii aiii, chantek nak gila rasanya. Isteri orang cik mamat oiii... Sekali lagi lepas perbincangan , si mamat dapat menerima dengan redha penolakan chenta gila ini. Memang gila pun...
Selepas balik bercuti, keadaan tiba-tiba jadi seperti sediakala. Chantek sempat berbual dengan isteri si mamat ni. Masa tu chantek minta maaf kat dia kerana Si mamat jadi macam tu. Chantek memang tak pernah berniat nak meruntuhkan rumahtangga orang dan chantek tak sanggup nak menghancurkan hati wanita lain. Chantek tak hingin untuk menjadi isteri kedua orang lain. hehehe.. Isteri si mamat ni pulak kata yang dia sebenarnya sedih bila mamat ni jadi macam tu, tapi dia ikutkan juga sebab sayangkan mamat dan takut ngan mamat ni. kesahnya, maka kami pun berbaik2 lah dan chantek borak-borak ngan dia. Tanpa ader perasaan bersalah atau takut. Chantek tutup mata dan tersenyum sebagai tanda lega sebab semua dah berakhir.
Tiba-tiba chantek dengar bunyi macam baby mengerang.. Perlahan je, bila chantek buka mata, rupa-rupanya putera kecik terjaga dan merengek. Chantek rasa dahi putera kecik..panas sangat badan putera ni. Chantek bangun dan letakkan towel basah kat dahi. Lepas Check suhu dan pastikan putera ok, chantek pun sambung tido.. Sebelum terlelap, sempat lagi chantek tersenyum dan mengeleng kepala... ermm....mimpi oh mimpi...

Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..