Terima Kasih Farish... Mama Bersyukur

06.03.2012, Selasa

Sebelum ni, mama berkongsi perasaan mama. Bagaimana rasanya bila menghantar Farish, bagaimana mengalirnya air mata mu wahai anakku. Farish tak faham impian mama, yang Farish tahu, FARISH SAYANG MAMA. Sayangku, mama tak akan mungkir janji. Hanya Allah yang mampu memisahkan kita. Selagi bernafas mama ini, selagi itulah doa mama untuk anak-anak mama tak akan terputus.

Selepas mama menulis, selepas mama mohon bantuan agar mendoakan Farish dihadapan Kaabah, malam ketika majlis cukur jambul, baby Hanif Ashraf, Farish berkejar-kejar untuk solat Maghrib berjemaah dengan tetamu. Hari itu, mama pakaikan Farish baju melayu. Tiba-tiba Farish ambil samping dan letakkan diatas bahu. Mama terdiam. Namun hati berbunga-bunga. Mama tanya, "Farish nak letak selendang kat bahu?, Macam abang-abang tahfiz tu ke?" Farish mengangguk malu-malu. Kelam kabut mama mencari kain yang sesuai. tapi tak de. Teringat kat rumah atuk ada selendang tu, Mama berlari mendapatkannya. Pantas mama lipat elok-elok dan letakkan di bahu Farish. Betulkan songkok yang farish pakai. Segera mama gesa Farish ke tempat solat tapi kesian Farish sebab terlewat. Farish balik semula kerumah dan solat jemaah dengan ibu (ibu saudaranya). Tak pe lah, janji Farish ada keinginan. Selesai solat, Farish ke rumah nenek ( tempat majlis berlangsung). Atuknya melilitkan selendang ke kepala Farish. Kemudian, Farish pulang semula ke rumah menunjukkan kepada mama yang dia berserban. Mama sangat terkejut. Tapi mama bangga. Mama tanya, "Farish nak pakai serban?", "A'ah" Pendek je Farish jawab. 

Mama bawa Farish kepada Babah (Bapa Saudara Farish ). Babah pakaikan semula serban kepada Farish dengan betul dan kemas. Mama sebak, sebak kerana anak mama sikit pun tak malu.Tak malu mengikut sunnah nabi. Dada mama lapang. Mama bagaikan tak percaya. Farish pakai serban sampai habis majlis. Alhamdulillah.. Syukur kepada Mu YaAllah... Kau buka pintu hati anak ku.. Sesungguhnya inilah yang amat mengembirakan hati ku... Ketika di majlis, Mommy (Kak Long ) memanggil Farish. Berbual-bual secara sulit dengan Farish. Entah apalah yang dinasihatkan oleh mommy kepada Farish. Mama hanya nampak Farish mengangguk-angguk.. Mama tak bertanya apa yang mommy katakan. Tapi mama tau pasti sesuatu yang membuatkan Farish lebih bersemangat.

Esoknya, dengan kuasa Allah, Farish kesekolah seperti biasa dan lebih membuatkan mama gembira, tiada air mata.. Farish tak menangis... Alhamdulillah. Berkat doa semua, adik-beradik, datuk dan nenek, alhamdulillah. Mama dan papa sebenarnya terkejut. Tapi kami hanya mengucapkan syukur. Tak perlu mama dan papa bertanya kenapa biar Allah saja yang tahu. Hari-hari seterusnya mama lihat Farish lebih bersemangat. Menyertai latihan sukan, dan lain-lain.. Tak ada lagi air mata. Mama lega sangat. Papa kata nak tengok sampai habis minggu sukan ni. Manalah tahu Farish tak nangis sementara je...

Latihan sukan, Farish sertai.. Mama dan papa pula menjadi urusetia. Demi Farish, kami belajar menyertai segala aktiviti sekolah. Mesyuarat, Gotong-royong dan membantu segala yang termampu.. Demi Farish, kami belajar .. Biarpun terasa janggal dan malu-malu, kami tetap lakukan semua... Demi Farish...Selesai sukan sekolah, Kita bercuti satu hari.. Seronok tengok Farish menyertai acara perbarisan... memang penat, tapi mama dan papa puas hati. Dapat menyumbangkan tenaga kepada pihak sekolah..

Hari ini, sesi persekolahan bermula seperti biasa. Mama berdebar. Maklumlah dah lama cuti.. Bimbang Farish menangis semula... Tapi alhamdulillah. Pagi tadi Farish minta papa yang hantar ke kelas. Papa kata Farish tak menangis. Mama lega sangat. Semoga Farish akan terus begitu.. Baru sekejap tadi, ustazah Farish msg mama.. Dia kata, " Kak, Farish dah tak menangis sekarang. Senang hati saya tengok dia".. Ustazah-ustazah semua gembira Farish dah tak menangis... Apa yang boleh mama kata? SYUKUR.. Terima kasih Farish.. Mama Bersyukur.. 

Kepada semua guru-guru, ustazah-ustazah, ustaz-ustaz, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberi ketabahan untuk mendidik anak-anak ini menjadi insan yang diredhai Allah..

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustazah Intan, Ustazah Samsiah, Ustazah Azimah, Ustaz Ridzuan dan semua yang membantu, yang tak jemu-jemu mendidik dan melayani karenah anak-anak di Maahad Tahfiz Faqeh... Allah tak pernah tidur... Alhamdulillah Syukur kepada Allah.. 

Terima Kasih Farish... Terima Kasih kerana Tidak Menangis Lagi...

Kata Chantek : Alhamdulillah...


Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan