Selamat Hari Wanita
Chantek sebenarnya sibuk sangat hari ini.. tapi chantek curi-curi buka blog sebab nak tulis entry ni. Kenapa?... sebab tajuk hari ni sangat special.
SELAMAT HARI WANITA.
SELAMAT HARI WANITA.
Walaupun mungkin chantek akan ambil masa untuk menulis, tapi chantek akan teruskan juga sebab chantek nak bagi penghargaan buat wanita-wanita yang banyak berjasa kepada chantek. Wanita-wanita yang selama ini banyak berjasa dalam hidup chantek dan sentiasa disisi dikala susah dan senang. Chantek tak kisah la wanita-wanita ni mengetahui atau tidak yang chantek amat menghargai mereka semua.
Siapa wanita terpilih itu?
Siapa wanita terpilih itu?
Mereka adalah :
Puan Ropeah binti Hj. Md Sidek a.k.a Mak
Wanita yang paling bermakna dalam hidup chantek. Jasanya mengandungkan , melahirkan dan membesarkan chantek sehingga chantek menjadi seorang manusia yang waras berfikir sehingga ke saat ini. Mungkin sampai mata chantek terpejam pun chantek belum mampu membalas segala jasa-jasa mak selama ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan chantek bersyukur kerana dilahirkan dari rahim seorang ibu yang sangat tabah dan penyanyang. Mungkin ada ibu-ibu lain di dunia ini yang lebih baik tetapi bagi chantek, mak tiada tandingnya. Walau apa pun yang terjadi, selagi diri ini masih bernafas, kasih sayang dan doa agar mak sentiasa sihat dan diredhai Allah akan selalu chantek panjatkan.
Chantek teringat suatu ketika, mak kena demam. Badan mengigil. Mak minta supaya diberi sebotol air panas agar dapat menhilangkan kesejukan yang melanda. Chantek selimutkan tubuh mak dengan selimut tebal. Chantek peluk mak dengan tubuh kerdil ini. Dengan harapan agar kesejukan mak akan hilang. Hinggalah mak tumpah darah. Hanya Allah yang tahu perasaan di saat itu. Rupa-rupanya usus mak pecah... Mak koma. chantek dan adik beradik semua bagai hilang kewarasan. Namun kuasa Allah tiada sempadan. Doa kami semua dimakbulkan. Sehingga ke saat ini mak masih disisi. masih mampu menyediakan hidangan untuk suami, anak2 dan cucu2. Mak, kalau isi hati ini boleh dikeluarkan, lautan dalam dan luasnya langit tidak dapat menampung betapa chantek mengasihi dan menyanyangi mak. Terima kasih mak. Kakak Sayang Mak selama-lamanya.

Puan Zuriati binti Jantan a.k.a Kak Long
Wanita yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan tongkat untuk chantek terus tabah mengharungi ujian hidup. Wanita yang tiada bandingan istimewanya bagi chantek. Kenapa?.. kerana dia KAK LONG chantek. Dia sentiasa bersama dikala susah atau senang. Tak tau kenapa beliau terlalu special dalam hidup chantek. Mungkin kerana beliau satu-satunya "Teman Hidup" yang chantek miliki sejak dari kecik lagi. Bagi Chantek, segala-galanya chantek rela korbankan hanya untuk wanita ini. Gila kan?... tapi itulah hakikatnya... Kalau nak bercerita tentang susah senang kami, chantek mesti mengalirkan air mata. Tak kisah dalam apa keadaan pun, chantek sentiasa mendoakan agar wanita ini akan terus tabah dan terus menjadi tongkat untuk membantu chantek dan adik-adik meneruskan hidup. Walaupun beliau jauh beribu batu, tapi bagi chantek, dia masih lagi disisi.. masih lagi terasa bagai dia ada bersama menggoreng kuih didapur. Masih terasa pelukan dan hangat dakapan menenangkan disaat chantek dilanda kesusahan. Masih terasa bagai kami kanak-kanak kecil yang sentiasa bangun pagi untuk membantu mak menyediakan kuih... ermmm.. chantek tak boleh cerita la.. nak menangis... along, jangan sekali-kali kita berpecah belah, kita dah janji untuk mempertahankan keluarga dan adik-adik. Diri ini sebenarnya semakin lemah dengan badai-badai yang melanda, namun aku masih berada di landasan ini kerana "aku ada kamu" dan semoga aura ketabahanmu sentiasa mengalir dalam urat nadi ku. Mungkin tak terlambat untuk mengatakan.. Betapa chantek menyanyangi mu buat selama-lamanya. Insyaallah. Terima Kasih Kak Long. Kome sayang Kak Long selama-lamanya.
Puan Aminah Rahana binti Haji Abdul Kadir a.k.a Ibu Mertua Ku
Wanita yang sangat chantek kagumi. Ini merupakan kali pertama chantek nak kongsi dengan semua pembaca tentang ibu mertua. Sejujurnya chantek amat menghargai mak mertua chantek ini kerana dia telah melahirkan seorang anak yang sangat baik untuk chantek jadikan suami. Walaupun tak pernah melafazkan, chantek sebenarnya tak dapat menafikan betapa chantek menyanyangi wanita ini. Bukan sebab dia ibu kepada arjuna chantek, tetapi juga kerana dia seorang wanita yang sangat-sangat lah tabah dan penyanyang. Sepanjang menjadi ahli baru dalam keluarga arjuna, belum pernah chantek mendengar suara besar wanita ini. Tutur kata yang di luahkan tersangatlah teratur dan berhati-hati. Betapa wanita ini sentiasa berusaha menjaga hati semua anak-anak dan keluarga. Chantek tak mungkin dapat menjadi seperti beliau. Chantek tidak sesabar mak. Mungkin chantek kena banyak belajar lagi. Walaupun tak pernah dinyatakan dari lidah ini, tapi ketahuilah mak, chantek sangat menyanyangi mak, abah dan adik-adik ipar semua. Tak kira kehadiran chantek disenangi atau tidak sekurang-kurangnya chantek sentiasa berbangga kerana memiliki mak sebagai ibu mertua yang tak mungkin akan ada penganti. Terima kasih mak, chantek sayang mak selalu.
Wanita-wanita ini antara yang paling chantek hargai. Tapi sebagai penghargaan buat semua wanita yang chantek kenali, chantek nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada :

Siti Halimah a.k.a wan, Nurul Azira a.k.a Siti , Eliyana a.k.a Mak de, Hamisah a.k.a Ibu,
Siti Khadijah a.k.a Et dan semua yang tak dapat disebut.
"TERIMA KASIH SEMUA"
"KALIAN TERISTIMEWA".
pssstt.. sorry, entry ni mungkin panjang tapi chantek tak kesah. Semoga kita semua terus menghargai insan disekeliling kita. Jangan lupa, ucapkan terima kasih sebagai tanda kita menghargai mereka...

Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..