Walau Sedikit Biar Bahagia

Allah menuntut kita menyebarkan perkara-perkara baik namun Dia juga yang mencipta cemuhan-cemuhan yang datang dari mulut manusia. Berusahalah mencari keredaannya, menerima pembahagian, meyakini ketentuan dan tidak bimbang masa nan mendatang.




Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai, dari satu taman ke satu taman yang lain. Hidupnya sentiasa berpusing daripada yang baik kepada yang baik.




Jadilah juga seperti lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula, mengeluarkan madu, tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Dengung menggambarkan suka dan rela. Ia bagaikan utusan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung.


Firman Allah yang bermaksud :



Katakanlah : "Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bersukacita. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan ( dari segala benda dan perkara yang tidak kekal) " Surat Yunus :58

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan