Posts

Showing posts from February, 2012

Coretan buat Farish. Hapuskan air matamu.

Hari ni sudah sebulan lebih Farish bersekolah. Dan selama itu, hampir setiap hari dia menangis apabila nak ke sekolah. Bagaikan satu penyeksaan buat dirinya. Ke sekolah dengan tangisan di mata, tanpa kerelaan juga penyeksaan buat mama. Tak kala memimpin tangannya, mendaki tangga ke sekolah, hati mama tak putus-putus berdoa semoga hari ini farish tak menangis. Tapi mama masih melihat air mata. Masih mendengar esakan kecil.. Tahu tak, betapa sayunya hati mama?.. Betapa merintihnya jiwa mama?.. Betapa mama juga menahan air mata?... Namun alhamdulillah, terima kasih kepada semua guru-guru yang tak pernah jemu memujuk farish setiap pagi... Mama tak akan menyesal dengan keputusan mama ini. Menghantar farish ke Maahad Tahfiz merupakan satu impian mama dan papa dan impian itu tak akan kami biarkan terkubur.. Entah kenapa la dia farish sedih pagi-pagi.. Tak de kawan kah?, kena marah kah?, tak seronok kah?.. entah la. Hanya Farish yang tahu jawapannya. Nak kata tak de kawan, hampir semua murid-

Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman

Image
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.  Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat men

Rahsia kelebihan solat tahajjud

"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi. Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi. Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara

4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka

Image
Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul! 1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 2. Suaminya Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke

Di mana syurgaku di sisimu wahai isteriku?

Image
Perkahwinan adalah merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah insani yang tersedia semenjak manusia diciptakan. Perkahwinan juga merupakan satu jalan bagi mencapai kedamaian dan ketenangan jiwa dalam usaha menagih keredhaan Allah SWT sebagai pelengkap kesempurnaan hidup insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Allah SWT memerintahkan dan menggalakkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin sebagaimana firman-Nya: “Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha  Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)  Jaminan kekayaan yang dianugerahi Allah SWT ini bukanlah semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta-benda, tetapi kekayaan diri yang dimaksudkan ialah merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang seterusnya dapat mendekat

JADUAL WAKTU tubuh badan manusia.

Image
Setiap perkara di alam ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya umat Islam ada jadual waktu solat, murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak. Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual am anggota badan yang tertentu; Awal Pagi 3:00 am - 5:00 am Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. Pagi 5:00 am - 7:00 am Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. 7:00 am - 9:00 am Perut - Sar

Romantik itu Sunnah Rasulullah S.A.W

Image
 Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalau tak percaya..cubalah kahwin . Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “ Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”. Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW. Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun

Erti sebuah kelahiran buat suami

“Dulu aku pernah diberitahu ibuku seandainya kamu beristeri dan isteri kamu itu melahirkan anak, jangan sekadar berada di samping dia, tetapi lihatlah sendiri bagaimana anak kamu dilahirkan oleh isteri kamu. Lihat sendiri proses anak kamu itu dilahirkan. Bagaimana isteri kamu melahirkan anak kamu. Sejak itu aku tidak tahu apakah pengajaran yang bakal aku miliki.” Allahurabbi!!! sudah 3 kali saya melihat anak saya dilahirkan. Sudah 3 kali saya melihat isteri saya melahirkan anak. Anak pertama melalui ‘cesarean’. Saya melihat sendiri bagaimana 2 orang doktor (dengan selamba.. kerana sudah biasa) yang bekerja dalam proses ‘cesarean’ itu. Saya melihat sendiri bagaimana seorang doktor membuka bukaan belahan dan seorang lagi menolak kandungan dari atas untuk mengeluarkan anak saya. Menitis air mata saya melihat bagaimana isteri saya melalui semua ini. Kali kedua dan ketiga adalah sama melalui proses normal. Saya sendiri diminta oleh doktor untuk memotong tali pusat bayi. Saya melihat sendir

Pesanan terakhir Rasulullah SAW ( Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW )

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: " Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. " Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan ri

Jangan Sambut Valentine

Image
   [3 Pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine ] Orang muda yang bercinta dengan kekasih tu, jangan gatal-gatal nak sambut valentine day yer. Jangan juga gatal nak aktifkan "mood mengawan". U'all yang muda-muda ni sila baca dulu 3 pendapat asal usul valentine day yang suka sangat diraikan. Semoga kita semua dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t. Pertama, Hari valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda Rom akan mencabut nama yang dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St Valentine dibunuh kerana bertelingka

FORMULA PEMAKANAN

Image
Formula pemakanan genius-genius Islam silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam didalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namum akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan fomula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan. MADU   Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat" dapat menyembuk kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protien,

Jom Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Image
    Kata Chantek : Indah...

Hati Terluka?

Image
Kata Chantek : Biarlah hanya waktu yang mengubatinya...