Saya Bukan Anti Melayu, tapi...



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Dah lam sangat kan chantek tak story kat sini. Kali ni kesibukan ternyata tak memberi peluang kepada chantek untuk berkonsi luahan hati yang entah siapa sudi membacanya. Kepada semua yang menyinggah dan memberi komen-komen positif, chantek sangat-sangat menghargai.

Sambil - sambil menaip ni otak duk terfikir, topik apa yang nak diketengahkan hari ni. Ermm... Oklah. tentang MELAYU. 

Maaf ye. Chantek tak nak sentuh apa apa tentang bangsa lain. Chantek cuma nak menceritakan pengalaman chantek dalam usaha untuk memulakan perniagaan. Oklah. Sekarang ni. Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah murahkan rezeki chantek sekeluarga. Sebelum puasa hari tu, arjuna telah membuat keputusan untuk memulakan satu perniagaan secara kecil-kecilan. Maka,  kami bersetuju untuk membuka kedai menjual topup dan menyediakan perkhidmatan fotostat dan binding dll. Maka setelah berkira-kira dalam budget dan segala keperluan, arjuna memulakan proses permohonan lesen dari A - Z.

Selesai bab lesen, alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Skang bab mencari peralatan dan pembekal. Dalam hal ni, banyak bertanya adalah sesuatu yang boleh membantu. Dan disinilah perbezaan akan terlihat.
Maaf kepada melayu yang tiada moral. Chantek melihat semua ini dengan mata kepala sendiri sebab chantek ikut kemana sahaja arjuna pergi ketika itu. Kami cuba survey harga untuk jualan, dan senarai harga untuk perkhidmatan yang akan kami lakukan. Mula - mula kami cuba bertanya di kedai-kedai melayu yang membuka perniagaan yang sama dengan kami. Berapa harga sekeping fotostat. Macamana nak kira jumlah kepingan, dimana nak mendapat pembekal yang murah, Senarai harga itu dan ini. Aduuiii, kami bertanya kepada peniaga melayu. Dengan harapan tentu hanya bangsa kita yang akan menolong sesama bangsa. Memang, chantek akui bukan semua. Tapi ada segelintir yang sangat ketinggalan sikapnya. Nak tanya harga jual pun nak tak nak jawab. Kenapa? Takut kepada persaingan. 

Kami bertanya pulak dengan peniaga -peniaga dari bangsa lain. Tak perlu nak sebut bangsa apa. Tapi yang pastinya hasilnya amat berbeza. Cara sambutan dari mereka membuatkan kami rasa sangat dihargai. Mereka berniaga sama macam kami ingin berniaga. Tetapi mereka tak kedekut ilmu. Malah memberikan no telefon pembekal dan alamat tempat itu dan ini. Dah la tu, siap tunjuk cara berniaga. nak buat kira-kira dan cara menggunakan barangan. 

Bukan niat nak kondem bangsa sendiri. Tapi inilah sikap yang sebenarnya menjatuhkan bangsa kita. Sikap buruk sangka dan dengki. Takut tengok orang lain maju. Takut tengok orang lain lebih membangun. Tapi macam yang chantek katakan tadi. Bukan semua yang macam tu. Tapi segelintir sahaja. Macam majikan arjuna. Juga melayu. tapi sikapnya memang chantek respek la. Perangai buruk atau baik,  itu masalah dia la. Tapi sekurang-kurangnya dia bangga dengan anak muda melayu yang ingin berusaha memajukan diri. Malangnya susah la nak jumpa golongan yang macam ni.

Chantek juga melayu. Arjuna, anak-anak dan keluarga semua melayu. Bangga? mestilah bangga. Bukan kerana bangsa tapi kerana sikap dan pemikiran yang terbuka. Maaf sekiranya kata-kata ini menyentuh hati sesiapa. Bukan maksud menjatuhkan bangsa sendiri tetapi hakikatnya kita sendiri yang meletakkan martabat bangsa di bawah paras yang tidak sepatutnya.

Kata - kata ini bukan hasutan atau pengaruh dari sesiapa. Cuma luahan hati yang ikhlas. Semoga chantek tidak tergolong dalam golongan itu. Semoga Allah sentiasa lindungi. Wallahuallam..

 

Comments

Popular posts from this blog

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

TIPS MENGETAHUI GADIS "MASIH DARA" ATAU "TIDAK"

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan