SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH?, SOLAT SUNAT DHUHA? SOLAT SUNAT WITIR?. Betul ke ni?

Asslamualaikum... semua! Amboihh, propa betul kan tajuk entry kali nih. Jangan salah Faham ok. Saje nak gempak skit.

Erm.. Apa lagi yang nak saya kata. Nikmat yang saya dapat dari istiqamah SOLAT DHUHA ni. Ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak melakukannya. Rugi sangat. Macam ceramah kanak-kanak dalam facebook tu cakap " Pandai menyanyai tak pandai baca Al Quran, RUGIIIII. Pandai membaca Al Quran tapi tak nak membaca Al Quran, RUGIIII, RUGIII, RUGIIIII.".. haaa, gitu. Tersenyum-senyum anak teruna saya bila saya tunjuk video tu kat dia. Berkali-kali di ulang tengok. Saya biarkan je. Biar dia terasa skit. heheh

Berbalik kepada solat Dhuha tadi. Sebenarnya saya bukanlah bagus sangat. Alim sangat pun tak lah. malah saya seorang insan yang biasa-biasa sahaja. Tidak bertudung labuh (inshaallah suatu hari nanti) tidak pula berjubah sepanjang masa. Cukup menutup aurat mengikut syarak.Tapi saya rasa saya sangat bertuah kerana Allah membuka pintu hati saya untuk sabar dan istiqamah dengan solat sunat. Bermula dengan kejatuhan perniagaan kecil-kecilan, ketika saya dihimpit kesusahan dan kesempitan, Allah dorongkan jalan itu kepada saya. Sungguh saya terasa kebesaran Nya. Nak cerita dari mula pun, panjang cerita nya. Rasanya dalam entry yang lepas pun saya ada cerita skit-skit. So, kat sini saya tak nak story dah.

So, saya mulakan solat sunat dhuha dengan jarang-jarang. Nak buat hari-hari memang sangat susah pada mulanya, Macam-macam bisikan Iblis di telinga. "susah la nak amik air semayang", " susah nak stop buat keje"," jap lagi lah".. mcm-mcm lagi lah. Sampai ada ketika saya lalai. Ketika saya berjaya melakukan dengan kerap, saya berdoa semoga Allah beri ketenangan kepada saya. Semoga Allah hilangkan gundah gelana saya, semoga Allah perelokkan hubungan kekeluargaan saya. Dengan penuh harapan, dengan penuh yakin, satu-satu apa yang saya mahukan saya minta. Alhamdulillah, syukur sangat, dalam kesibukan bekerja, perlahan-lahan, hati saya tenang. Saya belajar redha dengan ketentuan. Saya rasa sangat damai. Hubungan keluarga juga semakin baik. Rumah saya yang dulu terasa tegang, kini kembali tenang. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah... Apa lagi yang boleh saya kata.

Kemudian, saya minta kepada Allah supaya dimurahkan rezeki saya. Supaya saya dapat langsaikan hutang-hutang saya. Supaya Allah beri jalan agar saya dapat kurangkan beban hutang. Bukan saja untuk diri saya. Saya mohon kerana saya rasa bersalah dengan mereka-mereka yang sanggup membantu saya di kala saya mahu mulakan perniagaan. Saya kasihan kerana ada diantara mereka yang juga susah kerana membantu saya. Maka saya mohon kepada Allah supaya murahkan rezeki saya. Murahkan rezeki suami saya. permudahkan urusan kami. So, seperti selalu, saya bermohon kepada Allah. Tanpa putus penuh harap. Hanya dengan Allah. tak cukup dengan itu, saya mohon bantuan mak saya. Semoga ampun kan dosa saya. Tolong doakan semoga rezeki saya murah. Ibu, doanya sangat mustajab. Alhamdulillah, walaupun hutang tak habis dibayar, tapi Allah permudahkan segala urusan kami. Riak?. Ini bukan riak. Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sangat susah. Tak siapa pun yang tahu. Tapi Alhamdulillah, Allah cukupkan segala apa yang diperlukan. Pelbagai rezeki dalam pelbagai bentuk. Sangat sayang Allah pada hambaNya. Allahuakbar.

Tamaknya saya dengan nikmat Allah, saya mohon kepada Allah supaya kurniakan saya rezeki mengandung. Jika anak yang bakal saya kandung ini lebih membawa keberkatan kepada kami sekeluarga. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah, setelah saya berdoa begitu, dalam keadaan saya yang ada fibroid, anak yang kecil saya sudah menjangkau 3 tahun, dengan kuasa Allah, saya hamil anak ke 3 saya. Menitis air mata saya. Kelu lidah suami saya. Apa lagi yang kami mahu. Allah huakbar.. Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah. 

Saya langsung tak kaya dengan wang ringgit. Ketika kesempitan melanda, dengan apa yang ada saya, sedaya upaya bersedekah. Bukan nak menunjuk saya baik, tetapi saya sangat yakin dengan janji Allah. Itu sahaja yang saya lakukan. Ketika rasa kedekut melanda, saya lawan diri saya dengan bersedekah. Amat susah. Tapi alhamdulillah, Allah sentiasa bantu saya. 

Di sini saya berkongsi. bukan dengan niat riak. bukan dengan niat menunjuk, bukan juga dengan niat nak nampak baik.. bukan..bukan.. bukan semua itu. Tetapi hati saya ini meronta. Nak berkongsi dengan anda semua, betapa tinggi rahmat dan anugerah Allah jika kita sentiasa yakin dan percayakan janji Allah. Saya percaya apa yang saya kongsi ini juga pernah melanda anda semua. Kerana inilah kehidupan. Ada ketika kita diatas ada ketika kita dibawah. Maka inilah perkongsian saya. 

Mari kita amalkan sunnah Rasulullah.
Amalkan 1. Solat Sunat Sebelum Subuh ( solat sunat yang disukai Rasulullah)
               2. Solat sunat Dhuha 
               3. Solat sunat witir (sebelum tidur)

Doalah, mintalah, pohonlah hanya kepada ALLAH. Kerana hanya Dia selayaknya tempat kita meminta. 

P/S: Solat sunat tu bonus.. Solat wajib lima waktu jangan rongak-rongak ye.. nanti sia-sia amalan sunat kita. ( pesanan untuk diri sendiri juga  ;p)




Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan