Posts

Showing posts from 2013

SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH?, SOLAT SUNAT DHUHA? SOLAT SUNAT WITIR?. Betul ke ni?

Asslamualaikum... semua! Amboihh, propa betul kan tajuk entry kali nih. Jangan salah Faham ok. Saje nak gempak skit. Erm.. Apa lagi yang nak saya kata. Nikmat yang saya dapat dari istiqamah SOLAT DHUHA ni. Ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak melakukannya. Rugi sangat. Macam ceramah kanak-kanak dalam facebook tu cakap " Pandai menyanyai tak pandai baca Al Quran, RUGIIIII. Pandai membaca Al Quran tapi tak nak membaca Al Quran, RUGIIII, RUGIII, RUGIIIII.".. haaa, gitu. Tersenyum-senyum anak teruna saya bila saya tunjuk video tu kat dia. Berkali-kali di ulang tengok. Saya biarkan je. Biar dia terasa skit. heheh Berbalik kepada solat Dhuha tadi. Sebenarnya saya bukanlah bagus sangat. Alim sangat pun tak lah. malah saya seorang insan yang biasa-biasa sahaja. Tidak bertudung labuh (inshaallah suatu hari nanti) tidak pula berjubah sepanjang masa. Cukup menutup aurat mengikut syarak.Tapi saya rasa saya sangat bertuah kerana Allah membuka pintu hati saya untuk sabar dan i

Tips Menggalakkan Anak Rajin Belajar

Image
SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar?  Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran. Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka. Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam.  Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh,

Jangan Lepaskan Malam Lailatulqadar

Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih llagi pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannnya. Ramadhan , al-quran dan malam al- Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan dalam al-quran dan hadis Rasulullah saw. Malam Lailatulqadar Disembunyikan Ulama Syekh Dr Yusof Al Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah saw bersabda: "Cari malam lailatulqadar di malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperole

Adakah itu Malam Lailatul Qadar

Image
Assalamualaikum... pejam celik pejam celik, hari ni dah hari 10 terakhir Ramadhan. Apa yang anda rasa?.. Saya sedih pulak, Manalah tau ini Ramadhan terakhir kita. Cukupkah amalan yang saya lakukan.Sempurna kah ibadah kita?.. Ruginya kalau segala ibadah yang dilakukan hanya sia-sia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah.  Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu, say

Fotografi Perkahwinan Yang Sangat Unik

Image
Ni antara yang paling menarik. Rasanya kat sini masih tak de orang buat kot.  Kot laaa, kalau dah ade, maknanya saya yang ketinggalan zaman.  Walau apa pun, Raya ni, bleh la cuba kelainan.  Gambar keluarga di hari raya lepas ni pasti berbeza. heheh

ANAK MUMAYYIZ MASIH TIDUR DENGAN IBU BAPA?.. APA HUKUMNYA?

Kebetulan membelek-belek sana sini, terjumpa soal jawab ini. Jom kita kongsi bersama! ANAK 8 TAHUN MASIH TIDUR BERSAMA IBU DAN BAPA Soalan : Assalamualaikum.. saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu saya tidak pasti kesahihannya. Jawapan :   Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana khuatiri berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam Al-Quran berfirman (bermaksud ) :-  "Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu ) pada tiga masa ; masa sebelum subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pende

Bertadarus Pada Bulan Ramadhan

Image
Tadarus Al-Quran bermaksud membaca Al-Quran dihadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan. Amalan Tadarus ialah satu daripada ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW pada bulan puasa.  Adab Bertadarus Tiada  cara seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al- Quran. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :- Membaca al-quran secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan yang kecil. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga. Sedikit ulasan tentang Tadarus yang saya copy dari  Blog Ilmu dan ulamak .  Semoga dapat menambah ilmu kita semua. PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN Soalan;  Ustaz, ada pendapat megatakan jika

Waktu Berbuka Puasa bagi Tahun 2013

Image
Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri Pahang Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri-negeri Seluruh Malaysia

Niat Puasa Ramadhan

Image
 

SELAMAT BERPUASA ....

Image

Susahnya ISTIQAMAH solat sunat DHUHA !

Image
Alhamdulillah, baru dapat peluang untuk update blog. Kesuntukan masa dengan tugasan harian.Topik hari ni masih lagi tentang Solat Dhuha. Eh.. mesti pelik kan? Ada apa dengan solat Dhuha ni?.. hehehe. Banyak sangat kebaikannya. Kepada sesiapa yang kurang jelas, di link  Solat Dhuha dan Fadhilatnya  ni ade sedikit penerangan ringkas. Harap mendapat manfaat. Kenapa ye saya suka sangat dengan topik ni.. Sebenarnya saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Sangat gembira dengan perubahan yang berlaku. Bukti kebesaran Allah. Indah sangat. Siapa yang selalu lakukan solat sunat?.. Pernah tak dengar orang cakap " Kalau tak tahu buat keputusan, Buat la solat istikharah".. Tapi sejujurnya dulu saya pernah lakukan solat sunat ini. tapi dah lupa atas sebab apa. Sebab masa tu tak faham apa yang kita nak buat. Lagipun bimbang pulak kalau buat nanti, keputusannya bertentangan dengan kehendak kita. Ermm.. Jahil sungguh saya. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya saya belajar dari kesilapan. B

SOLAT DHUHA DAN REZEKI DARI ALLAH

Image
Assalamualaikum pembaca semua. Lama jugak tak update entry kat blog ni. Kali ini saya menulis dengan rasa rendah diri. Dengan rasa syukur kepada Allah. Kerana apa?, sekejap lagi saya akan berkongsi dengan semua. dan saya berharap agar semua yang membacanya dapat menilai dengan positif. In shaa allah. Saya mulakan dengan gambar di atas. Ringkas dan padat. Saya percaya semua orang Islam tahu apakah fadhilat solat sunat Dhuha ini. Bagi yang kurang mengetahui, secara ringkasnya solat sunat Dhuha ini fadhilatnya seperti berikut :- Bila di baca dari ayat diatas, mesti semua tahu bahawa solat sunat Dhuha ini dilakukan untuk memohon agar dimurahkan rezeki.  Tapi hakikat yang sebenarnya, berapa ramai di kalangan kita yang percaya dengan solat sunat ini. Saya tak nak bercakap tentang orang lain. Saya memang rasa begitu. Tahu solat sunat itu untuk mohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tapi tidak yakin dengan apa yang diharapkan. Subhanallah, jahilnya saya. Saya tidak percaya k

Nak buat HERBALIFE for starter? Please read

Image
Bismillah Knape topik ni timbul? Oke dgr sini baik2. Ramai yang tanye aku cane nak buat business ni , minat ngan business, cne nak dpt income, esp student cm aku ni. Kelas nak penuh je. Sem ni penuh weehhh...tp takpe. Business ttp no 1 di minda aku. Ramai yg bertanya, nak income mcm aku, atau lebih dari aku. So maksudnye  kne ikut ckp aku , sebab THERE IS NO WAY AKU AKAN AJAR SESUATU YG HANCURKAN HIDUP KAU. NO WAY. Ape2 ajaran aku, pasti benda yang telah membuatkan aku sampai ke tahap ni. So if aku share utk buat sesuatu, lakukanlah supaya cepat2 dpt income         RM10 000. Atau lebih. Nak tak? Taknak takpe...aku tak kesah. Tapi yang nak ni, kne jd good student. Kalau korang serius nak EARN EXTRA INCOME, mulakan dengan attend SPECTACULAR 2011! Speaker2 yg dah berjaya! Knape kene g event ni? Event ni telah mengubah business kitorg. So kenape pulak bile org nak buat business kami tak galakkan giler2 utk org attend kan? Mestilah