Welcome My Son
Salam.. Alhamdulillah.. Aku telah pun selamat melahirkan seorang lagi baby boy. Kelahiran yang amat dinantikan. Yerla, anak sulung aku pun dah 5 tahun. So, dia pun teruja dengan kehadiran adiknya. Apa yang special, anak aku lahir pada 13 February, 2010. Pada tarikh ulang tahun percintaan aku dan suami. Pada hari itu, genap lah 10 tahun percintaan kami. Kini setelah hampir 6 tahun perkahwinan, inilah hadiah yang paling istimewa untuk suami tersayang. Dah lama aku nak berkongsi cerita, tapi bila aku masuk kerja je, aku tengok pc aku tak der internet. So tadi baru aku dapat baiki. Jadi hari ni aku nak story apa yang aku lalui.
Pada 10.02.2010, aku kena pergi ke klinik desa untuk check up biasa. Aku katakan pada nurse tu yang aku rasa baby aku macam kurang bergerak. Tak sangka pulak nurse tu call doc. Pastu, aku diarahkan jumpa doc untuk check up. Bila doc scan, ader contraction. Dia suruh aku terus ke hospital. Aku pergi hospital dengan selambanya. Aku yakin aku tak kan kena tahan kat hospital. Lepas scan, doc kata baru bukak 1 cm. Tetiba aku rasa cam cuak jer. Sebab lepas tu doc tahan aku kat wad. Wah... perasaan masa tu memang mengelabah. Macam-macam aku fikir. Tapi bila aku tengok suami aku cool ajer, aku pun tenang la skit. Aku ditahan selama 3 hari. Hari yang ketiga, pagi-pagi lagi aku minta kat doc pelatih tu kebenaran nak balik. Sebab aku bosan, aku tak sakit apa-apa tapi kena lepak kat wad. Doc tu kata tengok apa doc pakar kata nanti. Pukul 9 pagi, doc pakar datang check aku. Lepas tu dia kata pukul 12 tengahari nanti masuk belon untuk bantu buka pintu rahim. Perasaan masa tu, takut ada, gembira pun ada. Takut sebab aku tak penah lagi kena macam ni. Gembira sebab tak sabar nak tengok baby aku.
Lepas masuk belon, aku terus rasa sakit. Pukul 4 pagi, air ketumban pecah. Nurse keluarkan belon. Dia suruh aku call suami. Lepas call aku pun tukar baju, kemas beg dan bersedia untuk ke labour room. Masa tu zikir je teman aku. Tak putus-putus aku berselawat. Semoga semuanya selamat. Masa sampai kat labour room, aku di siapkan. Tak lama selepas tu, suami aku masuk. Lega bila nampak dia. Separuh dari kesakitan bagaikan melayang. Aku pegang tangan dia. Terasa hangat kasih sayangnya. Aku terasa debaran di dada suami. Dia tanya aku ok ker. Aku kata ok. Lepas baby gerak dengan baik, sekali lagi ubat membantu dimasukkan. Kali ni serta merta perut aku terasa sakit. Hanya Allah yang tahu. Masa tu aku hanya memandang suami. Bagi aku kalau Allah nak ambil aku ketika itu, biarlah wajah suami ku itu adalah yang terakhir aku lihat. Walau pun aku tak tahu dia perasan ke tidak yang aku merenung dia. Tangannya aku tak lepas. Setiap kali aku sakit, tangannya ku genggam kuat. Hanya itu yang mampu memberi kekuatan kepada ku. Terima kasih sayang.
4 jam berlalu bagaikan terlalu lama. Aku tengok jam dah hampir pukul 9 pagi. Aku tanya pada nurse pukul berapa aku dijangka bersalin. Nurse tu kata pukul 11 pagi. Lemah semangat aku bila aku tengok jam baru pukul 9 pagi. Aku katakan pada nurse tu yang aku dah tak de tenaga. Aku nak teran secepat mungkin. Bila dia tengok aku dah teran, dia pun tolong aku. Dia suruh aku teran sedaya aku. Aku pegang tangan suami. Itu saja kekuatan yang aku ada. Suami memangku kepala aku. Aku teran sekuat yang mungkin. Tak sampai setengah jam, lahirlah seorang baby lelaki. Baby yang masih basah itu, diletakkan di atas dada ku. Tangisan baby itu membuatkan aku mengalirkan air mata. Ku peluk erat anak ku itu dan lemparkan senyuman pada suami. Hanya Allah yang tahu perasaan masa tu. Setelah di bersihkan, baby terus diserahkan pada suami untuk diazankan. Aku bersyukur semuanya selamat. Tak sabar rasanya nak balik rumah. Nak tengok reaksi anak sulung aku bila tengok adik yang dinantikan.
Selepas disiapkan, baby di serahkan pada aku untuk disusukan. Baby yang seberat 3.32kg itu, terlena di pangkuan ku. Ya Allah, aku bagaikan bermimpi. Selepas sahari di wad, esoknya aku dibenarkan pulang. Gembiranya hati ku. Anak sulung ku, Farish bersemangat menunggu di lobi. Sampai tertidur dia. Bila aku sampai di lobi, dia tgk aku duduk atas kerusi roda. Dia kata, "Aish rasa nak menangis tengok mama macam ni".(Aish, dia membahasakan dirinya )Aku cukup terharu. Dia teruja sangat bila dapat lihat adiknya. Adik yang ditunggu-tunggu. Namanya?.... MUHAMMAD GHAFUR BIN MOHAMAD
FIRDAUS.
aiyoo...mata mcm mommy ;p
ReplyDelete