Anak-anak Tahfiz : Ais Krim pun dikaji asal usulnya..
07.03.2012, Rabu
Teringat pulak mama masa hari sukan sekolah Farish hari tu. Banyak perkara yang mama dan papa belajar. Terus terang mama katakan, memang mama dan papa kurang mahu bergaul dengan golongan yang dirasakan keagamaan. Bukan kerana tak mahu mendekati orang-orang yang sebegini, tetapi kerana kami tak sukakan politik yang keterlaluan. Pada pandangan mama, biasanya orang yang lebih kepada keagamaan akan lantang tentang politik. Segala-gala akan dipolitikkan. Ceramah skit politik, majlis skit, politik.. apa-apa hal pasti politik tak hilang. Soal agama itu sangat bagus. Tapi Islam ini amat indah. Amat mudah dan aman. Bukan mama dan papa anti politik. tapi mama lebih suka besederhana sahaja. Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi mama hormat pendirian mereka. Cuma biarlah mama tidak terlalu taksub hingga menyekat kehidupan mama... ops...maaf kalau tersalah kata. Ini hanya pandangan sebagai seorang individu yang naif.. ini bukan soal politik ye..
Kita berbalik kepada hari sukan Farish... Bermula dari bergotong royong, menghias rumah sukan, menyediakan padang.. mama mula belajar. Belajar keluar dari zon mama. Dikelilingi mereka-mereka yang bekerjaya lebih hebat dari mama, tapi di padang itu, kami semua sama. Mama langsung tak terasa kecil. Malah mama bangga dapat melibatkan diri. Ketika di padang itu lah mama belajar sesuatu yang amat istimewa. Mungkin orang lain rasa perkara itu kecil tapi bagi mama, ianya satu impak yang hebat, yang memberi mama pandangan yang berbeza.. Biar mama kongsikan cerita kecil ini..
Ketika kami sampai di padang, ada seorang pakcik penjual aiskrim yang menaiki motor berada di padang itu sekali. Katanya pakcik itu india muslim dan sedang berjumpa dengan guru besar untuk meminta izin untuk menjual ais krim ketika hari sukan berlangsung. Papa pun ada masa tu. Selepas pakcik india muslim tu minta izin, papa lihat, ustaz-ustaz tu berbincang , mereka membincangkan asal usul kilang ais krim, tentang halal atau haram dan segala yang selama ini mama bagaikan terlepas pandang. Kata putus akhirnya diperolehi bila seorang ustaz hadir dan mengatakan bahawa dia pernah kekilang ais krim tersebut dan mengesahkan bahawa kilang itu halal. Seorang lagi ustaz mengatakan, mereka kene berhati-hati kerana bimbang ada orang mahu mengkhianati anak-anak tahfiz ini. Kita kene jaga makanan mereka, mereka ni tahfiz, takut nanti lepas sukan lupa semua perkara... Papa pun mengangguk... mengakui bahawa betapa guru-guru ini menjaga pemakanan anak-anak tahfiz ini. Malah mama dan papa berasa bangga sekali. Sampaikan sekecil-kecil benda, ais krim!.. pun mereka kaji dahulu... inikan pula hal-hal lain seperti adap dan tingkah laku..
Ketika berlangsungnya acara sukan sekolah, masih seperti sukan biasa... diiringi lagu-lagu nasyid, dan berjalan dengan lancar. Mama perhatikan, semua guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah, amat menjaga adab mereka. Ketika rehat, waktu makan bermula... guru besar akan menyebut nama anak-anak tahfiz yang terlihat dimatanya mengunyap atau makan sambil berdiri atau berjalan. Begitu juga ketika minum air. Mereka semua akan duduk atau bertinggung jika tiada kerusi. Termasuk anak-anak tahfiz.. Minum, makan dan adab amat dijaga. Benda yang selama ini nampak ringan, tapi sebenarnya itulah yang kita selalu lupa atau tak perasan...
Ada banyk lagi perkara baru yang mama belajar. Selain mendapat belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat, mama dapat rakan baru, mengenali ustazah-ustazah dengan lebih dekat.. Alhamdulillah, mama sejuk hati .. Mama rasa mama buat keputusan yang tepat.. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa membimbing mama...
kata chantek : Tak kenal maka tak cinta... Takbir..
Comments
Post a Comment
Lepas komen jangan lupa LIKE dan SHARE dengan kawan-kawan yer..