Farish : Nanti Kita Sambung La..

11.03.2012 , Ahad

Semalam ada program di sekolah Farish. Macam biasa, seperti janji mama dan papa, kami menghadirkan diri. Memang penat sangat sebenarnya, sepanjang minggu ini mama terpaksa menyiapkan kerja, kadang-kadang sampai jam 4 - 5 pagi. Hanya Allah yang tahu.. Tapi demi memenuhi janji mama, mama dan papa buang segala kepenatan. Demi mu Muhammad Farish Hezriey..

Petang sebelum tu, mama ada bertanya/msg dengan ustazah Samsiah tentang program esoknya. Dan masa tu, ustazah kata Farish buat lawak kat sekolah. x sabar dia nak bercerita dengan mama katanya.. Haaaa, lawak apa pulak yang Farish buat ni... Mama sedikit cuak. manalah tahu Farish cakap yang bukan-bukan. Tapi mama hanya tersenyum sebab, itu tandanya farish dah semakin selesa dengan sekolah dia. Alhamdulillah.

Pagi tu mama ada bawa sedikit kuih ke sekolah. Bukan nak tunjuk baik ke apa, tapi sebagai tanda betapa mama menghargai jasa-jasa semua guru yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak-anak di sekolah itu. Kalau ikutkan memang tak cukup dengan apa yang mama bawa tapi semoga keikhlasan mama mencukupi buat semua. Ketika sampai, program telah bermula. Berkongsi pengalaman dengan seorang aktivis ke Gaza, Palestin. Ceritanya membuatkan mama semakin bersemangat. Mengukuhkan lagi azam mama untuk menjadikan Farish sebagai seorang TAHFIZ... Banyak kisah-kisah dalam perjalanan beliau ke Gaza dan bagaimana keadaan anak-anak disana. Subhanallah.. 

Setelah selesai sesi penerangan  tersebut, kami bersurai. Guru menjemput menikmati jamuan ringan. Alhamdulillah. Mama tak sabar nak berjumpa dengan ustazah Samsiah. Nak sangat tahu apa cerita yang telah Farish lakukan. Neves sangat.. Bila jumpa, ustazah pun cerita yang semalam (jumaat tu ) ketika majlis perpisahan Ustazah Mukminah (Guru Matematik Farish ), semua anak murik menangis dengan sedih. Mengenangkan perpisahan dengan seorang guru yang telah banyak berbakti kepada mereka. Kecuali Farish. Ketika semua orang sedang sedih, Farish pulak leka bermain-main. Ustazah bertanya kenapa Farish tak menangis, mesti sebab air mata Farish dah abis menangis pagi-pagi kan? Farish menjawab, " Nanti kita sambung la" ( bermaksud nanti dia sambung menangis).. dia jawab dengan selamber.. Jawapan Farish itu membuatkan semua yang mendengar ketawa. Tapi memang dia bercakap benar. Ketika dalam kereta, dia memang menangis teresak-esak. sangat sedih dengan pertukaran guru matematiknya itu. Mama dan papa hanya menggelengkan kepala. x tau nak cakap apa. Sebab memang perangai sebenar Farish suka melawak. Lawak dengan kepetahan dia bila berbicara. macam orang tua. 

Alahai Farish... malu nak tunjukkan kesedihan. Kontrol macho kata papa.. tapi tak pe lah Farish. Mama gembira kerana sekurang-kurangnya ada senyum di hati guru-guru dan rakan-rakan Farish..  
Farish anak mama, semoga kau terus disenangi.. Semoga kau terus dilindungi.. Semoga kau terus disayangi..

kata chantek : nanti kita sambung la!.. hahahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan