FORMULA PEMAKANAN

Formula pemakanan genius-genius Islam silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam didalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namum akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan fomula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat" dapat menyembuk kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protien, antiseptik dan enzim yang meningkatkan  ingatan dan kecerdasan mental individu. madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal -mental. Rasulullah saw bersabda , " Siapa ingin hafal, hendaklah minum manisan madu". madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dimana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam
Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
 
KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
 i) Mengadap Kiblat
ii) Baca " Bismillah" dan berselawat ke atas nabi (3 kali )
iii) Baca Doa Penerang Hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari


SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi karbohidrat, lemak, protien, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah sae menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, bir-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah saw.
 Maksudnya : " Ya Allah, berikanlah kebaikan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah (keberkatan) bagi kami daripadanya." (Riwayat Abu Daud)

Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Sesiapa yang diberikan kesihatan daripada Allah swt mestilah memelihara kesihatan tersebut. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah saw menyebut dalam sebuah hadis. " Permintaan yang paling disukai Allah daripada hambaNya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna" 

Kata Chantek : Ya Allah, Kau berikanlah kepada aku, suami dan anak-anak ku kesihatan yang baik, umur yang panjang dan rezeki yang halal.. amin.. 




Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan