Faizal Tahir...suka sangat!

Thanks Pakcik Gugel
Kali ini chantek nak story pasal penyanyi kesukaan chantek. Inilah dia, Faizal Tahir. Entah kenapa la chantek akan sentiasa teruja apabila nama penyanyi ini disebut. Inilah yang dikatakan peminat kot. Kalau nak diikutkan, chantek tak pernah pun tengok atau mengikuti Faizal Tahir ni masa dia di OIAM dulu. Pertama kali tengok Faizal Tahir buat persembahan masa final OIAM. Perghhh... suara dan aura dia buat chantek terpaku dan menganga.
Chantek rasa teruja sebab suara dia lemak-lemak gitu. Dah la tu paling chantek suka, cara dia menyanyi tu. Fulamak, memang buat chantek meremang. Macam nak tercampak jantung .. Dia menyanyi dari jiwa, penuh kesungguhan dan pengertian. Chantek memang suka la... Walaupun chantek hanya tahu 2 - 3 lagu dia, tetapi chantek tetap berbangga dengan apa yang chantek tahu.. 
Selain lagu-lagu yang dinyanyikan, chantek jugak suka dengan keperibadian yang ditonjolkan oleh Faizal Tahir. Pernah sekali chantek terbaca tentang azam tahun baru Faizal. Nak tau apa yang dia kata?, dia kata azam tahun barunya adalah untuk menjadi seorang ayah dan suami yang lebih baik untuk anak dan isterinya. Tuu diaa... bukan semua penyanyi yang glamour dan mempunyai ramai peminat mampu untuk mengeluarkan kata-kata seperti itu. Jelas sekali keluarga adalah segala-galanya pada Faizal Tahir.Walaupun dia digilai dan disanjung ramai peminatnya, tetapi chantek dapat lihat dari raut wajah dan kelakuannya, dia meletakkan keluarganya setinggi yang mungkin didalam hidupnya. ( betul tak Faizal?..sila jawab yer ). Itu yang membuatkan chantek sentiasa mengkagumi insan seni ini.
Lagi satu cara dia menyampaikan lagu-lagunya. Penuh penghayatan dan menyentuh jiwa. Tak kisah lah tentang apa lagu tersebut, penyampaiannya terus menusuk ke hati. Suara yang lantang dan terang membuatkan chantek akan mendengar lagu-lagunya sehingga ke akhir. Jika menyanyi dalam bahasa inggeris, cukup jelas sebutannya. Mudah difahami dan didengar.
Chantek pernah berdebat dapal FB tentang AJL baru-baru ni. Memang chantek kecewa la sebab Faizal tak menang. Tapi chantek boleh terima. Yang chantek tak boleh terima kenapa Ana Rafalli yang menang. Dalam industri muzik ni, Ana terlalu rapuh lagi. Belum betul-betul layak untuk memegang gelaran JUARA. Kalau nak kata lagu itu unik, lagu Faizal pun penuh pengertian. Tak cukup dengan Faizal, lagu Yuna lagi puitis. Kalau nak dibandingkanlah. Tapi apa yang dah lepas tak akan berulang. Cuma memang agak terkilanlah.
Chantek mintak maaf lah kalau entry chantek ini akan menyinggung hati mana-mana pihak. Ini pendapat peribadi chantek je. Terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya. Yang penting bagi chantek, lagu yang sedap dinyanyikan oleh penyanyi yang bersuara sedap dengan penyampaian yang lebih sedap dan penghayatan yang membuatkan orang lain terasa sedap mendengarnya.. Apa-apa pun, Faizal Tahir, u'r my Superman...


Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan