Coretan buat Farish. Hapuskan air matamu.
Hari ni sudah sebulan lebih Farish bersekolah. Dan selama itu, hampir setiap hari dia menangis apabila nak ke sekolah. Bagaikan satu penyeksaan buat dirinya. Ke sekolah dengan tangisan di mata, tanpa kerelaan juga penyeksaan buat mama. Tak kala memimpin tangannya, mendaki tangga ke sekolah, hati mama tak putus-putus berdoa semoga hari ini farish tak menangis. Tapi mama masih melihat air mata. Masih mendengar esakan kecil.. Tahu tak, betapa sayunya hati mama?.. Betapa merintihnya jiwa mama?.. Betapa mama juga menahan air mata?... Namun alhamdulillah, terima kasih kepada semua guru-guru yang tak pernah jemu memujuk farish setiap pagi... Mama tak akan menyesal dengan keputusan mama ini. Menghantar farish ke Maahad Tahfiz merupakan satu impian mama dan papa dan impian itu tak akan kami biarkan terkubur..
Entah kenapa la dia farish sedih pagi-pagi.. Tak de kawan kah?, kena marah kah?, tak seronok kah?.. entah la. Hanya Farish yang tahu jawapannya. Nak kata tak de kawan, hampir semua murid-murid yang ada di sekolah itu mengenali Farish, malah mereka sentiasa menyapa dan tak kurang juga yang sudi memujuk Farish. Mereka sangat mesra, guru-gurunya juga begitu. Tabahnya lah hati mu guru. Memujuk Farish dengan lemah lembut. Mendidik dan mengajar farish dengan sabar. Alhamdulillah...
Semalam, Farish masih menangis.. Dari memujuk dengan lemah lembut, mama cuba guna sedikit kekerasan. Mama marah Farish , mama katakan, setitik air mata yang keluar pagi ini, satu jentik sebagai ganti. Berkedut-kedut muka Farish menahan tangis. Namun masih menitis air mata. Lemah semua kaki tangan mama ini. Hanya Allah yang tahu. Pulang dari sekolah, mama marah farish dan katakan sekiranya tak mahu sekolah, boleh berhenti dan pergi kerja. Mama akan uruskan semua. Farish mengangguk menandakan bersetuju untuk bekerja. Ketika bersiap untuk kesekolah, Farish lafazkan kepada papa. Papa juga seakan sedikit terkilan. Atas sebab apa, Farish tak mahu belajar. Namun papa mengiakan keinginannya dan berjanji akan menghantar Farish ke Kuala Lumpur untuk menjadi peminta sedekah di sana dan tinggal dengan kawan papa. Farish hanya terdiam. Tak sangka papa akan berkata begitu.
Pulang dari sekolah, Farish menghulurkan sepucuk surat kepada papanya.
"Esok saya tak sekolah sebab mahu ikut mama.".
Bila baca je surat yang Farish tulis, papa terus kata mahu telefon kawan dia sebab mahu hantar Farish hari esok juga sebab Farish tak mahu sekolah. Farish tiba-tiba cuak. Papa bagitau nnt jangan nakal-nakal tinggal dengan orang. Farish kena kerja sebagai peminta sedekah. Duduk ditengah panas. Papa memang serius. Farish dah mula susah hati. Balik dari sekolah, Farish baring sebelah mama, berbisik mengatakan yang dia mahu sekolah dan tak mahu kerja. Hati mama berbunga kembali. Tapi mama terpaksa berselindung. Demi untuk tegas dengan keputusan yang papa berikan. Mama paksa supaya Farish cakap sendiri pada papa. Tapi Farish tak berani. Mama suruh Farish tulis surat kepada papa. Katakan yang Farish tak mahu bekerja, mahu kesekolah dan mahu jadi tahfiz. Bersungguh-sungguh Farsih menulis. Papa suruh Farish kemaskan baju-baju Farish dan akan hantar Farish ke KL. Hujung minggu je papa jemput. Farish semakin susah hati. Tapi dia tetap bersiap ke sekolah..Dalam kereta papa kata balik sekolah nanti kawan papa akan jemput Farish. Terus bawak pergi ke Kuala Lumpur. Farish mula menangis dan menghulurkan surat yang dia tulis tadi.kemudian berbisik pada mama. Mahu papa yang jemput dia. Sambil menitiskan air mata.. Alahaaiii, sedihnya mama melihat Farish. Namun ini semua untuk kebaikan Farish juga. Selepas membaca surat yang Farish tulis, papa kata tetap nak hantar Farish ke kuala Lumpur kerana Farish tak berminat nak kesekolah lagi dah. Farish menangis tak mahu. Namun kaki tetap melangkah ke sekolah.
Sampai disekolah, Farish menangis lagi, Apa yang boleh mama katakan. Hanya menarik nafas dalam-dalam agar terus kuat dan bersabar. Sampai di tapak perhimpunan, cepat saja ustazahnya menjemput dan memimpin tangan Farish. Dengan lembut ustazah itu berkata, " Tak pe kak, biar saya pujuk dia.. Kesian kat akak.." . Mama bertambah sayu. Betapa ramainya insan lain yang sudi menyanyangi Farish. Mama tinggalkan Farish dengan doa yang tak putus-putus. Semoga Farish gembira dan mama tahu, suatu hari nanti bila Farish dah besar, Farish akan berterima kasih pada mama dan papa kerana meletakkan Farish untuk menjadi seorang tahfiz..Insyaallah.
Disaat ini, ketika menulis di blog ini, mama sedang ber message dengan pak de Ali (sepupu mama) yang sedang dalam perjalanan ke Madinah. Mama minta tolong dia doakan Farish apa bila dia sampai dihadapan Kaabah. Mama minta agar dia menyebut nama Farish dalam doa dia ketika sujud di Kaabah nanti. Besarnya impian dan harapan mama pada Farish. mama percaya, dan mama yakin Farish akan berjaya. Mama ingat kata-kata dari Wan Tam Farish, "Untuk mendapatkan sesuatu yang baik itu bukan senang. Untuk menjadikan Farish seorang Tahfiz, inilah dugaannya. " Mama pegang kata-kata itu. Mama tak mahu kalah dengan air mata Farish. Mama memang lemah tapi doa mama sentiasa kuat dan mama percaya doa seorang ibu pasti dimakbulkan oleh Allah. Insyaallah..
Kata Chantek : Mama tahu ini yang terbaik. Memang salah menakutkan Farish begini, Tapi hanya ini caranya untuk membuatkan Farish kembali bersemangat untuk kesekolah. Biarlah mula-mula Farish terasa terpaksa. Mungkin lama-lama terpaksa itu akan bertukar suka.Insyaallah..
Jutaan Terimah Kasih kepada Ustazah Intan, Ustazah Samsiah, Ustaz Ridzuan dan semua tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Faqeh. Jasa kalian semua tidak mungkin terbalas. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu semua. Amin..
Jutaan Terimah Kasih kepada Ustazah Intan, Ustazah Samsiah, Ustaz Ridzuan dan semua tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Faqeh. Jasa kalian semua tidak mungkin terbalas. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu semua. Amin..
Mama baru je lepas berbual dengan ustazah Farish. Alhamdulillah, Ustazah kata, Farish hanya menangis pagi sahaja. Bila da start belajar, dia da ok dan boleh belajar dengan baik. Mama lega.. mama bersyukur.. Alhamdulillah..hanya itu yang mampu mama lafazkan. Ustazah kata, itu memang penyakit budak-budak. Tapi Farish akan ok bila dipujuk. Terima Kasih Uztazah, Terima Kasih semua ustazah dan ustaz di Maahad Tahfiz Faqeh..
ReplyDelete