Jangan Sambut Valentine


 [3 Pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine ]

Orang muda yang bercinta dengan kekasih tu, jangan gatal-gatal nak sambut valentine day yer. Jangan juga gatal nak aktifkan "mood mengawan". U'all yang muda-muda ni sila baca dulu 3 pendapat asal usul valentine day yang suka sangat diraikan. Semoga kita semua dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Pertama, Hari valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda Rom akan mencabut nama yang dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung..

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St Valentine dibunuh kerana bertelingkahnya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268 - 270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan.  Menyedari hakikat itu, St. valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan hari valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling  berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah diatas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan -kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual didalam agama Kristian. Didalam laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Chistian Website. A Resource For Mature Christians and Scholar dibawah topik Definition of religious Holy Days ( Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan) dibawah indeks Saint Valentine's Day menyebut bahawa " Christian celebration of tthe love of God presented in Jesus and in the live of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love". Bermaksud, Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub didalam laman web Catholic Enyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka dianggap syahid. Petikan menyebut : At least three diffrent Saint Valentines, alla of them mattyrs are mentioned in all early martyrologies under date of 14 Februari. Bermaksud: Sekurang-kurangnya terdapat 3 orang St. valentine yang berbeza, kesemuanya mereka merupakan syahid, ianya menyebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada birawan di Gereja, St. John Duns Scotus di glasgrow, Scitland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servid istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan "Corpus St. Valentine Martyris". Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya didalam keranda kayu didalam kotak kadbod diatas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa  tokoh agama tersebut seumpama St Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania dan lain-lain lagi. Berdasarkan fakta-fakta diatas, jelas bahawa hari Valentine merupakan salah satu perayaan yang menjadi amalan ritual didalam agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat meninginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.Ini  berdasarkan firman Allah swt "Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kau dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak akan mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama ku" (al-kafirun ayat 1-6 )

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu misalnya dalam hal berpakaian, minum, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith rasulullah saw. "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka ia akan ditolak" Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Dalam hai ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa " Amalan menyambut Hari Valentine Day adlah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan " Bahawa amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur  Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam"

Sumber : Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Kata Chantek : Takbir...


Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan